Siapa tak kenal Gundam? Kalau tak kenal, baik tinggal dalam hutan jer (haha just joking). Even budak-budak pon tahu menatang Gundam nie. Aku sendiri pon minat Gundam gak tapi tue tak bermakna aku nie masih budak-budak. Cool apa Gundam nie.

Gundam merupakan franchise yang sangat famous seantero dunia dan bagi memeriahkan lagi birthday ke-30 Mobile Suit Gundam 2009 nie, Bandai Namco Group telah melancarkan sebuah projek khas diberi nama Real-G. Apa tue?
Basically Real-G is referring to Real Gundam. Real-G merupakan sebuah projek pembinaan Gundam bersaiz 1:1 atau dalam bahasa mudahnya, saiz gergasi. Wow! Bandai telah berjaya membuktikan pada semua orang impian untuk membawa Gundam ke dunia sebenar bukanlah mimpi semata-mata. Tabik!
Lagipun memang tak mustahil pun bagi dorang memandangkan Jepun adalah expert dalam bidang mekanikal nie. Siapa yang tak kenal dengan Asimo? Jepunlah tempat dia dilahirkan. Takuya Kimura? Dia memang lahir kat Jepun tapi dia bukan robot ok.
Tak mahu cakap banyak lagi, jom layan projek Real-G nie.
Model Gundam: RX-78-2
Tinggi: 18 meter (59 kaki)
Lokasi: Shiokaze Park, Tokyo
Awal Jun 2009 (siap) – 11 Julai 2009 (open for public)
Gambar: tokyobling
p/s: Sayangnya pameran Gundam gergasi nie cuma untuk 2 bulan lepas dari tarikh open for public tue. Pameran tamat hujung bulan Ogos 2009 lepas. Cis, aku baru plan nak pergi sana, hehe.

{ 6 comments… read them below or add one }
x knal gundam nie.. tp suddenly teringat dekat my friend dekat tpt kerja yang sanggup simpan duit setahun sbb nak beli patung gundam yang bsr tue.. yang kne pasang sendiri tue.. huhu
@aifa-cho chang, wah smpai mcm 2 skali..bnde 2 dah la mhal..
ade gak mmber yg ske bnde nie..cme bezanya dia kumpul model2 gundam yg kcik2 molek jer..hehe
tggu keje nnt laa baru stat kumpul model gundam,ahax!
arghh.. aku peminat kipas mati gundam kot.. hahaha
00,00 season 2, seed, seed destiny sume habis.. unicorn pnye episode susah nak cari r.. lambat gila dia publish, satu sem satu episod..
Izwan punya entri [terbaru] ..Bagaimana Anda Menyambut Tahun 2011
same la aku pon die hard fan gak..tengah nak kumpul semua anime gundam yang best..perrgghh bro, semua yang ko mention tue aku tak tengok habis lagi..gempak giler cerita dia..
siyes ko kena tengok.. tapi aku dulu pelik sket, tengok seed destiny dulu..dah habis seed destiny baru terjumpe gundam seed.. terbalik.. haha..
Izwan punya entri [terbaru] ..Bagaimana Anda Menyambut Tahun 2011
haha terbalik lak..mesti ko pelik giler tengok tue kan..yelah watak2 dah bertukar..jalan cerita lagilah..