Salam sejahtera. Setiap blogger pasti ada mengamalkan cara atau amalan tersendiri dalam berblogging. Sebagai pembaca kita sendiri pon boleh nampak cara atau amalan yang blogger nie gunakan kalau kita adalah pembaca setia blog tersebut. Dalam entri kali nie, aku nak ceritakan mengenai amalan profesionalisme dalam berblogging. Pernah dengar?
Aku rasa dengar saja perkataan profesional pon korang dah dapat agak apa yang aku cuba sampaikan nie. Aku bukan nak cerita panjang lebar mengenai topik ini. Malas nak hurai, hehe. Ada baiknya kalau aku bagi contoh saja supaya senang faham dan sampai kepada korang. Berikut adalah contoh-contoh amalan profesionlisme dalam berblogging.
1. Penggunaan bahasa baku.
Tak dinafikan penggunaan bahasa baku dikalangan blogger kita adalah pada tahap yang rendah. Tak ramai yang gunakan bahasa baku sebagai bahasa blog mereka mungkin sebab 1) nampak skema sangat dan 2) tak mesra pembacaan (tak santai). Walaupun begitu, tak bermaksud penggunaan bahasa baku ini tak sesuai untuk penulisan blog, cumanya perlulah padan dengan isi dan identiti blog. Kalau kena dengan caranya, memang nampak profesional. Lihat saja blog Saifulislam.com. Profesional bukan?
2. Kekemasan entri
Kekemasan entri sememangnya penting. Masa study dulu pon kita dah didedahkan dengan amalan profesionlisme dalam membuat assignment. Justify, font, margin, spelling dan banyak lagi adalah antara perkara yang kita perlu lihat dalam memastikan assignment kita nampak kemas. Begitu juga dalam berblogging. Sebelum entri di-publishkan, contohnya, pastikan entri sekurang-kurangnya telah pon di-justify-kan, perenggan mesti ada, ejaan semua betul dan jumlah baris ayat dalam satu satu perenggan.
3. Melawat blog pembaca
Melawat blog pembaca juga adalah salah satu daripada amalan profesionalisme dalam berblogging harus dipraktikkan. Bukan apa, orang berbudi kita mestilah berbahasa. Pembaca yang membaca blog kita, mahu kita membaca blog mereka juga. Itu kita harus faham dan tahu. Jangan buat endah tak endah pula. Tak rugi pun malah menguntungkan. Selain sebagai tanda penghargaan kerana membaca blog kita, kita juga dapat menjaga hubungan baik dengan pembaca, selain dapat mengekalkan trafik.
Ingat, tanpa pembaca, siapalah kita.
4. Berdepan sang anonymous
Berdepan dengan sang anonymous juga mampu menguji tahap profesionlisme kita. Kadang-kadang akan ada sang anonymous yang suka cari pasal dengan meninggalkan komen-komen yang berbaur kutukan, cacian terhadap blog kita. Awas, jangan terus bertindak membalas komen tersebut dengan cara yang sama. Ingat, melalui komen saja pun pembaca dapat mengenal diri kita. Apa yang kita harus lakukan? Profesionalisme! Komen cara baik atau jangan layan.
5. Theme blog
First impression adalah sangat penting. Ketika pembaca yang baru pertama kali sampai ke blog kita, bukan entri yang pembaca tersebut akan lihat dulu, sebaliknya, theme blog. Jika theme blog nampak profesional, pembaca akan singgah lebih lama dan beralih untuk membaca entri pula. Lagi lama pembaca tersebut dalam blog kita, lagi bagus. Itu menandakan blog kita menarik. Nampak? Jadi pastikan theme blog nampak profesional.
Amalan profesionalisme dalam berblogging sememangnya penting. Aku sendiri pon mengamalkan contoh-contoh di atas kecuali bagi contoh 1, hehe. Bukan apa, penggunaan bahasa santai aku rasakan lebih sesuai untuk blog nie. Cuma aku rasa macam nak tukar jer kata ganti nama diri nie dari AKU kepada SAYA. At least, walaupun tak menggunakan bahasa baku, still nampak profesional kan? hehe. Lagipun guna AKU nie rasa macam kasar sikit.
p/s: Tahniah kepada pasukan Malaysia di atas kemenangan 2-0 menentang pasukan Vietnam pada aksi separuh akhir Piala Szuki 2010 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Pastikan permainan kat Hanoi nanti lagi mantap.


{ 24 comments… read them below or add one }
menarik..
@wawa, tq.. :bloody:
tips yg menarik bro!terbaekkk la!
Terkini : 10 Kereta Termurah Di Dunia
suffer8zine punya entri [terbaru] ..Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia
@suffer8zine, tips ker? bolehlah..hehe
@arrizz, dia memang macam tuh… apa2 nice sharing, terbaik.. cun la.. dan sebagainya..
:)
zik punya entri [terbaru] ..Bayang-bayang tangan yang menarik
@zik, haha..
@zik, huhu dah mmg nice, nk wat cm ne, ni yg majok ni, x nk komen lagi la
Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
wow cool!
dan sekarang themes aku under contruction lagi
tukar semua dan bla2..hehe
syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Kacak dan Bergaya Themes Blog!
@syahrilhafiz, nanti blog ko dah fully constructed, panggil aku k..nak wat upacara perasmian..haha
@syahrilhafiz, ko memang rajin godeh theme ek..
Izwan punya entri [terbaru] ..Berita Sukan Terkini
tema blog aku kurang menarik. :o:
Ali ridha punya entri [terbaru] ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
@Ali ridha, okla tue..dah dah jangan nangis..
banyak anon yang aku jumpa jenis cakap tak elok, memang menguji kesabaran kita..
MR.Z punya entri [terbaru] ..Generasi Model Terbaru Proton Persona R
@MR.Z, haa tula..wat sakit hati jer..tapi takpe, be professional..hehe
well said. tip yang baik utk dijadikan rujukan.
@Ismail N, thanks..
nice2.. tapi tak ramai blogger macam ni.. tak bahasa baku pun takpe,asalkan bukan bahasa SMS..
Izwan punya entri [terbaru] ..Berita Sukan Terkini
@Izwan, haah betol tue..ada gak blog yang gune bahasa sms nie..bila baca ada gak yang tak faham sebab guna shortform tue..
hobi aku melintas ke blog
orang lain.
Ali ridha punya entri [terbaru] ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
@Ali ridha, lintaslah lagi..hehe
menarik semua di atas tu
teruskan berkongsi yer bro
wazy punya entri [terbaru] ..E-Book Rahsia Adsense
@wazy, thanks..ok, beres..hehe
trima kasi bos
@cakapbisa, sama2..mari2 saya belanja kopi..haha
{ 2 trackbacks }