Mana hantunya?

by arrizz on May 23, 2010

Salam sejahtera dan selamat bertemu lagi. Semoga korang berada dalam keadaan aman sentosa hendaknya. Mana hantunya? Haa tau takut. Awal-awal ashaari lagi aku dah terjah korang dengan soalan yang macam nie, hehe. Al-maklumlah, masyarakat kita, Melayu nie amatlah sinonim dengan perkataan hantu. Sebut hantu, terus terpacul kat kepala otak, pontianak la, toyol la, hantu raya la, pocong la. Aduh, nak buat macam mana, sejak kecil lagi dah dididik macam tue. Betul tak?

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Mana hantunya? Pada mulanya, aku tak merancang pon nak tulis entri pasal benda nie tapi nak buat macam mana, setiap persoalan itu memerlukan jawapan dan jawapan akan membawa kita ke titik noktah yang terakhir. Itu pon kalau jawapan tu konkrit. Baiklah, bagi siapa yang mengikuti perkembangan blog picisan nie mesti dah tahu masalah yang aku hadapi sebelum ini. Ya, blog tak ber-update buat masa yang agak lama.

Sebelum korang ke dapur nak ambil tomato dan baling kat muka aku yang ala-ala korean nie, izinkan aku memberi penjelasan. Sesungguhnya aku ini insan yang teraniaya (ceh sempat lagi nak pancing kesian). Ada member cakap blog aku tak ber-update dan entri terakhir yang dilihat ialah pada bulan Februari lepas. Alaa, entri panas nie.

Lantas aku pon jadi pelik. Biar betul? Aku ada update laa (aku berkata di dalam hati dengan nada yang agak keras kerana tak puas hati di cop blogger malas nak update blog). Ada hantu ke blog aku nie? Aku membuat andaian. Asal diorang tak nampak ke entri-entri lepas bulan Februari nie. Kalau betul blog aku berhantu, mana hantunya? Aku jadi tak puas hati. Yela gara-gara hantu nie, nak ping entri kat GengBlogger pon tak lepas. Lagi teruk, blog aku jadi tak laku. Saham jatuh merundum.

So aku pon nekad nak jadi ala-ala Uncle Seeker dalam misi mencari hantu yang menjadi penyebab kepada ketidaknampakan (lol) entri-entri aku. Tapi dengan sedikit perbezaan yang ketara, iaitu aku lagi hensem dari Uncle Seeker, haha. Cari punya cari, tak jumpa juga. Siap buat komplen lagi kat syarikat hosting aku. Tapi aku cakap baik-baik la, aku kan budak baik lagi innocent, hehe.

But things still the same. Blog aku tetap macam tue juga. Aku jadi butuh, eh silap, buntu. Sehinggalah beberapa hari yang lepas, aku bertanya kepada rakan Twitter aku, einztrigger atau nama famous dia dalam dunia blog, eins. Dipendekkan cerita (sebab aku dah penat menulis dan korang pun dah macam mengantuk – sampai hati korang ea-), eins telah berjaya mengesan punca  permasalahan aku nie. Mana hantunya?

arrizz.com

Haa itulah hantu yang jadi penyebab kepada masalah blog aku nie. Thanks to eins, after aku deactivate ‘hantu’ nie, blog aku pon back to normal. Alhamdullillah. So sekarang, terjawablah sudah persoalan kenapa aku tak update blog padahal aku dah update pon. Lepas nie dapatlah ping entri kat GengBlogger dengan jayanya (yeah!) and hopefully masalah nie tak berulang di masa akan datang. Sesiapa yang ada install plugin WP-Super Cache nie, pergi check, takut-takut jadi macam kes mana hantunya? nie.

Korang pasti akan suka:

{ 7 comments… read them below or add one }

aifa-cho chang May 23, 2010

ptt pon aku x dpt tgk langsung update2 bfore ni dr blog aku.. cet. bahaya btol mende tu ek.
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Pesanan Kepada Shahir AF8 =-.

Reply

arrizz May 24, 2010

@aifa-cho chang, haa tu la psal..sori ek..hantu nie mmg btol3 dah bg mslh kat blog aku ne..

Reply

Aus MeLankoLik May 24, 2010

hahahak , sori beb .
aku tak tahu langsung pasal WP ni , hahahak .
tapi takpe , aku belajar sumtin baru iaitu m, hantu blog , hahahak .

Reply

arrizz May 24, 2010

@Aus MeLankoLik, haha hantu la sgt.. :D

Reply

Pachenko June 3, 2010

haha..
xpe..
meh aku jampikan blog ko :) .-= Pachenko punya entri [terbaru] ..KALA SUBUH =-.

Reply

arrizz June 3, 2010

@Pachenko, jmpi cept.. :o:

Reply

bujang3 October 22, 2010

bahaya gak yer… ada hantu dalam blogggg!!!! heeheeeeeiii
.-= bujang3 punya entri [terbaru] ..Bujang3 buat MAGIC la pulakkk !!! =-.

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: