Salam sejahtera dan selamat tahun baru. Syukur masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara tercemar tahun 2012 ini. Tahukah korang tahun 2012 adalah tahun untuk kiamat? Yeah, its doomsday my fren. End of humanity. Okey, sila jangan percaya dengan statement tue. Aku saja mention pasal tahun 2012 tahun kiamat sebab benda nie merupakan hot issue tahun nie. Siap ada movie lagi kan? Baiklah, bercakap pasal movie atau filem, tahun lepas, 2011 agak tak mengecewakan. Seleksi movie yang keluar panggung is, not bad. Real Steel movie pilihan aku bagi tahun 2011. Korang?
Sepertimana tahun-tahun yang lepas, blog ini meneruskan lagi tradisinya menyambut tahun baru dengan menampilkan senarai movie dan filem best lagi meletup untuk ditonton bagi tahun 2012. Setelah melihat senarai movie dan filem tersebut, apa yang aku boleh katakan ialah tahun 2012 sememangnya tahun yang terbaik. This is best bro. Banyak movie best akan keluar panggung. Yesss! Anyway, tanpa berlengah jom tengok senarai movie best tahun 2012 ini. Klik..
Perhatian! Filem-filem yang aku senaraikan ini adalah filem antarabangsa saja. Pemilihan dibuat secara rawak. Mana yang aku rasa best, aku masukkan. Hanya 10 filem saja yang tersenarai. Susunan filem tidak mengikut release date. Macam aku cakap sebelum nie, semuanya rawak.
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part II
Ghost Rider: Spirit of Vengeance
The Hobbit: An Unexpected Journey
Sumber: movieinsider.com
Nak tahu details tentang movie-movie yang disenaraikan, klik aja link yang telah disediakan. Amacam? Terliur tak tengok senarai movie tahun nie? Semuanya gempak-gempak kan? Thats why tahun nie korang kena rajin pergi panggung bagi yang malas nak pergi panggung kerjanya asyik download movie jer. #okterasa.
Baiklah, sedikit highlight untuk filem-filem 2012 nie.
Tahun 2012, sekali lagi filem atau movie yang berkisar tentang Greek mythology atau mitos Greek mendapat tempat. Seakan-akan trend, mungkin disebabkan kisah-kisah menarik di dalam mitos Greek itu sendiri merupakan penyebabnya. To be honest, aku memang suka baca kisah-kisah dalam mitos Greek. Sangat menarik. Filem yang aku maksudkan nie tak ada dalam senarai di atas tapi juga akan keluar untuk tahun 2012 ini; Wrath of the Titans (sekuel bagi filem Clash of the Titans tahun 2010). Tahun lepas, Immortals which is sucks to me. Booo.
The Amazing Spider-Man kalau korang nak tahu bukan prekuel atau sekuel kepada mana-mana filem Spiderman sebelum ini. Ia merupakan reboot yakni a fresh start with a fresh idea and much better storyline/effects/characters etc. Jadi jangan keliru pula bila menontonnya nanti sebab filem nie langsung tak ada kena mengena dengan filem-filem Spiderman yang terdahulu. Ala macam filem Hulk hari tue.
Tak lupa juga, filem berdasarkan kisah fairy tale juga semakin mencuri tumpuan dan perlahan-lahan membina pengaruhnya tersendiri, tampil dengan plot cerita yang nyata berbeza daripada naskhah asal yang pada mulanya prior kepada kanak-kanak. Ibarat menongkah arus dan cuba menentang kebiasaan, filem yang diolah daripada kisah atau watak fairy tale ini cuba menyasarkan golongan lebih dewasa pula. Sejauh mana penerimaannya, kita lihat saja. Filem dimaksudkan, Snow White and the Huntsman. Filem tahun lepas pula adalah, Red Riding Hood. Aku tengok Red Riding Hood sebab awek dia cun kot.
Dan kalau korang perasan, 8 dari 10 filem di atas adalah merupakan sekuel atau prekuel kepada filem-filem mereka yang terdahulu. The Hobbit contohnya merupakan prekuel kepada franchise filem terkenal, The Lord of the Ring. Siapa sangka apabila berakhirnya Return of the King maka berakhirlah sudah The Lord of the Ring. Tidak, sebaliknya mereka (Peter Jackson) kembali dengan The Hobbit mengisahkan asal-usul the ring, cincin yang menjadi pemula kepada cerita epik terhebat ini.
Akhir kata, aku betul-betul teruja dan excited dengan barisan movie yang disediakan tahun nie. Harap-harap tak mengecewakan. Yelah sebab kadang-kadang tengok trailer best gempak kedaboom tapi bila tengok yang betul-betul punya pula hampeh. Tak nak laa macam nie. I got a very high expectation oh those films lagi-lagi Dark Knight dan G.I Joe. Dua nie filem favourite aku tau. And Underworld juga sebab Kate Beckinsale pakai baju ketat plus mata biru galak buat hidung aku berdarah, wakakaka.
See you at the panggung okey?



{ 4 comments… read them below or add one }
suit baru spiderman ni nampak lebih menarik. dengar kata macam tu jugak, the amazing spiderman lagi best daripada filem2 sebelum ni. harapnya tak mengecewakan
Amirez punya entri [terbaru] ..Konvoi Berbasikal Bersama Hot FM Kelate
the avengers tu memang kena tengokk. hehe
titan punya entri [terbaru] ..Lelaki kacak takkan mudah putus asa.
dalam banyak banyak kat atas tu, aku hanya minat avenger dan resident evil saja
Juan punya entri [terbaru] ..Tutorial or How To Install Papago X5 Android Malaysia
memang kena tengok semua filem ni. mesti best belaka.
ohcikgu punya entri [terbaru] ..Aksi Panas pelajar sekolah – Pengalaman kena denda di Sekolah
{ 1 trackback }