Perhatian Blogger!

by arrizz on January 17, 2010

Isu penggunaan nama Allah masih hangat diperkatakan lagi. Dan hari tue aku terbaca news kat Metro, bertajuk Laman Web Diawasi. Berikut merupakan petikan berita tersebut. Sekadar satu kongsian untuk kebaikan bersama.

KUALA LUMPUR: Jangan cuba mencetuskan khabar palsu atau berita sensasi berhubung sensitiviti agama termasuk isu membakar gereja melalui laman blog atau laman  sembang sosial berikutan polis kini memantau sepenuhnya maklumat berkenaan.

Difahamkan, polis menubuhkan satu pasukan khas memantau semua laman web dan blog yang dibimbangi cuba dijadikan alat pihak tertentu bagi mewujudkan kebimbangan masyarakat selain penyebaran maklumat palsu.

Pasukan khas terbabit turut bertanggungjawab mengesan individu atau maklumat yang boleh membantu polis menjejaki individu yang terbabit kejadian serangan dan membakar beberapa gereja baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata polis kini memberi perhatian serius terhadap sebarang maklumat yang boleh dikaitkan dengan insiden terbabit.

Harian Metro: Jumaat, 15 Januari 2010

Aku rasa korang memang dah tau kan kes budak kena tangkap gara-gara komen kat Facebook tue? Aku tak nak mention sal kes tue. Kang tak pasal-pasal aku jadi orang kedua lak yang kena tangkap dengan polis gara-gara tulis balik komen tue kat sini. Kalau ikat jamin tue seringgit dua tak apa, kalau kena berpuluh-puluh ribu macam mana? Tak berbaju laa alamatnya aku. Tapi tue pon kalau blog picisan nie kena pantau laa, hehe. Yela, blog aku nie bukan laa popular sangat kalau nak dibandingkan dengan JustKhai. Ibarat jauh kepak ayam dari tempat panggang, haha.

Macam aku cakap kat atas. Artikel nie aku tulis sekadar kongsian untuk kebaikan bersama. Pihak polis mengganggap isu nie sebagai isu yang sangat serius. Benda serius nie kalau bawa main-main, padah jawabnya. Sama laa macam orang gila mengamuk bawa parang, korang boleh main kejar-kejar dengan dia. Sekali dia dapat korang, tak ke melekat parang tue kat kepala korang?

Kalau ikut pendapat aku, lebih baik tak payah tulis entri pasal isu ne. Isu nie isu yang sangat sensitif. Kalau nak tulis gak, please make sure korang tak dipengaruhi dengan perasaan. Takut takut korang terlalu emosi, tertulis lak ayat-ayat yang tak patut ditulis.Kalau dah tertulis (macam aku ke contohnya), tengok balik entri tue. Kalau ada ayat atau statement yang agak keterlaluan, reparaphrase ayat tue atau senang cerita, padam jer.

Bukan apa, kita sebagai blogger nie kena jaga setiap perkataan yang kita tulis. Sebabnya apa yang kita tulis tue, orang boleh jadikan bahan bukti. Kalau bukti dah ada, nak lari ke mana lagi?  So, sila alert pasal isu ne. Jangan tulis sebarang statement yang berbunyi kontroversi.

p/s: Lepas nie kena lebih berhati-hati bila komen kat mana-mana site dalam internet nie.

Korang pasti akan suka:

{ 16 comments… read them below or add one }

aifa-cho chang January 18, 2010

eh, ade ke kesah budak komen dlm fb kene tangkap? cite la.. aku x taw cite tueee
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Wedding announcement! =-.

Reply

arrizz January 18, 2010
KakiJC January 18, 2010

erm even bebas bersuara dan berblog sekalipun kita tetap kena jg gak isu2 sensitif ni.
.-= KakiJC punya entri [terbaru] ..Jersey Bola Sepak WORLD CUP 2010-Ready Stock =-.

Reply

arrizz January 18, 2010

@KakiJC, yup stuju2..isu2 sensitif nie kne jge sensitivitinya.. 8)

Reply

si lampu neon January 19, 2010

tau takpe..setakat komen pun nak menggelabah. ni yang aku hot ni..kalau dulu-dulu orang yang racist tu komen lagi teruk menghina, caci maki dan sebagainye tak plak nak kena tangkap..ni sekrang nak wat ceni plak..mmg tak rase secure langsung walopon aku tak wat salah..bayangkanla kalau komen gurau2 pon nak kene masuk penjara..gulung tikar la blogger lalalalala

Reply

arrizz January 19, 2010

komen gurau2 tue mybe bleh tp kne tgk context laa..klau gurau kt bnde2 serius or sensitif, tak ptut laa.. tue psal klau nak bgurau kne jge limit gak..nnt tlampau syok bgurau, tak sedar lak gurauan tue sbenarnya mmkan diri.. :[

Reply

Roslan January 19, 2010

aku ta kisah sgt..diorang nak dtg dtg la blog aku..tambah traffic skit..haha.. :)
yang penting kene pdi la main keyword isu tu..jgn terlampau sensitif sgt…
aku publish pun b4 kejadian berlaku..
.-= Roslan punya entri [terbaru] ..Astro Beyond Blogger Night Organized By Nuffnang At Modesto’s Desa Sri Hartamas =-.

Reply

arrizz January 20, 2010

@Roslan, haha yup bleh tmbh traffic kan..sme la aku pon tulis entri sal isu tue sblum budak tu kne tgkp..so aku tak bsalah laa.. :D

Reply

lumut January 20, 2010

ade gak terbaca pasal neh..aissshh…

Reply

arrizz January 20, 2010

@lumut, oo..isu ne mmg popular pon..

Reply

miss lolly January 20, 2010

lepas ni sussass doh nak bincang isu2 sensitif kat web sosial. salah skit penjaraaaaaaaaa!

Reply

arrizz January 21, 2010

@miss lolly, bleh jer tp jgn over laa..hehe

Reply

Richie January 22, 2010

haishhh.. ape nak jadi dengan rakyat malaysia skarang ni berpecah belah

Reply

arrizz January 22, 2010

@Richie, sbb tkut berpecah belah tue laa pihak polis anggp this is serious matter even skecil2 bnde cm komen tue..

Reply

Eldy January 23, 2010

tgk keadaan camne, kalau kita boleh control mood, x salah kalau menulis isu sensitif ..

ps: biar tidak hensem tapi tidak pekak sepatut ;) bukan itu x boleh letak cam ni, salah dr segi xxx (baru belajar hari ini, sebab kesalahan belum gua dpt jelaskan dgn pro hehe)
.-= Eldy punya entri [terbaru] ..Stream Free TV online =-.

Reply

arrizz January 23, 2010

@Eldy, haa btol..nak kupas isu sensitif biar guna akal bukan perasaan..

ye ke? hehe..thanx tegur..ayat tue aku amek dr citer Bohsia..alamak kantoi.. :[

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: