Saban tahun, bilangan graduan yang tamat pengajian pasti mencecah belas malahan puluhan ribu orang. Itu belum termasuk graduan dari IPTS lagi. Bilangannya boleh mencecah ratusan ribu orang. Dan mereka ini bukan tamat pengajian macam tue saja. Sebelum tamat pengajian, mereka telah diberi pendedahan tentang dunia pekerjaan melalui industrial training dengan satu tujuan iaitu untuk mempersiapkan diri mereka ke dalam pasaran kerja semasa.
Pasaran kerja hari ini tak menjamin kesemua graduan mendapat kerja. Hanya sebilangan, separuh atau kurang dari itu saja yang berjaya. Itu pun setelah mencuba banyak kali. Jangan ingat korang cuba sekali terus dapat kerja. Korang silap! Untuk satu kerja yang kosong, pasti ramai yang memohon. Itu nature dalam mencari kerja. Hanya orang yang betul-betul berkelayakan dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan saja yang akan berjaya.
Aku selalu baca pasal isu pilih kerja nie. Graduan yang baru tamat pengajian dan graduan yang tanam anggur (mengangur) diminta agar tidak memilih kerja. Bantailah apa kerja sekali pun, janji jangan duduk rumah goyang kaki tak buat apa-apa. Kalau nak juga macam tue, jadilah blogger sepenuh masa. Lagi senang dan relax. Pada pandangan aku, graduan memang patut pilih kerja. Yang tak patutnya ialah terlalu memilih kerja.
Pilihlah Kerja
Nak kerja pun patut ada minat. Korang ambil jurusan komunikasi contohnya berdasarkan minat korang. Korang bercita-cita nak jadi pengacara atau penyampai berita, itu pun atas sebab korang minat. Kalau korang tak minat, manalah korang saja-saja nak pilih bidang tue kan. Itu bodoh namanya ( maaf atas penggunaan kata yang tak sopan). Plus, buang masa korang saja. Korang tak tahu minat korang menjurus ke bidang apa, maka korang telah membuang masa tercari-cari bidang yang sesuai untuk korang.
Suka aku berpesan, nak buat apa-apa pun mesti berdasarkan minat. Kerja patut ada minat. Sebab minatlah yang menentukan prestasi kerja korang sama ada naik ataupun turun. Bila korang buat satu kerja itu berdasarkan minat, korang tak akan rasa penat ataupun lemah semangat bila kena maki hamun dengan bos. Tapi kalau tak ada minat, korang akan jadi pemalas, tak ada komitmen dan suka ponteng kerja. Tak pasal-pasal kena buang kerja. Baik tak payah kerja dari awal kalau macam tue. Buat penat jer.
Jadi, pilihlah kerja. Pilih berdasarkan minat.
Jangan Terlalu Memilih Kerja
Itu yang sepatutnya dielakkan. Korang kena tahu bahawa tak semua kerja itu menjurus 100% kepada minat kita. Ada yang hanya 70% atau 80% saja. Contohnya korang nak kerja sebagai pelukis pelan seni bina tapi dapat offer lak jadi guru LK (lukisan kejuruteraan) kat sekolah menengah. Bagi aku, korang tak patut tolak bulat-bulat. Ingat, susah nak cari kerja sekarang nie. Pelukis pelan dan guru LK taklah jauh sangat. Dua-dua masih melibatkan minat korang yang suka melukis tue.
Jadi, apa kata gunakan minat 70% atau 80% korang tue untuk kerja yang korang tak minat 100%? Siapa tahu dari 70% naik jadi 100%. Yang penting jangan terlalu memilih kerja. KorangĀ juga yang susah nanti. Lebih baik kerja daripada tak.
Sebagai penutup, pilihlah kerja. Pilih berdasarkan minat. Cuma jangan terlalu memilih.

{ 8 comments… read them below or add one }
baikkk
hehehhe aku takyah pk dah..dah kompem2 keje kat sekolah.
@Neon, ko senang laa..aku nie xtau g ntah dpt keje ke x.. :8
sabar dan tawakal. usaha itu penting. tak kiralah kerja kuli ke pe ke, kita kene bermula dari bawah..kalau nak makan gaji besar, mula kene mula dari yang gaji kecil2..hihihi :8
.-= Neon“s last blog ..Siapa Disebalik "Aiman Tak Kisah" =-.
btol 2..suju sgt2..aku nak bmula dgn blogging half time..
Benar tu, janganlah terlalu memilih kerja. Kerja apapun juga baik asalkan kerja halal.
.-= jawatan kosong punya entri [terbaru] ..UHY Diong Accounting & Consulting Vacancies =-.
@jawatan kosong, yup, jnji halal rezeki tue..
:bloody:
:beurk:
:8
:p
@zz,