Preview Iron Man 2

by arrizz on February 2, 2010

At last ada gak benda yang nak dikongsi. Lama tak update, sorry ye. Disebabkan terasa teruja sangat dengan sequel akan datang Iron Man, iaitu Iron Man 2, aku nak kongsikan dengan korang sedikit preview pasal movie nie. Sikit jer, kalau banyak-banyak kang tak sedap lak tengok cerita nie. Yela jalan cerita dah tau, tak gempak laa kan. Ok aku tak mahu bazirkan air liur lagi, apa kata korang teruskan membaca.

Iron Man 2 poster

Iron Man 2 mengisahkan identiti sebenar Iron Man yang kini diketahui ramai. Semua orang tahu Tony Stark adalah Iron Man dan Iron Man adalah Tony Stark. Atas sebab inilah, pihak kerajaan meminta Tony Stark untuk menyerahkan rahsia teknologi sut Iron Man kepada pihak tentera. Sayangnya, Tony Stark tak mahu bagi sebab dia takut rahsia teknologi Iron Man jatuh ke tangan aku, haha. Gurau jer. Orang jahat laa siapa lagi. Takkan aku lak.

Dalam sequel nie nanti, khas untuk lelaki yang sememangnya kaki perempuan(eleh semua lelaki sama jer laa), jangan tutup mata lak sebab awek hot, siapa lagi kalau bukan Scarlet Johansson yang terkenal dengan saiz cup yang luar dari kebiasaan tue akan membuat penampilan dalam filem kedua nie. Dia akan memegang watak sebagai Natasha Romanoff  a.k.a Black Widow, spy organisasi S.H.I.E.L.D yang menyamar sebagai pembantu Stark. Aduh, kenapa laa bukan aku yang jadi bos dia. :bloody:

Iron Man 2 Black Widow

Kan aku dah cakap minah nie hot

Then, aku gak nak inform korang pasal benda nie. Ingat lagi tak member baik si Stark, Lt. Kolonel James Rhodes? Alaa, si negro tue. Kenal kan. Dalam sequel nie, watak Rhodes tetap sama. Yang berubah cuma pelakon jer.  Kalau dulu si Terrence Howard yang pegang watak nie tapi untuk filem kedua nie, Don Cheadle gantikan tempat dia lak. Jangan konfusis lak nanti ye.  Dengar cerita pengarah Iron Man, Jon Favreau tak sukakan dia. Aiseh, jadi web gosip artis lak sekejap, hehe.

Si tua yang pegang cemeti elektrik tue ialah, Ivan Vanko juga dikenali sebagai Whiplash, antagonis utama dalam cerita nie. Tak tahu apa antagonis tue? Musuh daa.  Plus, Iron Man akan team up dengan War Machine menentang musuh-musuh baru nanti. Aik, macam kuat jer musuh kali nie sampai kena team up lak. Apapun, aku memang sangat teruja dengan kemunculan War Machine nie. Armor dia, fuh jangan cakap, canggih giler babeng siot.

Haa mentang-mentang dah lama tak update, banyak cakap lak aku, sorry ye. Lepas gian jap, haha. Cukup sampai sini jer, jangan miss lak tengok Iron Man 2 nie nanti. Transformer, G.I joe, Avatar masuk dalam list korang, takkan Iron Man tak masuk lak kan.

p/s: Ini adalah sekadar preview, maklumat mungkin akan mengalami sedikit tambahan atau perubahan sehinggalah sampai ke tarikh tayangan nanti.

Korang pasti akan suka:

{ 2 comments… read them below or add one }

miss lolly February 2, 2010

cam beshhhhhh je :-)

tak tayang ag ni kan ? :) .-= miss lolly punya entri [terbaru] ..* cinta berputik di GENTING HIGHLANDS * =-.

Reply

arrizz February 4, 2010

@miss lolly, mcm? best dowh..msti tgk..

blom g..nnnt g sme2 ye..ekekeke :)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: