Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali. Dah makan? Laa, baru ingat nak belanja McD, hehe. Entri yang lepas aku tulis pasal blog arrizz.com nie yang dah mencecah umur setahun. Walaupun dah sampai setahun, blog nie masih berada pada tahap yang rendah. Banyak yang aku tak puas hati dengan blog nie. Kalau blog nie hidup, nak jer aku bawa bertumbuk. Kasi ajar sikit, haha. Dalam erti kata yang lain, blog nie butuhkan (perlukan) banyak penambahbaikan dan aku sedang mengusahakannya.

Dalam tempoh setahun nie, tak pernah rasanya aku tengok blog nie down atau apa, smooth jer aku rasa. Tak tahulah pula masa aku dalam mode offline, blog nie ada down ke. Itu aku kena tanya koranglah kan. Tapi so far, so good. Aku amat berpuas hati! Nak tahu rahsianya? Minumlah Jus Mate 5 Dr Rozmey. Haha, gurau jer. Tak pasal-pasal Dr Rozmey tue dapat free promo dari aku. Rahsianya ialah syarikat hosting aku, Fivio.
Sebelum aku story lebih jauh lagi, aku tulis entri nie bukan sebab nak bodek pihak Fivio supaya bagi free domain renewal tahun depan (kalau bagi pon, apa salahnya, haha) atau apa-apa yang berkaitan tapi saja nak kongsi pengalaman aku bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting nie. Kebaikkannya korang juga yang dapat tau. Manalah tahu korang nak tukar hosting ke atau nak beli domain. At least korang dah kenal Fivio dan pernah dengar namanya.
Setahun bersama Fivio Hosting
Customer service. Masa mula-mula blog nie established, banyak yang aku tak tahu dan aku selalu refer dengan Fivio. Tanya itu, tanya ini. Al-maklumlah budak baru belajar. Senang cerita, noob habis! So, aku pon selalu hantar emel kat Fivio. Kadang-kadang tue diorang reply lambat gak. Tapi tak apa, aku faham dengan kerja diorang. Bukan aku seorang jer customer diorang.
Bila dah lama sikit dengan diorang, aku perasan satu benda. They started to act fast. Lagi-lagi bila deal dengan Encik Fadhlullah Abd Rahman. Khidmat beliau memang terbaik! MrNamie pon mengakuinya. Jadi, part customer service nie, aku memang berpuas hati. Setakat nie tak ada masalah sangat dan aku harap takkan ada masalah di masa akan datang.
Notis pemberitahuan. Part yang nie aku puji pihak Fivio. Diorang memang cekap bab nie. Bila ada perkara yang nak dimaklumkan atau terjadi sesuatu, diorang akan hantar emel menjelaskan mengenai situsi tersebut. Macam kat bawah nie:

Maintenance. Aku boleh nampak kesungguhan yang pihak Fivio nie tunjukkan dalam membawa perkhidmatan hosting terbaik untuk para pelanggan diorang. Bila ada server down ke apa, diorang akan cuba perbaiki keadaan secepat mungkin.

Rasanya itu saja kot. Kalau korang rajin, boleh cuba baca 5 sebab kenapa korang patut pilih Fivio Hosting. Akhir kata, selama setahun bersama Fivio Hosting nie, aku rasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diorang tawarkan. Buktinya, tak pernah pon aku terfikir nak tukar hosting atau apa. Yang aku tahu, aku akan kekal dengan Fivio. Dan kalau ada pihak Fivio yang baca entri nie, I want you to know, you did a good job. Keep it up. Lepas nie, bolehlah bagi saya buat promotion ye, haha.
Oh ya, sebelum terlupa. Antara blog-blog hebat yang menggunakan khidmat Fivio nie adalah, JustKhai, Oh! Artis, yanmieonline.com dan kalau korang juga menggunakan perkhidmatan hosting Fivio, korang juga hebat.
p/s: Korang guna hosting mana?

{ 21 comments… read them below or add one }
wow..tengah promote ni nampak gaya..
tunggu aku promote hosting pulak..hehe
.-= syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop =-.
@syahrilhafiz, promote secara tak sengaja..haha
@arrizz, haha, bagus3 aku nak promote hosting aku gak lepas ni..hehe
.-= syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Yahoo! Babel Fish atau Google Translate =-.
@syahrilhafiz, promo jangan tak promo..manalah tau diorang boleh bagi free domain kan..haha
weh..
aku gune hosting sdn bhd..
hahaa
.-= ARieF punya entri [terbaru] ..PERANG ANTARA KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN =-.
@ARieF, aku tau..beli nak try gune hosting beli bhd? hehe
@arrizz, wey..
blanjer la aku domain..
ko kan dah kaye..
hehe
@ARieF, belanjer ape..ko join kontest ariffshah, melromeo n ramai lagi yang bagi hadiah free domain..hehe
oh artis bukan guna serverfreak ke?
taktau lah pulak kalau diorg baru tukar
.-= Affan punya entri [terbaru] ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka =-.
@Affan, dah tukar kot..sebab aku beli domain aku nie masa oh artis wat promotion tahun lepas..
@arrizz, owh, tahun lepas.
tapi aku agak yakin skg diorg dah pindah serverfreak. hehe
.-= Affan punya entri [terbaru] ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka =-.
@Affan, aku pon rase diorang dah tukar..
@Affan, Assalamualaikum, Ohartis.com hosting di Fivio.com bukannya di Serverfreak
Terima kasih,
@Fadhlullah Abd Rahman, thanks..hehe..dengar tue Affan, aku menang, haha..
@arrizz, pergh. org kuat fivio dtg komen. mesra klien sggh. sian affan kalah. haha.
RedBoys punya entri [terbaru] ..Cabaran SEO Berita Sukan Terkini
aku pun guna fivio hosting masa khai promote dulu.
baru nak renew hehe tapi blog satu lagi tu dah setahun tak beroperasi
Amirez punya entri [terbaru] ..Perut Sudah Naik
@Amirez, lame giler..boleh operate lagi tak blog tue?
aku pakai sealserver.. harap2 ada org pernah dengar..hehehe..
setakat 2 minggu ni ok je..
@izwan, nanti dah sampai setahun bolehlah review ea..hehe
@arrizz, itu sudah pasti..buat kek jugak kot..hehe..
izwan punya entri [terbaru] ..Elak e-Mail Spam Dengan Google RECAPTCHA
@izwan, alang2 buat kenduri tros..jemput mana2 blogger yang nak, hehe..