Review Scott Pilgrim vs The World

by arrizz on November 2, 2010

Salam sejahtera. Sejauh mana korang sanggup pergi semata-mata ingin meraih cinta seorang gadis? Adakah korang sanggup bersepak terajang asalkan gadis yang korang suka itu menjadi milik korang? Jangan tanya aku sebab aku dah tak available lagi, hoho. Baru saja habis tengok Scott Pilgrim vs The World. Dan aku rasa korang pon patut tengok movie nie gak kalau nak tahu jawapan kepada soalan-soalan tadi.

Scott Pilgrim vs The World

Sinopsis:

Scott Pilgrim vs The World ini mengisahkan mengenai kisah Scott Pilgrim, seorang pemain gitas bass kepada band Sex Bob-omb yang menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar sekolah bernama Knives Chau. Hubungan di antara mereka adalah baik sehinggalah Scott Pilgrim mula berkenalan dengan seorang gadis misteri bernama Ramona Flowers. Sejak dari itu, perasaan Scott Pilgrim terhadap kekasihnya, Knives Chau mula berubah dan beralih kepada Ramona Flowers pula.

Suatu malam ketika sedang melakukan persembahan, Scott Pilgrim telah diserang oleh seorang lelaki misteri bernama Matthew Patel. Apa yang mengejutkan ialah, Matthew Patel bukanlah sembarangan orang kerana dia mempunyai kuasa mistik! Mengapakah Scott Pilgrim diserang? Mampukah Scott Pilgrim melawan Matthew Patel yang mempunyai kuasa mistik itu? Dan apakah yang dimaksudkan oleh Ramona mengenai The League of Evil Ex-es? Nak tahu? Kenalah tengok sendiri, haha.

Jalan cerita. Di awal 30 minit yang pertama movie ini, aku boleh katakan jalan cerita agak membosankan. Buktinya member aku yang mulanya beriya-riya nak tengok sama dengan aku, rasa mengantuk dan pergi tidur. Dan aku dah alang-alang tengok, teruskan sajalah. Pada mulanya penonton akan dibawa melihat kehidupan Scott Pilgrim yang mana aku rasakan normal. Bermain dalam band, menjalinkan hubungan dengan budak sekolah, duduk serumah dengan kawan gay dan mempunyai seorang kakak yang agak annoying.

Tapi jalan cerita bertukar menjadi gempak serta-merta part Scott Pilgrim diserang oleh Matthew Patel, lelaki misteri berkuasa mistik tue. Kenapa aku katakan gempak? Itu korang kena tengok sendirilah, haha. Apa yang aku boleh katakan, penonton pasti akan terkejut. Yelah, mula-mula start, jalan cerita macam bosan jer. Tapi sampai saja minit ke-30, jalan cerita bertukar serta-merta. Even aku sendiri pon terkejut, hehe. Tak sangka.

Genre. Genre movie ini adalah komedi dan romance tapi dalam masa yang sama, movie ini juga menggabungkan unsur muzikal dan aksi. Since, Scott bermain dalam band memang tak larilah dari unsur-unsur seperti battle of the band dan gig. Aku paling suka part dia dan band dia battle dengan Katayanagi Twins. Band diorang adalah band indie. Katayangi Twins lak lebih kepada dj techno. Memang gempak tengok diorang battle since jarang-jarang or mungkin tak pernah kita tengok band indie battle dengan dj techno kan.

Kesan khas. Untuk pengetahuan korang, movie ini adalah adaptasi dari versi asalnya iaitu komik. Jadi kesan khas yang digunakan dalam movie ini adalah ala-ala komik. Tapi part yang aku suka bila bercakap pasal kesan khas nie adalah part pertarungan. Kesan khas yang digunakan sebijik macam dalam game. Alaa macam game King of Fighter yang korang main tue. Memang gempak aku tengok. Rasa macam tengah main game pon ada gak,haha.

Pelakon. Bab pelakon nie memang tak ada masalah. Pemilihan pelakon untuk movie nie sememangnya tepat dan kena dengan watak. Diorang ada pengalaman dan cara lakonan diorang juga mantap. Tak macam satu movie nie. Nama-nama seperti Brandon Routh dan Chris Evans nie memang dah tak asing lagi. Brandon memegang watak Clark Kent dalam Superman Returns manakala Chris pula sebagai Human Torch dalam Fantastic Four.

Soundtrack. Aku dah dengar soundtrack untuk movie nie. Semua  lagu yang dimainkan dalam movie, ada dalam soundtrack Scott Pilgrim nie. Bagi aku, layan gak since telinga aku nie jenis semua lagu boleh masuk, hehe. Kalau korang biasa layan lagu Bunckface, Couple atau Yuna, rasanya lagu-lagu dalam soundtrack nie pon boleh masuk gak kat korang. Lagu indie-lah katakan.

Rate. Untuk movie nie aku bagi 4 out 5. Bagi aku movie nie best dan gempak. Berbaloi untuk ditonton.

Nak tengok sedikit screenshot movie ini? Korang boleh pergi ke fan page arrizz.com ini.

p/s: Kalau korang rasa-rasa nak download movie nie, bagitau aku. Aku akan update dan letak link download kat entri nie nanti. Jangan risau, kualiti gambar cantik.

Updated!

Download  Scott Pilgrim vs The World

Korang pasti akan suka:

{ 19 comments… read them below or add one }

Kamal Mustafa November 2, 2010

Tengok trailer mcm best aje….kapoww hu hu hu

Reply

arrizz November 3, 2010

@Kamal Mustafa, movie yang nie aku berani jamin bro..trailer best, citer pon best..

Reply

hafidz November 2, 2010

okaylah.
nanti aku nak tonton juga la
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Movie Review – Cuti-Cuti Cinta =-.

Reply

arrizz November 3, 2010

@hafidz, tengok jangan tengok tau..hehe

Reply

Wawa~* November 3, 2010

macam menarik ar juger ek citer neh.. bole ar donlod nnt.. hihi…
.-= Wawa~* punya entri [terbaru] ..Senarai Lagu Yang Layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 25 =-.

Reply

arrizz November 3, 2010

@Wawa~*, nak link tak? saya boleh bagi..

Reply

samanosuke_04 November 3, 2010

at first aku rasa crita nie mengarut gle.. sebab efek yang terlampau kartun.. pastue aku berhenti kejap.. tapi bila tau yang crita nie diadaptasi dari game.. barulaa aku paham apsal efek diorang camtue.. hehe, pastu sambung tengok sampai habes..haha!
.-= samanosuke_04 punya entri [terbaru] ..Biasiswa MARA untuk Pelajar Russia dipotong RM462!! =-.

Reply

arrizz November 4, 2010

@samanosuke_04, mule2 pon aku ingatkan citer pasal budak nerd ke ape..layan punye layan, best lak..haha

Reply

dedoku November 3, 2010

bro..nak download link leh? berminat lak nak tengok pas baca review bro.
.-= dedoku punya entri [terbaru] ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.

Reply

arrizz November 4, 2010

@dedoku, boleh..:)

Reply

lepat November 7, 2010

kewl..bg ak cite ni bes..sbb ak ske tgk efek die cam game + comic then die pnye camera shot mmg bes…. 8)
tp law awek die lagi lawa n actor die lagi bes msti lagi power haha ;p
cte ni mule bes ble die dapat sleeptime tea kan :love:

Reply

arrizz November 7, 2010

@lepat, haa smelah aku pon ske tgk efek dye tue..smat..hehe

Reply

l3pat November 8, 2010

haha perasan x yg plakon vegan tu plkon cte chuck jgk??

Reply

arrizz November 9, 2010

@l3pat, ye ke?season mne?

Reply

l3pat November 9, 2010

season 3 law xsilap..laki yg muke superman tu..die ade couple ngan sarah :love:

Reply

arrizz November 10, 2010

@l3pat, haa yela c brandon tue..kapel ngan sarah? adoi melepas,haha..

Reply

l3pat November 10, 2010

haha tu la pasal..xpe2 bg ak lana lane blakon cte chuck lagi lawa dari sarah :love: :D

Reply

arrizz November 12, 2010

@l3pat, oo dye..dye memang lawa lagi cute..hehe

Reply

Mr. Pian November 22, 2010

cite yang best.. good!

:D .-= Mr. Pian punya entri [terbaru] ..Dengar Suara =-.

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: