Salam sejahtera. Baru saja habis tengok drama Chuck Season 1. Yup, aku tahu aku lambat sebab sekarang Chuck dah masuk Season 4. Drama nie dah tersimpan lama dalam laptop aku, cuma cuti nie barulah ada masa nak tengok. Ahax! So, what Chuck is all about?

Drama ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Chuck. Bekerja sebagai seorang pembaiki komputer, Chuck tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya bakal berubah. Suatu hari, Chuck menerima satu emel daripada kawan lamanya, Bryce. Setelah membuka emel tersebut, sesuatu telah terjadi. Dan sejak daripada itu, Chuck mula mengalami kejadian-kejadian aneh.
Apakah yang terjadi? Apakah sebenarnya kandungan emel tersebut? Dan kenapa Chuck? Nak tahu? Korang kenalah tengok sendiri ya, hehe. Suspen, suspen.
Bukan tak nak reveal lebih-lebih, takut rosak mood korang yang belum tengok dan yang nak tengok nanti tue. Bagi yang dah tengok, diam-diam sajalah ya. Kesianlah yang pada yang belum tengok lagi, haha. Bagi sesiapa yang suka menonton drama-drama Inggeris, aku rekomenkan Chuck atas sebab-sebab berikut:
Jalan cerita
Bagi aku, kekuatan drama Chuck ini adalah pada jalan ceritanya. Jalan cerita drama ini berkembang dengan sangat baik. Setiap persoalan yang timbul pada awal cerita akan dibongkar satu per satu sebagaimana cerita ini berjalan. Contohnya, sejarah di antara Chuck dan Bryce. Setiap episod juga menjanji korang dengan kejutan, yang mana akan membuatkan perkataan ‘Ehhh?’ terpacul dari mulut korang, haha. Dan paling penting, drama ini membuatkan korang ‘nak tengok lagi’.
Spy
Ya, drama nie pasal spy. Tapi siapa yang jadi spy, itu korang kena tengok sendiri, haha. Bila aku sebut spy nie memang tak larilah daripada aksi tembak menembak, sepak terajang dan benda-benda macam ejen, bug, intel, agensi, penyamaran, bad guy dan wajib ada, awek hot, gyahahaha. So, sesiapa yang minat bab-bab spy nie, this is what you are looking for. Bak kata aku, If you like James Bond, why not Chuck? Hehe.
Komedi
Walaupun drama ini bergenre aksi tapi aksi yang ditonjolkan taklah seberat aksi dalam filem James Bond dan bukannya serius memanjang. Malah elemen komedi yang diselitkan dalam drama ini diadun dengan sangat baik. Contoh paling dekat ialah sahabat baik Chuck, Morgan. Si Morgan nie memang lucu. Then di tempat kerja, Chuck juga dikelilingi dengan rakan-rakan sekerja yang juga lucu. Memang gusi korang tue akan sentiasa basahlah sebab setiap episod ada saja unsur-unsur humor diselitkan, haha.
Pelakon
Tak banyak yang boleh dikatakan pasal barisan pelakon drama nie sebab semuanya berlakon dengan sangat baik. Tengok saja cara lakonan dah boleh tahu yang diorang nie berpengalaman. Berkesan dan menjadi! Tak macam filem The Last Airbender tue, hampeh!
Isu
Mana-mana drama pun tak akan lari daripada menyelitkan unsur-unsur sentimental. Unsur sentimental ini wujud disebabkan isu-isu yang timbul antara para watak. Contohnya isu persahabatan yang complicated antara Chuck dan Bryce. Kenapa Chuck bencikan Bryce. Then, isu perasaan antara Chuck dan Sarah yang berpura-pura berlakon sebagai pasangan kekasih yang mana kemudiannya mencambahkan bibit-bibit cinta. Isu kekeluargaan antara Chuck dan kakaknya, Ellie. Tak lupa juga isu persahabatan antara Chuck dan Morgan.
Pun begitu, isu-isu yang timbul ini taklah seberat mana pun sehinggakan tiada penyelesaian, malah semakin cerita ini berkembang, semakin terlerai isu-isu antara para watak ini menyebabkan rasa lega di hati penonton, hehe. Cumanya, jalan cerita bertambah menarik apabila isu perasaan (cinta), berlingkar antara Chuck, Sarah dan Bryce bagaikan tiada jawapan. Tapi bagi aku, isu inilah juga yang menyumbang kepada kekuatan jalan cerita Chuck.
Wah, dah banyak sangat dah aku tulis, rasanya cukup sampai sini saja. Jadi, simpulan bahasanya, drama Chuck nie memang best dan berbaloi meluangkan masa untuk menontonnya. Akhir kata, aku nie tak berapa sangat nak follow drama sebab malas nak tunggu episod seterusnya. Sesungguhnya penantian itu satu seksaan, haha. The best way is, tunggu drama tue habis season, barulah tengok, hehe.
p/s: Siapa ada Chuck Season 3? Aku nak!

{ 19 comments… read them below or add one }
aku ade full ep dr season 1 smpi 4..moh amek kt aku
chuck couple dgn lana lane???
saksikan di chuck 3 haha
@L€pat, wei nak..bagi cepat..haha
haha moh le amek kt aku..ak skrg dok kt blok c
@l3pat, sat g aku datang bilik ko..tungguu..:D
owh cerita chuck memang best…. layan… sampai dia jadi agent sebenar… kira anak beranak semua spy…
.-= zik punya entri [terbaru] ..Smart tunnel di tutup hari ini sementara!! =-.
@zik, oo layan gak ea..yup memang best..
ak tunggu pnye tunggu ko x dtg2 pon hurmm…
ep 6 baru ak tgk smlm
@l3pat, ko ade kat hostel g ker? aku ingatkan ko dah balek..ko kumpul lu season 4 tue..dah complete bagitau aku..hehe
ahaha oke2.. ak da blek dah..da mule prektikel..ko prektikel kt mane wan?
@l3pat, xpelah, nnt jer aku amek kat ko ble jmpe blek..haritu dpt kat MPH tapi aku miss briefing dye sbb aku kat sabah time tue..
aku sempat layan sampai season 3 last episode je. tak sabar nak tgk season 4 nye lak. sape ada dowwnload link? hehe
.-= dedoku punya entri [terbaru] ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.
@dedoku, season 4 dah keluar, baru sampai episod ape ntah..bro boleh usha kat syok.org atau akumuzikhampa ker..
nak lagi senang tunggu member habis download ker, then copy..haha
then skrg ko prektikel kt mane?
@l3pat, aku ada nak wat thesis g..praktikal pastu la..
http://www.youtube.com/watch?v=txHivIfyqBU
tgk neh :love:
salam..sy nak tny..siapa yg ada chuck season 4 ngan 5..sy nak beli..pm sy secepat mungkin..tq
try cari member yang layan citer nie..no need to buy if can get free..
tulah masalahnyer nak cr member yg layan tu x tau mana..so kalu ade siape yg ade link download boleh lah emelkan yek..
oo macam tue..try cari kat syok.org ke..aku season 3 4 pon tak layan lagi..