Lepak Santai bersama Ustaz Don Daniyal – “Kamu nak siapa?”

by arrizz on January 14, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam aku berpeluang meluangkan masa menghadiri lepak santai bersama Ustaz Don Daniyal. Sememangnya pengalaman yang sangat berharga bagi aku. Sebenarnya aku kurang pasti apakah tajuk bual bicara yang sebenarnya sebab datang lambat sikit atas sebab tertentu. Tetapi mendengar kepada isi bual bicara tersebut, aku dapat mengagak Ustaz Don menceritakan tentang bab cari jodoh atau pasangan yang didasarkan pada persoalan, “Kamu nak siapa?”.

Ustaz Don Daniyal

gambar hiasan

Jadi untuk itu, aku rangkumkan sedikit sebanyak apa yang aku dapat daripada program lepak santai bersama Ustaz Don Daniyal. Banyak perkara lain yang ustaz sentuh tapi kebanyakkan berkisar tentang cari jodoh. Aku harap korang dapat manfaat daripada apa yang aku kongsikan ini.

1. Cari jodoh

Seperkara yang menarik mengenai perihal mencari jodoh ini ialah Ustaz Don ada menegaskan memang jodoh itu datangnya dari Allah. Allah dah tentukan siapa jodoh kita. Tapi tak bermakna kita hanya perlu duduk tunggu jodoh kita itu datang, sebaliknya kita patut cari jodoh itu. Lalu, Ustaz Don berkongsikan kisah ada lelaki datang berjumpa beliau dan bertanya bagaimana nak cari jodoh? Ustaz Don bertanya, “Kamu nak siapa?”. Lelaki itu terdiam lalu bertanya, “maksud ustaz?”. “Yelah, kamu nak siapa?” balas Ustaz Don.

Persoalan mengenai “Kamu nak siapa?” ini sememangnya sangat menarik. Mungkin kedengaran agak mudah untuk dijawab tapi sebenarnya besar makna disebaliknya. Ustaz Don menegaskan kalau nak cari jodoh, biar ada ketetapan. Contoh, kita nak cari isteri ustazah, cari yang ustazah sajalah. Jangan pula kejap nak ustazah, kejap nak cikgu, kejap nak nurse. Nampak? Tak ada ketetapan langsung. Itu yang sampai sekarang tak jumpa-jumpa jodoh tue. Tak tetap pendirian. Bahkan Ustaz Don sendiri memberikan contoh  berkaitan diri beliau yang inginkan isteri doktor dan alhamdulillah beliau dapat dan telah pun mengikat tali pertunangan.

kahwin

Kemudian Ustaz Don membawakan kisah kenapa Khadijah dapat Nabi Muhammad s.a.w sebagai suami beliau. Kerana Khadijah sendiri telah pun menetapkan yang beliau ingin bersuamikan Nabi Muhammad s.a.w. Semuanya bermula ketika Khadijah sendiri melihat keajaiban yang berlaku sewaktu ibu Nabi, Siti Aminah melahirkan baginda. Bermula saat itu, Khadijah berkata pada dirinya, aku ingin kahwin dengannya (Nabi Muhammad s.a.w).

Seterusnya Ustaz Don ada meyentuh mengenai dimana nak cari jodoh. Nak cari jodoh biar kena dengan tempatnya. Nak cari ustaz, cari kat masjid, nak cari engineer cari kat exhibition atau pameran teknologi, nak cari cikgu cari kat sekolah. “Nak cari engineer, cari kat tempat buang sampah, memang tak jumpalah”, Ustaz Don sempat melawak.   :D

Dan bagi mereka yang mencari-cari doa mendapat jodoh, Ustaz Don ada doanya. Malah doa ini disyorkan sangat berkesan sambil mengangkat buku kecil yang dikatakan mempunyai doa itu. Tapi hendaklah atas satu syarat kata ustaz, hehe.

2. Hukum menggunakan khidmat photographer ketika hari perkahwinan

Secara spesifiknya Ustaz Don tak ada menyebut tentang hukum menggunakan khidmat photographer ketika hari perkahwinan tetapi ustaz ada menyebut, Allah murka dengan perbuatan tersebut. Adalah tak elok jika photographer lelaki mengambil gambar pengantin perempuan nak-nak gambar yang pelbagai pose seperti si pengantin perempuan baring di atas katil manakala si photographer lelaki berada di atasnya mengambil gambar. Ustaz Don menambah, perbuatan photographer lelaki itu sebenarnya dah menjatuhkan maruah pengantin lelaki. Sesungguhnya hak isteri itu hanyalah kepada suami. Lagi teruk kalau pengantin lelaki berada disebelahnya dan hanya tersenyum melihat perbuatan tersebut seolah-olah dia membenarkan bakal isterinya diperlakukan dengan pelbagai cara.

Ustaz Don dengan nada yang keras dan serius mengatakan, bagaimana nak jadikan perkahwinan itu mendapat berkat, bahagia, kekal sehingga ke hujung nyawa jika di hari perkahwinan itu sendiri berlaku perbuatan yang Allah murka? Mungkin perkara ini kita lihat sebagai kecil lagi remeh tapi sebenarnya besar impaknya kepada perkahwinan kita itu. Kita nak perkahwinan kita itu mendapat rahmat dan berkat tapi di hari perkahwinan kita, kita cemarkan dengan perbuatan yang Allah tak suka. Jadi kalau ada masalah selepas itu, jangan tanya dimana silapnya. Silapnya di hari perkahwinan korang.

Tak salah kalau nak guna khidmat photographer kata Ustaz Don. Yelah kahwin sekali (itu pun kalau sekalilah), jadi nak kena ada kenangan (gambar). Nak guna boleh. Yang pengantin perempuan gunalah khidmat photographer perempuan dan sebaliknya. Malah ustaz sempat berjenaka tentang gelagat pengantin hari ini yang mengambil gambar perkahwinan dengan pelbagai posing. Kalau dulu pengantin sendirilah yang mengambil gambar mereka tapi hari ini lain, kata ustaz.

3. Perihal Dajjal

Perihal Dajjal ini merupakan penutup kepada bual bicara Ustaz Don. Sebuah penutup yang aku kira sangat menarik disamping menjadi peringatan keras kepada kita akan bahaya Dajjal, ujian terbesar di akhir zaman nanti. Kata Ustaz Don memetik hadis sahih, “Tidak akan berlaku kiamat selagi tidak turun 30 Dajjal”. Lalu, Ustaz Don membawakan kisah Aishah yang menangis selepas mendengar Nabi Muhammad s.a.w bercerita mengenai Dajjal. Aishah dikatakan sangat takut sehingga beliau menangis dan menjerit-jerit selepas mendengar cerita tersebut.

Bagaimana  Aishah yang dikenali sebagai Ummul Mukminin itu boleh jadi sedemikian rupa dan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w yang telah disebutkan di dalam Al-Quran sebagai rahmat sekalian alam boleh menyebabkan Aishah menangis seperti itu? Baginda selaku rahmat sekalian alam, setiap kata-kata yang keluar dari baginda hanya akan menenangkan hati-hati yang mendengar. Tetapi kenapa  sampai Aishah boleh menangis? Nak cerita punya dahsyat mahkluk yang diberi nama Dajjal ini, kata Ustaz Don. Aku yang mendengar kisah ini dari Ustaz Don pun terasa, apatah lagi para sahabat yang dikatakan apabila mereka diperdengarkan akan khabar kemunculan Dajjal ini menjadi sangat sangat takut seolah-olah Dajjal ketika itu berada di kalangan mereka. MasyaAllah sungguh dahsyat.

AshenSorrow

Jadi bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menenangkan Aishah yang seakan-akan histeria itu? Baginda berkata, “Kalau Dajjal itu muncul, biar aku yang berdepan dengannya. Aku akan jadi pelindungmu.” Lantas Ustaz Don kembali kepada pangkal bicara mengenai cari jodoh. Ustaz Don bertanya kepada hadirin perempuan, “kamu nak cari lelaki yang bagaimana yang boleh jadi pelindung kamu ketika datangnya fitnah Dajjal?” Dan kepada hadirin lelaki pula, ” bolehkah kamu jadi pelindung kepada isteri kamu nanti?” .

Memang sudah disebut bahawa Nabi Isa dan Imam Mahdi yang akan membunuh Dajjal tapi itu nanti kerana Dajjal hanya akan muncul ketika Nabi Isa dan Imam Mahdi tiada. Timeline-nya kata Ustaz Don sambil mengangkat tangan, antara zaman selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman turunnya Nabi Isa, antara dua zaman ini, ditengah-tengahnyalah Dajjal akan muncul. Ketika itu tiada siapa yang akan menyelamatkan kita dari Dajjal, ketika itulah kita akan benar-benar teruji. Matahari akan berhenti, siang dirasakan seolah-olah panjang. Sehari dirasakan seminnggu. Seminggu dirasakan sebulan, Sebulan dirasakan setahun. Dan macam-macam lagi fitnah Dajjal yang boleh buat keimanan kita ini goyah.

Tapi kata Ustaz Don, hanya 2 tempat sahaja Dajjal tak boleh masuk iaitu Mekah dan Madinah kerana kedua-dua tempat ini dijaga oleh para malaikat. Maksudnya apa? Sambil beliau melihat hadirin yang datang. Maksudnya, Bandar Sri Putra dia sampailah, Ustaz Don melawak. Kalau Bandar Sri Putra pun dia sampai, tempat lain jangan cakaplah. Jadi berbalik kepada persoalannya, “kamu nak siapa?” Yang perempuan, dapatkah kamu cari suami yang boleh menjadi pelindung kepada kamu? Yang lelaki pula, bolehkah kamu jadi pelindung kepada isteri kamu nanti?

Wallahua’lam. Ustaz Don menamatkan bicaranya.

Banyak lagi yang Ustaz Don kongsikan semalam antaranya kisah Hassan al-Banna dan penzina perempuan yang sudah bertaubat, kisah abid (Bhasisoh – tak pasti betul ke ejaannya) yang mati dalam kekufuran dan lain-lain. Yang ada nie pun dah panjang sangat, hehe. Memang rugi rasanya tak ada kamera. Kalau tak dah boleh rakam. Apapun Ustaz Don memang best. Aku doakan yang terbaik untuk beliau dan berharap dapat mendengar ceramah dan bual bicara beliau di masa-masa akan datang. Menghadiri bual bicara Ustaz Don semalam sememangnya hadiah hari jadi terbaik untuk diri sendiri yang aku pernah dapat.   :mrgreen:

Korang pasti akan suka:

{ 15 comments… read them below or add one }

Amirez January 15, 2012

wah, bagus ikut ceramah macam ni. penjelasan ustaz Don pun senang nak faham. tegas tapi dalam bahasa yang lembut.
Amirez punya entri [terbaru] ..Lee Chong Wei Mara ke Final Badminton Terbuka Malaysia 2012

Reply

arrizz January 15, 2012

melawak tapi benar dan sampai ke hati..ustaz don banyak sentuh perkara2 yang bagi kita nampak kecil tapi sebenarnya besar..suka dengan cara penyampaian ustaz don yang bersahaja..hehe

Reply

titan January 16, 2012

salah satu uztaz yang aku suka dengar ceramahnya. hehe..
titan punya entri [terbaru] ..Komisen ke 10 dari 701panduan

Reply

arrizz January 23, 2012

best kan.. :D

Reply

saifdesign January 17, 2012

memang menarik info dari artikel ini. Cuma mungkin ianya adalah kupasan secara ringkas.
saifdesign punya entri [terbaru] ..Missed Selling agent insuran dan takaful

Reply

arrizz January 23, 2012

kupasan secara ringkas dengan harapan mesej dapat disampaikan.. :-)

Reply

shahril January 25, 2012

salam…

boleh tak tolong saya mcm maner nk hubungi ustaz Don ni.?
sebab saya nak panggil dia bagi ceramah kat sekolah untuk murid2 saya di sekolah..

tq..

Reply

arrizz January 25, 2012

mungkin cara paling senang adalah menerusi FB page beliau;

https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Don-Daniyal-Don-Biyajid/214794808579280

Reply

Layyinul Harir January 27, 2012

salam..

thanks untuk perkongsian ini..

kamu nak siapa?

nampak simple…huhu.betol awak kate.
memang kena set siap2 nak jodoh yang macamne..

ttg perkongsian lain,sanngat menarik.

teruskan menulis apa2 yang bermanfaat untuk semua..

salam ziarah.=)
Layyinul Harir punya entri [terbaru] ..siapa yang lebih kita cinta?

Reply

arrizz January 27, 2012

terima kasih :)

bukan kata saya tapi kata ustaz don..hehe..benda nie mungkin nampak trivial (kecil dan tak penting) tapi persoalan kamu nak siapa nie besar mendalam maksudnya..

insyaAllah kalau ada perkongsian lagi, saya akan kongsikan.. :mrgreen:

Reply

Kamal Mustafa January 31, 2012

Suka ceramah Ustaz Don kat Astro.
Kamal Mustafa punya entri [terbaru] ..Wordless Wednesday 28 – Ikan Patin Nan Gadang.

Reply

arrizz February 1, 2012

santai+bersahaja..terbaik! :mrgreen:

Reply

emanthehalia February 8, 2012

nice weyh. banyak jugak info ko dapat tangkap. teringin dengar ceramah UDD satu hari nanti secara live. mesti best..

Reply

arrizz February 9, 2012

bolehlah tangkap sikit2..rugi tak bawa nota nak catit..banyak yang UDD sentuh..best2 lak tue..lagi rugi takde kamera..kalo tak dah boleh dah rakam :x

Reply

Ruslan Achok February 18, 2012

Semoga Ustaz Don dan mereka yang menyampaikan dakwah disucikan hati dan sentiasa ikhlas dalam menyampaikan dakwah. Semoga rahmat Ilahi sentiasa mencurah-curah ke atas kita semua… Amiiinnn

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: