Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali. Aku dah tengok The Last Airbender. Terkejut? Ye aku tahu filem nie keluar panggung 5 Ogos depan. Tapi kat US dah keluar ok, 1st Julai lagi. Terima kasihlah kat orang yang generous sangat tempek link download movie nie kat internet. Aku apa lagi sebab dah teringin sangat nak tengok (asalnya nak tengok kat panggung jer), aku pon download laa dan sekarang aku nak review sikit pasal filem nie (asal aku rasa macam terlalu awal untuk review filem nie? lantaklah).

Selaku peminat siri kartun The Last Airbender, ada beberapa benda yang out of my expectation bila tengok filemnya yang dah di-live-action-kan nie. Filem yang berdurasi 1 jam lebih nie aku rasakan terlalu cepat. Aku expect filem nie ada laa nak dekat 2 jam gitu. Yelah filem nie kan baru. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok siri kartun filem nie mesti kurang faham dengan jalan ceritanya. So untuk filem baru yang diadaptasikan, +- 2 jam aku rasakan cukup untuk keseluruhan filem macam diorang buat untuk filem GI Joe: The Rise of Cobra (2009).
Then, pelakon a.k.a watak utama filem nie. Siapa lagi kalau budak botak yang diorang panggil Avatar tue. Satu benda yang aku perasan pasal dia nie ialah cara lakonan dia agak kaku. Cara cakap dia tue nampak tak berapa natural, ikut skrip sangat. Bila aku buat research sikit pasal dia, rupa-rupanya baru first time berlakon dan The Last Airbender nielah filem pertama dia. Hmm, patut laa. Apapun, tepukan untuk pengarah filem, M. Night Shyamalan sebab bagi kepercayaan kat pelakon baru pegang watak utama.
Bercakap pasal jalan cerita, jalan cerita filem tak jauh berbeza berbanding jalan cerita siri kartun. Ada laa certain part yang berbeza sikit. Bagi yang memang layan siri kartun, tahulah mana yang beza tue. Yang baru nak tengok nanti, diam-diam jer laa korang ye, hehe. Untuk kesan khas atau special effect yang digunakan dalam filem nie, aku bagi pujian, memang hebat dan mantap. Bagi pengarah berpengalaman macam M. Night Shayamalan nie, semua tue as easy as pie jer laa kan, hehe.
Sebenarnya ada lagi benda yang aku nak cakap pasal filem nie tapi aku tak nak rosakkan mood korang yang bakal menonton filem nie kat panggung minggu depan. Last but not least, selamat menonton The Last Airbender kat panggung!
Beberapa fakta yang korang patut tahu tentang filem The Last Airbender.
1. Noah Ringer, pelakon watak utama filem ini, in real life merupakan pelatih taekwando.
2. Sebelum The Last Airbender, M. Night Shyamalan sudah mengarah 8 buah filem antaranya ialah, The Village, The Happening dan The Sixth Sense.
3. Dev Patel, pemegang watak Prince Zuko, sebelum ini memegang watak utama dalam filem Slumdog Millionaire.
4. Filem The Last Airbender bakal mempunyai sekuelnya selepas ini sama seperti siri kartunnya yang terbahagi kepada 3 iaitu Book 1 (Water), Book 2 (Earth) dan Book 3 (Fire).
5. Filem ini menelan belanja sekitar $ 150 juta.
p/s: The Last Airbender adalah filem kedua dalam tahun nie selepas Iron Man 2 yang mengecewakan aku sebab way out of expectation. Harap trailer jer best.

{ 13 comments… read them below or add one }
wei..
.-= Pachenko punya entri [terbaru] ..WANG ITU BUKAN SEGALANYA =-.
ko dah dwnload ke..
kt ne ko daownload??
nak ea nanti..
hehee
@Pachenko, dah..nnt a aku bg ko..hehe
Ni yang tak best bila tengok trailer movie nampak best, bila da tengok movienya jadi tak best, fuh~ :[
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Album Review – Yuna Decorate =-.
setuju!…
jalan cerita dia macam terpotong2..
agak mengecewakan untuk sebuah filem..
mungkin dpertimbangkan kalu keluar drama..
.-= Liyana punya entri [terbaru] ..Awak sakit ke =-.
@Liyana, haha kartun dye g best..hrap effect jer cntik..
mesti tengok nih
.-= jack punya entri [terbaru] ..Stages of Sleep Apa Yang Berlaku Semasa Tidur =-.
Best eh? jangan jadi macam dragon ball movie tu sudah. macam hampeh!
.-= conteng conteng punya entri [terbaru] ..Bukan Senang Nak Senang- Bukan Susah Nak Masuk Skim Piramid =-.
@conteng conteng, bg aku xbest..sme cm iron man laa..trailer bukn men gempak tp..hmm mgecewakn..
dah lama x tgk film mat saleh hoahu
.-= Wan Perlis punya entri [terbaru] ..Perkhidmatan Internet di Malaysia =-.
@Wan Perlis, wow..dh lame xtgk? agak mgejutkan aku gak nie..hehe
aku dah tengok anime crite ni dulu.. baru tengok yg real.. basically pe2 anime convert ke real kena tengok anime dulu kalau tak, takkan paham.. last airbender kira menjadi gak la berbanding dragonball….
Izwan punya entri [terbaru] ..Bagaimana Anda Menyambut Tahun 2011
aku pon dah tengok gak..tula ku rasa jalan cerita macam laju sangat..last airbender & dragonball, last airbender lagi ok..dragonball tue is a mistake..haha
yg aku tak leh tahan kat dragon ball tu, goku siap g kolej kot.. moden giler.. haha..
Izwan punya entri [terbaru] ..Bagaimana Anda Menyambut Tahun 2011
{ 1 trackback }