Tips membeli belah sempena Hari Raya

by arrizz on August 28, 2010

Salam sejahtera. Semalam pergi jalan-jalan kat area Jalan TAR dan Sogo dengan adik. Sesak, itulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan suasana ketika itu. Al-maklumlah kan, hari raya is around the corner. So, orang pon ambil kesempatan cuti hujung minggu nie pergi membeli-belah. Bercakap pasal beli-belah nie, aku nak kongsikan dengan korang dan korang boleh kongsikan dengan sesiapa saja, makcik, kakak ataupun jiran korang beberapa tips berguna membeli belah sempena Hari Raya.

shopping

Rancang perbelanjaan

Inilah perkara paling asas bila kita sebut pasal membeli-belah nie. Sebab apa? Sebab kalau tak pandai rancang perbelanjaan masa keluar membeli-belah, free-free duit korang melayang ke tempat yang tak sepatutnya dan lagi teruk, out of budget. Kita tak mahu ya benda-benda macam nie terjadi. Shopping is fun, don’t ruin the mood k? Antara perkara yang korang boleh lakukan ialah, buat list apa yang patut dibeli, berdasarkan keperluan dan bukannya kehendak. Bawa cash instead of kad kredit. Paling penting, jangan mudah terpengaruh dengan SALE. Nafsu jer semua tue, hehe.

Pilih waktu yang sesuai

Hujung minggu biasanya ramai orang. Bila dah ramai, maknanya sesaklah kan. Bila dah sesak lak, mood boleh jadi rosak. Eh, dah macam pantun, haha. Mana taknya, si suami yang tengah pandu kereta, marah-marah sebab jalan jam, lepas tue lepas gream kat  si isteri. Si isteri yang asalnya good mood nak pergi shopping raya jadi bad mood lak. Last-last isteri merajuk tak jadi shopping balik rumah. Kan rugi macam tue. So pilih hari selain hujung minggu kalau ada dan elakkan shopping last minit nak raya.

Jangan bawa kanak-kanak

Yang nie khas bagi yang dah berkeluarga. Bawa budak-budak kecil pergi shooping nie kadang-kadang payah gak. Yelah budak kecil kan, pantang nampak benda best sikit, mulalah minta belikan. Kang tak beli, tengah-tengah orang ramai tue dia buat scene. Malu mak bapak dibuatnya. Lagi satu, nak jaga diorang tue. Takut-takut kita tengah sedap bershopping, anak hilang entah ke mana pon kita tak sedar. Kalau hilang kita jumpa balik tak apa. Tapi kalau yang hilang tak jumpa balik tue, haa siapa nak jawab? DBKL ker polis?

Bawa beg pakaian beroda bersaiz gedabak

Eh? haha, mesti korang dah pelik nie kan. Tips nie aku baru tahu semalam masa tengah tunggu adik aku. Ada laa seorang akak nie aku nampak bawa beg pakaian beroda bersaiz gedabak. Ingatkan nak tidur kat hotel ke apa. Tahu apa dia buat? Dia sumbat semua barang-barang yang dia baru beli tadi masuk dalam beg tue, haha. Senang kan macam tue? Tak payah susah-susah pegang banyak barang. Kalau korang nak buat macam tue, aku syorkan bawa troli. Tapi kalau nak gambar korang masuk Oh! Tidak, bawalah kereta sorong,haha.

p/s: Dah beli baju raya ker?

Korang pasti akan suka:

{ 12 comments… read them below or add one }

Wan August 28, 2010

shopping malam raya la best
durian runtuh :)

Reply

arrizz August 29, 2010

@Wan, haha..sale giler2..

Reply

Azizwan August 29, 2010

part jgn bawak budak2 tu aku setuju.. nanti tak pasal2 bajet lari. huhu..

Reply

arrizz August 29, 2010

@Azizwan, haa tue antara sebabnya la tue..elok elok bajet sekian sekian..bila bawa diorang, bajet dah out lak..hehe

Reply

Pachenko August 29, 2010

hahahha…
kejam la kau ni..
ksian kt budak2 ni..
dyorang pn nk rase suasana raya..
hahaha..boleh bwk dyorang..
tp dok dlm kete je..
hehe
.-= Pachenko punya entri [terbaru] ..SERONOK SUNGGUH DAPAT HENTIKAN MASA =-.

Reply

arrizz August 29, 2010

@Pachenko, haha betol gak tue..dok dalam kete jer..lagi senang..

Reply

hafidz August 30, 2010

Dah beli da baju raya~

“Bawa beg pakaian beroda bersaiz gedabak”, bagus jugak tips ni.
Senang bagi mereka yang suka berbelanja besar
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Minggu Ketiga Ramadhan =-.

Reply

arrizz August 30, 2010

@hafidz, waa awal ea..hehe

haha yang tue aku belajar kat akak yang aku nampak hari tue la..bagus gak cara dia tue..hehe

Reply

zik August 30, 2010

susah juga kalau bawak anak2 kecik… duk main lari2.. kang hilang ntah kemana…
.-= zik punya entri [terbaru] ..Mengapa sahur itu penting =-.

Reply

arrizz August 30, 2010

@zik, yup setuju..dah ramai orang, sesak lak tue..susah nak jaga diorang kalau pergi tempat2 macam tue..

Reply

donha August 31, 2010

aku tak pernah lagi kenal apa itu shopping raya! malas nak kenal. belum ada masa. roflt!:[
.-= donha punya entri [terbaru] ..Permainan orang kafir =-.

Reply

arrizz September 1, 2010

@donha, haha takpe bro..aku pon not so into it..just for fun jer,haha..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: