Perlukah aku ada akaun Twitter? Ya, aku perlu!

By arrizz, December 18, 2009

Antara benda kat dalam dunia yang tengah berkembang dengan pesatnya buat masa sekarang, adalah Twitter. Semua orang asyik bercerita tentang Twitter. Boleh dikatakan juga, hampir semua orang ada Twitter. Dari orang biasa hinggalah ke selebriti dan ahli politik. Wow! Sungguh dahsyat penangan Twitter nie.

Twitter

Kalau diikutkan, agak lama jugalah aku tahu lama pasal Twitter nie. Cumanya aku buat dek jer. Aku hairan kenapa orang tergila-gilakan sangat Twitter masa tue. Aku siap tanya member aku lagi, apa itu Twitter? hehe. Batak kan aku, Twitter pon tak tahu apa. Adeh.

Sehinggalah aku membaca artikel ini dari Kosmo, membuatkan aku terbuka hati untuk sign up akaun Twitter. Itu pon ambil masa sehari nak fikir, whether nak proceed or tak nak. Benda simple jer. Just provide your name, username, Twitter URL, email, password then finish. Senang kan? Cuma aku nie yang suka make things complicated.

Tatkala orang lain dah tweet beribu-ribu Tweets, aku baru tweet 3 Tweets. Kesian. Jauh sungguh aku ketinggalan. Masih banyak benda yang harus dipelajari. Tapi tak apa, everything has its first time. At least ada akaun Twitter nie tak laa menampakkan aku nie ketinggalan zaman walaupun aku tak ada akaun Facebook. Kalau member aku boleh berlagak ada FB, aku lak boleh berlagak ada Twit:D

Ok cukup sampai situ bebelan aku. Sekarang aku nak bercerita tentang Twitter dalam skop yang aku jelas nampak, iaitu penyebaran maklumat.

Kalau aku ditanya benda apa yang paling pantas dan laju dalam menyebarkan maklumat hari ini, aku akan terus jawab, Twitter laa. Kemudahan mesej ringkas tak lebih dari 140 patah perkataan yang ditawarkan oleh Twitter memungkinkan segala macam maklumat disebarkan dengan begitu pantas. The Flash pon kalah tau.

Kenal Barack Obama? Mestilah kenal kan. Masa kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun 2008, Barack Obama menggunakan Twitter dalam kempennya meraih undi penduduk Amerika Syarikat. Satu langkah yang sangat bijak. Mungkin sebab Twitter laa kot Obama berjaya jadi presiden kulit hitam pertama Amerika. Ok Jack, masih tak terlambat untuk kau claim royalti dari Obama. haha.

Then kalau nak dibandingkan dengan SMS, Twitter sebenarnya lagi pantas. Macam nie, korang ada followers katakan laa 300 orang. Bila korang tweet satu mesej, secara tak langsung, tweets korang akan dihantar kepada 300 followers korang tue hanya dalam satu masa saja. Tapi bila korang send satu mesej melalui SMS, hanya seorang saja dalam satu masa yang akan terima mesej korang tue. So mana lagi pantas?

Kelebihan inilah yang aku nampak yang membuatkan aku terdetik untuk membuat akaun Twitter. Aku boleh guna Twitter untuk mempromosi blog aku dan dalam masa yang sama, boleh kumpul kenalan baru. Memang betul-betul serampang dua mata laa. hehe. Itu baru dalam skop penyebaran maklumat. Banyak lagi sebenarnya kelebihan Twitter yang korang boleh baca kat sini.

Sekian dan wassalam.

p/s: Siapa nak follow Twitter aku (aku follow Twitter korang balik), boleh rujuk sebelah kanan blog aku nie. Ahax!!

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 23% [?]

8 Responses to “Perlukah aku ada akaun Twitter? Ya, aku perlu!”

  1. Neon says:

    erm aku da lame ade twitter ni wan, tapi hurmmm aku rasa mcm leceh je ade akaun social network banyak2 ni ………. tak terbukak aku dibuat nyer…twit pon lame tak update huhuhu
    Neon punya entri [terbaru] ..Lelaki Hensem "Back To The Future" Menghidap Penyakit Parkinson. My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @Neon, aku dulu pon ade byk gak..myspace, fs, tagged sume aku ade..tp last2 aku delete..mlas gak ade byk2 ne.. :[

  2. Neon says:

    tapi tak dinafikan salah satu cara naikkan traffi juga adaLAH TWITTER ;) cuma aku jeee malas nak pakai
    Neon punya entri [terbaru] ..Lelaki Hensem "Back To The Future" Menghidap Penyakit Parkinson. My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @Neon, haa btol..so rajin2 laa hupdate twit ko tue ek.. :D

  3. nazra says:

    hohoho welcome aboard ke TwitterLand :bloody: nazra punya entri [terbaru] ..Cinta Lama vs Cinta Baru. My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @nazra, yup welcome to da club..ahax!!

    8)

  4. wahh…congrats dah ada twitter.. aku blum sampai seru lagi nehh.. hehe
    aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..PurPLe Notes to Photographers My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @aifa-cho chang, ye?hrap2 smpai laa seru tue ek.. :)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Panorama Theme by Themocracy

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.