Salam sejahtera. Tatkala ramai orang tengah sibuk update pasal movie baru, Skyline, Unstoppable dan Takers, aku lak sibuk nak review pasal movie lain, hehe. Bukan apa, masih tak berkesempatan nak pergi panggung wayang (baik punya alasan) sebab aku lebih prefer download movie. At least Death Bell 2 nie boleh kira movie barulah sebab release tahun 2010. Cumanya aku tak pasti ada keluar panggung ke tak. Lagipun nak kotakan janji kat fan page nak review pasal movie nie. Kotakan janji tue kan sebahagian daripada ciri-ciri lelaki hensem, haha.

Death Bell 1 dan 2 tak jauh beza jalan ceritanya, lebih kurang sama. Ia mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar yang terpilih untuk mengikuti kelas tambahan di sekolah sebagai persediaan memasuki universiti. Ketika sedang menjalani kelas tambahan, kumpulan pelajar nie digemparkan dengan insiden yang mengejutkan. Di dalam Death Bell 1, seorang pelajar perempuan dilihat terperangkap di dalam sebuah kaca berisi air manakala dalam sekuelnya pula, seorang jurulatih renang mati dibunuh.
Perasaan cemas dan takut mereka bertambah apabila mereka mengetahui semua pintu keluar dari sekolah telah ditutup dan dikunci. Keadaan bertambah buruk apabila mereka turut menyedari talian telefon serta internet dipotong. Bermakna mereka tiada jalan keluar langsung dan terperangkap sepenuhnya di dalam sekolah itu. Persoalannya ialah, siapa punya angkara dan apa tujuannya? Suspender tak? haha. Part seterusnya korang tengok sendirilah ya, hehe. Story lebih kang rosak lak mood nak tengok nanti.

Jalan cerita. Segala-galanya bermula dengan satu soalan. Kumpulan pelajar ini diminta untuk meyelesaikan soalan-soalan yang diajukan oleh entiti misteri disebalik kejadian ini. Tapi ianya bukan sembarangan soalan kerana ia melibatkan nyawa rakan sekelas mereka. Salah jawab, mati! Sayangnya dalam Death Bell 2, aku tengok part nie macam kurang ditonjolkan walhal sesi jawab soalan inilah yang buat jalan cerita movie nie menarik.
Genre. Bergenrekan horror. Turut menyelitkan unsur mistik (hantu) yang memainkan peranan signifikan kepada jalan cerita. Unsur mistik ini membuatkan penonton tertanya-tanya movie nie pasal apa sebenarnya. Pada mulanya, aku sendiri pun tertanya-tanya gak, cerita hantu ke apa nie. Bukan itu saja, unsur mistik ini turut menyumbang kepada persoalan utama, siapa dalang sebenar disebalik semua kejadian itu. Nak buat penonton ikut sama berteka teki. Baru layan namanya kan.
Fokus cerita. Death Bell memfokuskan kepada konsep keadilan. Fokus cerita pada konsep keadilan ini menjadi kekuatan bagi filem ini kerana terdapatnya nilai serta mesej yang cuba disampaikan. Antara contoh mesej yang cuba disampaikan ialah sejauh mana kita sanggup bertindak semata-mata ingin menegakkan keadilan dan apa yang kita akan lakukan untuk menyembunyikan sesuatu kebenaran itu. Sesuatu yang menarik sebabnya dalam realiti benda-benda macam nie memang wujud.
Kesan visual dan bunyi. Penggunaan kesan visual di dalam movie ini boleh aku katakan impressive/mengagumkan. Lighting dan make up semuanya teratur dan kemas. Tak adalah nampak filem nie macam orang malas yang buat. Everything is real. Nampak teliti dan bersungguh-sungguh. Penggunaan sound effect juga kena dengan situasi, maksud aku berkesan. Contohnya dalam babak cemas, dengan kesan bunyi yang berkesan, aku sebagai penonton nie pon ikut sama rasa cemas. Cuak pun ada gak,haha.
Pelakon. Menariknya Death Bell ada membariskan penyanyi sebagai pelakonnya. Contohnya, Death Bell 1 menampilkan Nam Gyu Ri, vokalis trio perempuan popular Korea, SeeYa. Dan dalam Death Bell 2: Bloody Camp pula menampilkan salah seorang penyanyi perempuan berkumpulan popular Korea, T-ara; Park Ji Yeon sebagai watak utama. Kebetulan aku memang minat dengan kumpulan nie lagi-lagi si Ji Yeon tue, haha.
Akhir sekali, aku bagi 4 daripada 5 untuk movie nie. Ada masa try usha movie nie. Kata layan Wonder Girls dan Girls Generation,hehe.
Video – Teknik balik awal dari pejabat

{ 11 comments… read them below or add one }
ceritakorea ea??
selalunye cerita seeram korea x bes r..
thailand lg bes..
hahaaha.
.-= ARieF punya entri [terbaru] ..BEGINILAH CARA MEMBUAT ANAK =-.
@ARieF, yup korea..citer seram korea pon best gak..hehe..citer thailand tue memang best pon..tapi ada gak yang tak faham jalan ceritanya..tue yang jadi tak best tue..
Cerita macam best aje.NAnati kalau ada mase nak poie download hu hu hu.
@Kamal Mustafa, download jangan tak download ye..kalau nak link, bagitau aku..aku boleh letak punya..hehe
siapa punya angkara ni.
bila tengok pakaian
ingat cerita dari Malaysia.
skrng ni Malaysia kan minat
buat crita hantu.
.-= Ali ridha punya entri [terbaru] ..Berjaya pasang Photoshop CS Portable =-.
@Ali ridha, ye ker macam Msia? hehe..movie nie dari Korea..
lum pernah dengar pasal cerita ni tapi macam best.
samalah kita..lebih prefer download movie daripada tengok kat panggung. tapi kalau ada masa nak juga ke layan screen besar ye tak hehe
.-= Amirez punya entri [terbaru] ..Majlis Bercukur Anak Sulung =-.
death bell 1 nak download kt mna eh..cari merata tak jumpa.banyak jumpa death bell 2 je..
fahizati punya entri [terbaru] ..kisah semalam
cuba try link nie http://bit.ly/g11Gk1
oh..ok thanks
fahizati punya entri [terbaru] ..budak sekolah aku wajib tahu bawak motor
welcome..hope you enjoy the movie..