Review Sucker Punch

by arrizz on March 31, 2011

Salam sejahtera. Korang apa khabar? Harap sihat-sihat hendaknya. Maaflah lama tak ber-update. Sejak semenjak dua menjak nie, aku lebih banyak luangkan masa bersama kawan-kawan. Keluar jalan-jalan, pergi karaoke, ziarah kawan dan banyak lagi. Nice-lah tue kan. Duduk memanjang depan laptop jer, kawan tak ingat langsung. Tak mahulah macam tue. Sekali sekala kenalah keluar dengan diorang. Kawan pun perlukan perhatian kita juga, bukan awek jer. Setuju? hehe.

sucker punch

Baiklah, hari ahad yang lepas aku telah mengambil kesempatan masa ke atas seorang gadis, membawa dia keluar ke panggung wayang, menonton filem tahun 2011 yang aku nak sangat tengok iaitu, Sucker Punch. Sebelum aku bawakan korang review aku sendiri untuk filem ini, suka aku maklumkan, agak ramai jugalah penonton khususnya dari Malaysia yang kecewa dengan filem Sucker Punch ini. Dalam bahasa yang agak sopan, filem ini tak best and like shit!

Itu pendapat mereka. Pendapat aku pula, filem ini best dan awesome! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca review aku ini.

Kita skip bahagian sinopsis. Malas nak tulis balik, korang bukan baca pun, hehe. Sesiapa yang tak tahu pasal filem nie lagi, boleh refer entri aku yang nie, Preview Sucker Punch.

Jalan cerita. Punca utama ramai yang kecewa dengan filem ini ialah tak lain tak bukan, jalan ceritanya. Ramai yang tak faham dengan jalan cerita Sucker Punch nie. Atas sebab tak faham inilah, mereka labelkan Sucker Punch tak best. First thing korang perlu take note bila nak tengok filem ini ialah, be fantasize. Tolak ke tepi segala logika kerna kadang-kadang untuk menjadikan jalan cerita sesebuah filem itu best, logik kena tolak tepi, sebaliknya biarkan minda korang berfantasi.

sucker punch

Di sini aku terpana sebentar..wow

Aku sendiri mengaku, jalan cerita memang pelik. Masuk ke dunia fantasi semata-mata nak cari item-item yang diperlukan untuk membebaskan diri di dunia nyata. Dah tue bukan senang nak cari item-item tue, kena bertembak dengan zombie Nazi, lawan naga, robot, orcs, samurai. Memang pelik. Tapi nak buat macam mana, fantasy, everything is possible! Bagi aku inilah kelainan yang dibawakan oleh filem Sucker Punch yang menjadikannya  best dan worth watching. Kelainan yang sangat luar biasa sehingga menyebabkan audiens kebinggungan dan tak faham jalan cerita, haha.

Bagi aku, korang-korang yang tak faham tue dah terkena penangan Sucker Punch. Panggg sebiji kat muka korang, tue pasal tak faham, haha. Sangat respek dengan Snyder, filem beliau betul-betul telah buat korang pening. Pening sebab kena penumbuk Sucker Punch betul-betul tepat kat muka. Kan dia dah warning, You Will Be Unprepared..Nasib baik tak KO.

Genre. Genre yang dibawakan oleh Sucker Punch ialah fantasi aksi. Tapi dalam masa yang sama genre berbentuk dark fantasy atau fantasi gelap turut diketengahkan di dalam filem ini. Buktinya dapat dilihat melalui atmosfera filem yang serba gelap, penggunaan mekap dan costume ala-ala gothic, senjata klasik seperti katana, kapak dan pedang dan mahkluk seperti naga, orcs, knights, zombie, dan robot serta latar tempat seperti istana dan medan perang yang mewarnai dunia Sucker Punch. Dark fantasy rules!

nazi zombie

Ini bukan zombie Kampung Pisang, ini zombie Nazi yang sangat cool.

Fokus cerita. Bagi yang tak tahu lagi, maksud fokus cerita yang aku maksudkankan di sini ialah, nilai atau mesej yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem itu. Mesej paling jelas yang aku nampak cuba disampaikan melalui filem ini ialah, nilai fantasi itu sendiri. Sucker Punch cuba mengajak penonton berfantasi tanpa batasan di dalam dunianya. Here we can find almost everything and it’s possible. Bak kata Madam Gorski, you control this world. Itulah kuasa fantasi yang dijanakan oleh imaginasi. Sangat cool kan?

sucker punch image

Awek-awek hot memulakan aksi!

Kalau kita kaitkan dengan kehidupan, contoh paling dekat ialah angan-angan. Ya angan-angan adalah satu bentuk fantasi. Tipu kalau ada yang cakap dia tak pernah berangan-angan. Angan-angan jika dimanipulasi dengan cara yang betul, boleh jadi daya pendorong kepada kita. Menjadi sebab untuk berusaha. Dalam kes Sucker Punch, Baby-Doll menggunakan angan-angannya untuk mahu membebaskan diri dari hospital mental tue. She knows it’s a tough journey but she doesn’t hesitate to give it a try coz she believes, fantasy is power and nothing is impossible! Nampak? Jangan jadi macam Mat Jenin sudah.

Sebenarnya banyak lagi mesej yang boleh dikongsikan bersama, tapi kalau nak hurai memang panjang. Jadi, sendiri mahu ingatlah ye, hehe. Bukan susah pun nak korek mesej yang cuba disampaikan tue. Kata belajar sastera masa sekolah dulu. Ngeh3.

Pelakon. Seorang kawan aku nie menjadikan alasan pelakon perempuan sebagai watak utama untuk tak menonton filem Sucker Punch. Bagi dia, this kind of idea is intolerable. Women should just play the role as watak sampingan atau terma lainnya, penyeri/penyedap cerita. He believes that man is superior (yang nie aku memang setuju) dan hanya lelaki saja yang sesuai memainkan peranan selaku peneraju  cerita (yang nie aku tak setuju).

sweet pea

My fav char, Sweet Pea. OMG! She is really sweet.

Aku percaya, dalam sesebuah filem aksi, watak utama kadang-kadang perlu diberikan kepada perempuan. Trend ini mula dipelopori oleh janda aku, Angelina Jolie di dalam filem, Tomb Raider. They should be given the chance too. Asyik tengok lelaki jer beraksi (macam gay-lah pulak). Aku sangat sukakan idea , gadis-gadis comel+cantik+hot yang stylish, memegang senjata masuk ke medan perang dan bertempur hebat di dalam filem Sukcer Punch ini. Ianya sangat seduktif dan sexy! What more could you ask? haha. Dipendekkan cerita, syabas kepada kelima-lima pelakon utama filem ini kerana berjaya membawa watak mereka dengan berkesan dan tanpa masalah meskipun melakonkan filem aksi yang kita kurang percaya pelakon perempuan boleh melakukannya. Good job girls!

Kesan khas & Soundtrack. Biasanya aku asingkan kedua point nie. Memandangkan dah panjang sangat yang aku tulis, adalah wise untuk aku pendekkan sebab aku tengok korang pun macam dah malas nak baca, hehe. To be honest, aku sangat terpukau dengan kesan khas yang digunakan di dalam filem ini. Sangat sangat awesome. Memang menepati standard filem aksi barat dan mungkin lebih baik lagi kerana idea jalan ceritanya yang sangat senggama minda (Obe, pinjam ayat ko kejap, hehe). Untuk soundtrack-nya pula, I got nothing to say. Sangat layan.

sucker punch comment
Komen peminat tentang soundtrack Sucker Punch

Rate. 4.5 out of 5. Mana hilangnya 0.5? Anggap sajalah aku mengambil kira pendapat mereka-mereka yang mengatakan filem Sucker Punch ini sebagai tak best. Fair bukan? Apapun Sucker Punch masih tak dapat menandingi tahap ke-awesomeness yang aku rasakan masa menonton filem GI Joe: Rise of the Cobra dulu. GI Joe is still the best film I ever watched! Looking forward for its sequel. Kalau korang tak tengok lagi dan berhasrat nak tengok lepas baca review nie, I got one thing to say, senggama mindakan dirimu or else you will be unprepared..

p/s: Korang dah tengok ke cerita nie? Kalau dah dan korang ada review, bagi link aku nak baca, :-) .

Korang pasti akan suka:

{ 5 comments… read them below or add one }

hafidz April 1, 2011

bagi filem sucker punch ni antara yang terbaek untuk bulan ni punya filem.
:D hafidz punya entri [terbaru] ..P1 Wimax

Reply

PakarBuahPinggang April 3, 2011

Bro,di antara final fantasy dengan berita ni mana lagi best?
PakarBuahPinggang punya entri [terbaru] ..Awas serangan Kanser Prostat

Reply

Mr. Pian April 3, 2011

bagus cerita kau arriz…
Mr. Pian punya entri [terbaru] ..Mozilla Seabird – Teknologi yang bakal menggoreng otak korang semua

Reply

MokhZam April 5, 2011

kena tengok filem ni baru tau best ke tak

Reply

faisal April 5, 2011

perrhhh gempak.
faisal punya entri [terbaru] ..dR or DR

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: