Salam sejahtera dan selamat datang kepada pelawat-pelawat yang baru kenal blog simple nie, hehe. Sedar atau tak, setiap dari kita pernah secara tak sengaja menjadi pemandu pelancong. Menunjukkan arah kepada pelancong luar negara yang bertanyakan di mana Starbuck terdekat, membawa kawan atau kenalan bersiar-siar ke tempat-tempat menarik dan memberi cadangan melancong ke destinasi-destinasi percutian terkemuka adalah beberapa contoh situasi yang menampakkan kita seperti seorang pemandu pelancong.
Pengalaman menjadi pemandu pelancong ini pernah aku ceritakan di blog dot blogspot aku dulu. Blog tue dah tak ada, dah delete, hehe. Jadi, dalam entri nie aku tuliskan semula kisah pengalaman aku menjadi pemandu pelancong sebagai satu kongsian kepada korang. Manalah tahu jiran rumah sebelah korang nak jadi pemandu pelancong kan. At least korang dah baca kisah aku nie, bolehlah kongsi dengan jiran korang tue.
Kisah nie berlaku tahun lepas masa bulan Ramadhan. Tarikhnya aku tak ingat dah. Satu hari, kawan baik aku menghantar mesej memberitahu aku bahawa dia nak turun ke KL dan nak jadikan aku sebagai pemandu pelancong dia. Walaupun time tue duit tengah sengkek, sebab member, aku accept jer invitation dia (invitation-lah sangat, hehe). So kitaorang pon plan nak jumpa kat mana dan pukul berapa.
Hari yang dirancang telah tiba. Kitaorang janji jumpa kat Sungei Wang Plaza. Dah macam gay pulak bunyinya, haha. Minta maaf gay-gay di luar sana. Tolong jangan heart break. Saya hanya minat perempuan saja ok? Baiklah kembali ke pangkal cerita. Sebaik saja berjumpa, kawan aku menyatakan hasratnya nak ke KLCC. Dengan yakinnya aku jawab, ok! Walaupun sebelum itu aku belum pernah ke KLCC naik tren. Serius.
Nak dijadikan cerita, dari stesen Hang Tuah kitaorang ambil train ke…(tak boleh bagitau awal-awal, tak suspen, hehe). Masa dalam train tue, kitaorang borak, skodeng awek sementara tunggu untuk sampai ke KLCC. Kawan aku tengok ke luar tingkap dan nampak bangunan KLCC yang tersergam indah tue seraya berkata, “Asal kita makin jauh dari KLCC?”. Tanpa rasa sedikit terkejut pon, aku membalas, “Oo, biasalah tue, nanti train nie berhenti kat KLCC gak”.
Sampai stesen PWTC, kitaorang turun. Tahu kenapa? Sebab aku beli tiket ke PWTC. Aku ingatkan KLCC kat PWTC, LOL, hahahaha. Malu besar aku dengan member aku tue. Ini semua salah ada seorang member aku, dia bagitahu aku, kalau nak ke KLCC, naik train ke PWTC. Sejak dengar dia cakap macam tue, otak aku terus set KLCC is PWTC tanpa membuat sebarang rujukan langsung. Dipendekkan cerita, luckily kitaorang berjaya juga sampai ke KLCC, haha.

Pengajaran cerita, kalau nak jadi pemandu pelancong yang tak fail;
- Buat rujukan dulu. Google kan ada.
- Jangan percaya bulat-bulat cakap member!
- Belilah handphone yang ada GPS.
- Rajin-rajinkan diri travel ke tempat yang belum pernah pergi at least sekali.
Jom layan Paramore – Ignorance (MTV Unplugged)

{ 20 comments… read them below or add one }
hahahahhaa
@tina, hehe..suka sangat..
LIKE page saya. Disini. Tq
Jadi FOLLOWER saya… Tq
Hehehehe lumrah la tuh org merantau.. kekeke
@atan ahmad, beres..biasalah tue kan..tempat baru,hehe..
hahah..
x pe..
blaja dr pengalaman kn..
huhu
.-= hana punya entri [terbaru] ..berwajah baru =-.
@hana, yup at least dah tahu cara yang betul pergi ke KLCC..hehe
aku penah keje kat agensi pelancongan , sebagai P.A. (Personal Assistant) tapi dapat gak la rase jadi pemandu pelancong sekali-sekale sebab kengkadang pemandu pelancong yang sepatutnye bertugas amek cuti… hehe..
a.f.f.:-
.-= Mr. Pian punya entri [terbaru] ..2 =-.
tahukah anda, di malaysia seorang pemandu pelancong mesti memiliki lesen khas menjadi pemandu pelancong… hah, bukan senang nak jadi pemandu pelancong nie.. ingat nak bawak kenderaan je ke nak kene ade lesen…
@Mr. Pian, wah ko lagi best dowh..dapat rasa macam mana jadi pemandu pelancong..nie mesti dah ada banyak pengalaman..
lesen?wow..nak apply kat mane ea? boleh tahan gak kalau jadi official tourist guide nie..hehe
weh wan, sape kawan kau yang kate KLCC kat PWTC???
.-= Mr. Pian punya entri [terbaru] ..2 =-.
@Mr. Pian, ko kenal..faizal..haha..damn!
ahaha..aku pn xreti jln2 kl..nk naek star ngan putra xreti..
.-= haru punya entri [terbaru] ..10 Terawal =-.
@haru, aku kalau dah lama tak naik putra or star, kena tengok map dulu..kang tersilap lagi, habis..haha
hhahaha..
same r cam aku..
ada member aku sorang ni leh cakap karak kt selangor.
mather father btol!!
hahaa
.-= ARieF punya entri [terbaru] ..5 JENIS MANUSIA DI FACEBOOK =-.
@ARieF, karak bukan kat pahang ker?LOL..hahaha
keke, couchsurfing ke ni? hehe, lenkali bleh rr aku suruh ko plak bawak aku jenjalan around kl.. hehehe
.-= samanosuke_04 punya entri [terbaru] ..Post ke-100 PascaSPM!!! =-.
@samanosuke_04, haha..boleh bro..aku kan pemandu pelancong..hehe
haha. tapi kita akan lebih cepat ingat jalan kalau sekali sesat/salah jalan. aku dulu takut sangat nak naik komuter/lrt kat kl ni sebab tak tau nama tempat yg aku nak pegi. tapi sekarang dah ok, itu pun isteri yg ajar hehe.
lepas hari khamis nanti ntah bila dapat datang kl lagi
.-= Amirez punya entri [terbaru] ..Bujang Sementara =-.
@Amirez, betol tue bro..sebab bila dah sekali salah, sampai bila2 kita ingat..hehe..oo, takpe bro..aku pon sama gak, pernah sekali hari tue salah naik tren LRT..haha
owh ship!! henfon bergps skrg amatlah mahal =..=
Assalamualaikum,
Apa khabar awak? Apa yang saya telah baca di atas, Tu biasa dan berlaku. Sebenar nya niat kita baik. Cuma di sebab kan kita ni terlampau ingin membantu dengan tidak sedar atau tidak sengaja kita tersilap. Saya sebagai seorg pemandu pelancong berlesen pun saya mengaku tidak semua yang kita tahu…. Nak kata tidak tahu pun tak boleh sebab gaji ko dia yang bayar…. klu dia org complain. Hbs lah agent tentu tak akan panggil ko lagi untuk job seterus nya.
So cara nya… jawapan yg sering di beri ok mam atau sir, I kind of busy wright now. Would you mind after I finish what i am doing now, i will get back to you….
Atau pun klu ko tngh bercakap di depan di dalam bus. jawab lah secara elok, dgn alasan i will get back to you… tapi jangan ko abai kan pulak soalan dia tu tadi. bila dah dapat jawapan nya ko beri tahu kemudian….. tapi jgn ko leka pulak.