Skinny Jeans – tips memilih dan menggayakannya

by arrizz on January 25, 2012

Salam sejahtera dan selamat bekerja selepas 2 hari bercuti sakan sempena Tahun Baru Cina. Feeling good? Skinny jeans. Aku sukakan seluar jenis nie. Adalah beberapa pasang dalam simpanan aku. Mulanya aku tak berapa berkenan nak pakai seluar jenis macam nie. Yelah ketat. Not to mention seluar skinny ramai budak-budak nakal yang pakai; skinhead, punk etc. Aku tak mahulah orang anggap aku one of them. Aku kan budak baik, hoho.

Nak dijadikan cerita adalah satu hari tue masa tengah shopping pakaian, kawan aku suruh give a try on seluar skinny. Aku pun try-lah. At first memang rasa janggal. Ketat dan menampakkan bentuk kaki. Seriously memang rasa janggal sebab sebelum nie aku selalu beli seluar straight cut saja dan dah terbiasa dengan seluar jenis macam nie. Tapi aku beli juga. Give a try-lah katakan. Start that day, aku dah mula minat dengan seluar nie.


Apa best-nya pakai seluar skinny nie?

Well, kalau kena dengan gayanya, pakai seluar skinny memang stail. As for me, seluar skinny nie selesa dan bergaya kalau korang tahu padankannya. Biasanya aku padankan seluar skinny dengan baju tee round-neck dan kadang-kadang baju v-neck dan hanya memakai selipar. Kalau rajin pakai kasutlah. Tapi most of the time, aku selesa hanya dengan memakai selipar saja, hehe.

Kalau korang rasa berminat nak bergaya dengan seluar skinny, di sini aku kongsi sedikit tips memilih dan menggayakannya.

  • Pastikan anda membeli jeans skinny yang potongannya dibuat khas untuk lelaki. Potongan tubuh lelaki berbeza dengan wanita dan jika anda memakai dan menggayakan jeans yang sedikit ketat daripada biasa, perlu pastikan juga ada ruang yang cukup, supaya lebih selesa dan tidak menyakiti tempat-tempat tertentu.
  • Saiz. Pastikan ia tidak terlalu ketat hingga boleh membuatkan seluar terkoyak ketika anda duduk. Pilihlah jeans skinny yang selesa dan selamat dipakai.
  • Potongan. Untuk kelihatan bergaya sealiran trend antarabangsa, pilihlan jeans skinny dengan potongan garis pinggang yang rendah, tetapi jangan terlalu rendah.
  • Warna. Lelaki akan memilih warna-warna maskulin apabila digayakan seperti rona kehitaman, kebiruan dan mungkin perang bagi mereka yang berani bereksperimentasi.
  • Kasut. Elakkan memakai but atau high shoes yang dipadankan dengan jeans skinny. Low-top-sneakers dan jenama kasut seperti Converse dan Vans cukup menarik dipadankan dengan jeans skinny. Terpulang pada anda untuk memilih mana yang berkenan di hati.
  • Jika anda mahu kelihatan sedikit dressy, pastikan anda memilih jeans skinny warna gelap yang dipadankan dengan kemeja yang menarik. Pilihan kasut pula adalah sepasang kasut tenis potongan low top yang bersih dan tidak bercalar (unscuffed) atau boleh juga digayakan dengan kasut formal atau moccassins.
  • Pastikan stoking anda tidak kelihatan apabila anda memakai jeans skinny. Ia nampak janggal jika kelihatan.
  • Perlu diingat bukan semua potongan badan dan ketinggian boleh menggayakan jeans skinny. Jika tidak kena gaya mungkin anda akan dilabelkan sebagai mangsa fesyen.
  • Gayakan fesyen jeans skinny anda dengan penuh keyakinan dan attitude. Pasti gaya individualiti anda lebih terserlah dengan penampilan anda ini. Selamat mencuba.

 Sumber: Kosmo 24 Jan 2012 oleh Faizal Hamid

Korang pasti akan suka:

{ 8 comments… read them below or add one }

titan January 25, 2012

aku memang tak minat pakai jeans. tak kiralah skinny ke apa. hehe..
titan punya entri [terbaru] ..Selamat tinggal Megaupload and the geng..

Reply

arrizz January 26, 2012

8O ye ke? mungkin sebab tu ko kacak bro..haha

Reply

Pejuang Kesenian Extreme January 27, 2012

+1
Pejuang Kesenian Extreme punya entri [terbaru] ..Set Catur Alien Vs Predator

Reply

shraqs January 25, 2012

Aku memang tak sesuai gaya ni,.. suka tengok budak2 pakai, masih setia ngan 501 jugak. :) shraqs punya entri [terbaru] ..Kenapa Apple Menggunakan Khidmat Pengilangan Di China

Reply

arrizz January 26, 2012

501 satu pun best gak.. :-)

Reply

ohcikgu January 26, 2012

budak sekolah..kalau pakai seluar jenis ni..memang siaplah..
ohcikgu punya entri [terbaru] ..Aksi Panas pelajar sekolah – Pengalaman kena denda di Sekolah

Reply

arrizz January 26, 2012

haha rilek cikgu..kat sekolah memang dorang tak pakai kot..kat luar maybe..

Reply

Kamal Mustafa January 28, 2012

Sesekali tukar fesyen pakaian kita apa salahnya betul tak?
Kamal Mustafa punya entri [terbaru] ..Pertama Kali Rakam Video Dengan Canon EOS 600D

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: