Preview Sucker Punch

by arrizz on January 13, 2011

Salam sejahtera. Mendapat jolokan sebagai “Alice in Wonderland with machine guns” oleh pengarahnya sendiri, filem Sucker Punch adalah antara filem wajib tonton bagi korang untuk tahun 2011 ini. Melihat saja kepada poster filemnya, pasti akan membuat korang bertanya, “filem apa nie? Macam best jer. Aku nak tengoklah”. Betul kan? hehe. Ditambah pula dengan elemen-elemen seperti aksi, fantasi dan paling penting, perempuan cantik (kih3), sudah cukup untuk memukau korang untuk turun menonton Sucker Punch di pawagam Mac ini.

sucker punch movie poster

Sinopsis:

Sucker Punch mengisahkan mengenai seorang gadis bernama Baby-Doll yang terpaksa melalui kehidupan yang susah setelah kehilangan segala-galanya. Keadaan bertambah buruk apabila dia dimasukkan pula ke Lennox House, sebuah hospital sakit mental. Di sana kehidupannya langsung tidak berubah seperti sebuah penjara. Dikurung dan dipaksa melakukan pelbagai kerja.

Suatu hari, Baby-Doll merancang untuk melarikan diri. Bersamanya ialah 4 orang gadis, Blondie, Amber, Rocket dan Sweet Pea. Tetapi untuk melarikan diri dari situ bukanlah semudah yang disangka.  Berbekalkan kuasa imaginasi, Baby-Doll masuk ke dalam sebuah dunia fantasi gelap lalu berjumpa dengan The Wiseman. Dia diminta untuk mencari 5 benda: peta, api, pisau, kunci dan benda kelima adalah misteri.

Maka bermulalah perjalanan sukar mereka dalam mencari kelima-lima benda tersebut. Dan jika berjaya, mereka semua akan bebas!

Masa tengok trailer filem ini dekat panggung hari tue, aku tergamam kejap. Serius. Time tue tengah cari seat. Aku berhenti kejap kat tepi semata-mata tak nak miss tengok trailer filem nie sampai habis. Dari apa yang aku lihat, filem ini memang best! Aku suka dengan atmosfera ala-ala gelap yang digunakan dalam filem nie. Mungkin sebab pengarahnya adalah pengarah yang sama untuk filem Watchmen dan 300. Kebetulan aku memang minat dengan kedua-dua filem ini.

Ditambah pula dengan idea dunia fantasi, filem ini memang padat dengan aksi. Kalau korang tengok trailernya, korang akan nampak hot chicks ini berlawan, bertembak dengan segala macam makhluk. Antaranya samurai, naga, zombie dan robot. Wow! Lagi satu, mungkin juga sebab wataknya yang terdiri daripada perempuan-perempuan cantik memegang senjata (sememangnya nampak seksi), membuatkan filem ini nampak lagi best. :mrgreen:

Oh ya, sebelum terlupa, filem ini ada unsur-unsur 18sx sikit, jadi tak sesuai kalau bawa budak-budak tengok sekali. Ingat tue. Walaupun masuk panggung Malaysia dan dah dipotong scene-scene yang berunsur 18sx itu, masih juga filem ini tak sesuai untuk budak-budak kerana adegan aksinya yang mind-blowing. Takut kalau-kalau diorang terpengaruh.

Apapun, yang pasti filem ini masuk dalam senarai filem wajib tonton aku bagi tahun ini. Korang pula? Kalau keluar dalam 3D, lagi bagus. Lagi best dan lagi gempak, hehe. Jadi, jangan lupa tonton Mac ini ya.

sucker punch casts

Beberapa fakta menarik filem Sucker Punch yang mungkin korang nak tahu:

1. Sepatutnya filem Sucker Punch ini keluar tahun 2007 lagi, tetapi disebabkan pengarahnya, Zack Snyder ingin memberi tumpuan kepada filem Watchmen, filem ini ditangguh pembikinannya dahulu.

2. Untuk membuatkan filem ini nampak lebih realistik dari segi aksi perlawanan, para pelakonnya terpaksa menjalani latihan selama 12 minggu.

3. Istilah Sucker Punch ada digunakan di dalam boxing, merujuk kepada tumbukan mengejut.

4. Kelima-lima watak perempuan di dalam filem ini mempunyai 2 personaliti, satu di dunia realiti dan satu di dunia fantasi.

5. Vanessa Hudgens yang terkenal melalui filem High School Musical memegang watak Blondie di dalam filem ini.

6. Filem ini menelan belanja sebanyak $85 juta.

p/s: Maaf lama tak ber-update, internet ada masalah.

Korang pasti akan suka:

{ 22 comments… read them below or add one }

Ali ridha January 14, 2011

1.nama dia kebudak-budak kan.
baby-doll. :P Ali ridha punya entri [terbaru] ..Perempuan tolak cinta lelaki baik

Reply

arrizz January 15, 2011

cute apa nama dia..sesuai dengan orangnya..kiut juga.. :D

Reply

Ali ridha January 15, 2011

masalah aku dah tak tahan. :P
buka kat perempuan tu.tapi tak
tahan dah nak tengok wayang ni. :oops: Ali ridha punya entri [terbaru] ..Pagenavi memudahkan penyemak entri terdahulu

Reply

arrizz January 16, 2011

ye ke tahan tengok diorang? ke tak tahan..haha :twisted:

Reply

Ali ridha January 14, 2011

kalah filem 2 alam Dr rozmey.
Ali ridha punya entri [terbaru] ..Perempuan tolak cinta lelaki baik

Reply

syahrilhafiz January 14, 2011

auuww..19 sx kot..haha
terbaik bro
comel2 actor ni semua
syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Moovida – Pemain Media Percuma dan Persekitaran Grafik 3D

Reply

Ali ridha January 15, 2011

awek aku tu.nanti bila
dah kahwin.kena pakai
pakaian bersopan la. :lol: Ali ridha punya entri [terbaru] ..Pagenavi memudahkan penyemak entri terdahulu

Reply

arrizz January 15, 2011

19sx ker? haha..yup memang comei2 belaka..

Reply

dhiyafaris.com January 14, 2011

pheww..
kena tgk ni!!!
wajib!
hahaha

Reply

arrizz January 15, 2011

yes! memang wajib tengok pun..

Reply

ARieF January 15, 2011

ambik kau..
budget 85 juta..
tapi berbaloi r..
plakon pon kna wt latihan slama 12 mnggu..
hasil dia msti tip top pnye..

Reply

arrizz January 15, 2011

pengarah dia mesti target box office punyalah..

Reply

zik January 15, 2011

85 jota.. banyaknnya.. kos mana yang mahal sangat tuh… hurm..
zik punya entri [terbaru] ..Sabun yang mempunyai nilai artistik

Reply

Amirez January 15, 2011

sekali lagi aku geram sebab tak dapat nak tengok kat panggung huhu
Amirez punya entri [terbaru] ..Dia Tunda Bayar Hutang Lagi

Reply

arrizz January 17, 2011

hehe..download jerlah bro..tapi nak tunggu link download tue pun lama gak.. 8O

Reply

sazuwi January 15, 2011

boleh ar singgah wayang nanti.. :D sazuwi punya entri [terbaru] ..Naik Pangkat- Sub Inspektor Sazali Samad

Reply

arrizz January 17, 2011

singgah kang, jangan lupa ajak dan belanja aku..hehe

Reply

Mr. Pian January 16, 2011

wan, kalau kau dah download cite tuh betau aku ea wan.. hehe..

Reply

arrizz January 17, 2011

bereh..tapi kena tunggu 3 4 tahun lagilah..haha

Reply

softlogger.com February 1, 2011

pergh..comelnye.wajib tonton nie :) softlogger.com punya entri [terbaru] ..Computer and Laptop Repairs

Reply

Johari Hamzah March 15, 2011

trailer dia memang nampak best… dan bagi aku tarikan filem ni sebab gadis2 cantik la.. :) Johari Hamzah punya entri [terbaru] ..Datuk Lee Chong Wei Juara All England 2011

Reply

jue March 26, 2011

humm..da tgk…kiterg g serumah…rase not worth la..xphm..xde sorg pon antere kitrg y phm..xtau la klu y len 2 phm..klu de sape2 y da g tgk 2 n phm…plzzzz cite skit..y sinopsis kt atas 2 phmla..tp knp dlm cite 2 tibe2 dr dlm umah skit jiwe tibe2 jd umah pelacuran plak..xphm2…plz la sampai skang pk tp still xphm2..haha..rse xde pe y besh melaenkn fantasi y merepek2 n awekx2 cun je..hurm… =(
jue punya entri [terbaru] .. ♥ kaTek!! xsAngke sunGguh ♥

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: