
Korang ada pasangan yang kaki or tahi game tak? So macam mana hubungan korang setakat nie? Si dia luangkan masa lebih kat korang or kat game dia tue?
Bila aku sebut pasal pasangan korang yang kaki game, mostly akan terkena batang hidung si lelaki laa. Yela, lelaki jer yang layan bantai main macam-macam jenis game. Sebut jer Call Of Duty: Modern Warfare , Counter Strike, Dota Allstars, Need For Speed, Left 4 Dead, Devil May Cry, Assassin Creed etc, lelaki mesti tahu punya. Kalau tak tahu tue, agaknya dia bukan lelaki kot (aku tak cakap korang pondan ek).
Setakat nie aku tak jumpa lagi pasangan yang dua-dua kaki game. Kalau ada, mesti meriah kan. Perempuan kaki game? Tak jumpa lagi, teringin gak jumpa perempuan macam nie. Unik tue. Ok back to our main focus. Ada pasangan yang kaki game nie sure kadang-kadang bikin panas gak. Lagi teruk yang spesies kaki game sejati tue.
Antara masalah yang timbul, selalunya yang kena si perempuan laa, kurang masa bersama ( jarang main mesej, keluar tengok wayang, makan bersama, shopping bersama etc) , kurang perhatian dari si lelaki ( tak bertanya khabar, tak ambil tahu perkembangan diri etc), bila bersama pon, si lelaki tak fokus pada si perempuan ( bila si perempuan bercerita, meluah, bermanja, si lelaki just angguk-angguk, geleng-geleng, yes no yes no, buat muka selamba sebab khusyuk main PSP).
Lagi teruk bila sampai ke tahap si perempuan suruh buat pilihan pada si lelaki:
Perempuan: Sekarang u pilih, u nak i ke nak game u?
Lelaki: Nak game laa..(laju jer jawab)
Perempuan: Ok fine..that’s it..u kawen laa ngan game u tue..
Lelaki: (dengan terpinga-pinga) Eh? aku silap cakap ke?
Itu antara sedikit sebanyak masalah yang timbul kalau korang ada pasangan yang jenis kaki game and korang tak tahu nak handle macam mana. Sangat-sangat pressure tambah-tambah lagi bila korang ada masalah dan korang perlukan dia tapi dia pulak bantai layan main game dia tue jer. So apa yang korang patut buat bila ada pasangan yang macam nie? Perempuan sila ambil nota k.
1- Terima dia seadanya. Kalau sebelum bersama, pasangan korang memang kaki game, kena terimalah. Tak boleh gak suruh dia berhenti sebab sebelum dia kenal kamu, dia kenal game dulu. Bila korang terima dia, maknanya korang kena terima dunia game dia gak. It’s all about acceptance.
2- FahamĀ akan minatnya. Setiap orang ada minat yang tersendiri begitu juga pasangan korang.
3- Tegur dia. Jangan terus merajuk or memberontak. Lelaki nie nak kena tegur dulu, baru sedar. Tapi kalau dah tegur, tak sedar gak, apa lagi, unleash the ultimate weapon laa, the power of merajuk. haha
4- Sindir dia. Kadang-kadang lelaki kalau kita cakap direct, dia memang tak terasa. Nak kena sindir dulu, baru tergigit lidah dia tue.
5- Bagi support. Kalau pasangan korang kaki game sejati tahap dewa ( ikut tournament sana-sini) apa kata korang ikut turun padang sekali, tengok dia main. Cheers untuk dia. Dia pasti akan rasa appreciated dan hasilnya, dia akan sayang kamu lebih.
6- Cakap baik-baik dengan dia. Kalau korang ada masalah ke, nak meluahkan sesuatu ke, minta dia luangkan sedikit masa untuk korang. Lelaki biasanya bila kita cakap baik-baik, dia akan dengar gak.
7- Jangan kritik dia secara terus or melulu. Kalau korang buat macam nie, alamatnya dia tak akan peduli kamu lagi sebaliknya dia akan peduli game dia jer.
8- Bagi ruang untuk dia. Dah namanya kaki game, dalam sehari tue mesti tak miss main game berjam-jam lamanya.
Rasanya cukuplah setakat tue jer. Aku harap apa yang aku kongsikan nie dapat tolong korang untuk deal dengan pasangan korang yang jenis macam nie. Bukan setakat dalam skop kaki game jer, boleh gak korang guna pakai tips nie untuk korang deal dengan pasangan korang yang kaki lain macam, kaki pancing, kaki internet, kaki bola, kaki shuffle, dan banyak lagi kaki-kaki.
p/s: Aku nak kenal dengan perempuan yang kaki game laa, ada sesiapa tak?

{ 8 comments… read them below or add one }
ade je kawan aku taik game ,pempuan…ko search la cresent.blogspot.com lalalala tak suke la kaki game..;( nnt aku terabai..huhu
@Neon, ye?nak num tepon..haha
entri seswai sgt utk ko..aku rse mmg tak bleh ubah pnye laa..
sume laki minat game apa..
naz rasa lebih baik lelaki tu pilih game drpd dia pilih jd playboy
@nazra, hahaha..stuju sgt..
drpd dia mainkan prasaan pmpn..bek dia layan prasaan main game tue..
hoooo. ade. dlu laa.. tme kcik2. men game street fighter and prince of persia. tp skrg dh insap.. sbb PS ade kat kuching je..jauh.
@aifa-cho chang, alaa bli laa PSP..bleh bantai main mmnjg..haha
xsgka taik game gak dlu ko ek.. :[
aku kaki game gak.. hehe.. tapi aku lebih prefer spend time ngan awek..
@ezany, bagus2..gamers ptut contohi ko nie laa..hehe..
sme laa kte, awek is number 1..ahax!
:-[)