Salam sejahtera. Apa khabar bah kamu semua? hehe. First time aku cakap bahasa Sabah dengan korang. Meremang bulu ketiak korang kan? haha. Lama dulu ada orang request minta buatkan entri pasal belajar bahasa Sabah. Aku tak ada idea nak mulakan dengan apa. Baru-baru nie ada kawan di Facebook share nota tentang penggunaan kata tambah – bah yang betul. Jadi di situ aku dapat idea. Daripada aku share di Facebook, better share di blog kan?
Bah – sepertimana yang korang tahu amat sinonim dengan orang Sabah. Ia merupakan kata tambah yang paling banyak diguna pakai di dalam percakapan seharian orang Sabah. So di sini bolehlah dikatakan perkataan – bah itu sebagai core atau teras di dalam tatabahasa bahasa Sabah. Malah, ia turut memainkan peranan penting selaku komponen indikator bagi membezakan seseorang itu sama ada dia orang Indonesia ataupun orang Sabah. Ini adalah serius (sila take note) sebab ramai selalu menyalah anggap aku sebagai Randy Pangalila. Ya, aku tahu aku hensem tapi come on, just because the slang sounds kinda similar, it doesn’t mean that I’am Pangalila. Aku Sabahan for God’s sake.
Baiklah, back to track, di luar ruang lingkup masyarakat Sabah, penggunaan kata tambah – bah ini sering kali di salah guna oleh, well, in most cases, obviously, orang Semenanjunglah. Kata tambah – bah ini digunakan tak kena pada tempatnya. Contoh paling lawak, kawan aku dipanggil dengan nickname, ‘Bah’. LOL
{ 10 comments }









