Tak semua perkara kita harus tahu dan beritahu

By arrizz, December 15, 2009

whispering

Dalam hidup ini, banyak perkara yang korang dan aku rahsiakan. Sama ada perkara tersebut mengaibkan diri atau ianya terlalu private dan personal, itu terpulang pada korang untuk tentukan. Kalau korang rasa perkara tersebut selamat untuk diberitahu pada orang lain, beritahulah. Tapi macam mana kalau perkara tersebut kalau kita beritahu pada orang lain boleh mendatangkan aib serta mengundang masalah?

Agak-agak korang nak beritahu tak? Jangan tanya aku, kalau aku, no  way man!

Ada antara perkara yang kita rahsiakan itu seelok-eloknya jangan diberitahu pada orang lain. Yela, takkan korang nak beritahu kat orang lain yang korang berak berdiri kat rumah? Fikir logik laa. Dah tahu benda tue memalukan, buat apa nak beritahu orang lain. Kang tak pasal-pasal diorang pergi hebohkan kat jiran korang ke tak pon kat dalam Facebook siap link ke profile korang lagi. Tak ke malu besar namanya tue.

Tapi ada masanya pula, bukan kita yang nak beritahu sesuatu perkara tue tapi disebabkan ada orang lain yang nak tahu. Contohnya pasangan korang. Kena pula pasangan korang jenis kalau boleh semua benda pasal korang dia nak tahu. A hingga Z, terperinci lagi. Bagi aku, itu tak patut laa. Kena laa faham, tak semua perkara kita kena tahu. Ada batasnya. Lebih-lebih lagi perkara yang boleh bawa masalah besar.

Contohnya, korang (si suami) nak tahu pasal kehidupan lampau si isteri. Isteri korang beritahu dulu dia pernah jadi pelacur dan tidur dengan ramai lelaki, melayu, india, cina, semua dia dah pernah tidur dan rasa. Korang dapat terima tak? Silap-silap korang terus ceraikan dia ‘talak bain kubra’ sebab terlalu marah. Padan muka, nak tahu sangat kan. Salah si isteri gak. Dah tahu benda tue mengundang masalah besar,  buat apa beritahu?

Akhir kata, rahsia diri jangan pandai-pandai nak beritahu kat orang lain. Fikir dulu implikasinya. Fikir bukan setakat untuk jangka waktu yang singkat jer, tapi fikirkan untuk jangka waktu yang panjang gak. Kalau rahsia diri itu ada baiknya disimpan sampai ke mati, simpanlah. Dan ingat, tak semua perkara itu kita perlu tahu.

p/s: Adalah lebih baik kita tak tahu semua perkara kerana itu yang lebih baik.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 12% [?]

10 Responses to “Tak semua perkara kita harus tahu dan beritahu”

  1. Mario says:

    Setuju bro..
    Tak semua HARUS dikongsi.
    Kalau demi kebaikan bersama,baik rahsiakan :D

    arrizz Reply:

    @Mario, btol2..plus klau bnde kte nak tahu tue wt skit hati, bek xpyah tahu.. :)

  2. x-po says:

    aku rasa baik berlaku jujur walaupun perit..hoho

    arrizz Reply:

    @x-po, tu yg terbaik dr ladang.. ;)

  3. Neon says:

    tak perlu jujur 100%!! ohyeah..jom main kayu tiga kat belakang senyap2..

    ceh takdelah.

    lebih baik simpan rahsia yang tak patut diberitahu kat orang. nnt makan diri
    Neon´s last blog ..Siapa Disebalik "Aiman Tak Kisah" My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @Neon, berpada2 laa kn jujur tue..tlalu jujur xleh gak..

  4. ezany says:

    ikut keadaan.. kadang2 diam itu lebih baik dari berkata2..
    ezany´s last blog ..Aku, Dia & Kamera My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @ezany, haa btol..diam tue laa plg bagus sbenarnye.. 8)

  5. tak semua bende kne bgtaw… something yang tak patut dibgtaw tu mmg x patut nak dibgtaw..

    prinsip aku senang je. “bukan menipu, just x bgtaw je..”
    aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Salam 1431H! My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @aifa-cho chang, wah btol3..aku pon nak ikut laa prinsip ko ne.. :)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Panorama Theme by Themocracy

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.