Salam sejahtera. Setiap tahun ada saja model terbaru yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Itali, Lamborghini. Model-model kereta yang dikeluarkan ini akan sentiasa mendapat tempat di kalangan peminat kereta mewah. Biasalah, Lamborghini, siapa yang tak nak kan? Even aku pun nak angkat satu kalau berduit, hehe. Entri kali nie santai saja. Kita layan gambar. Dah lama rasanya tak layan gambar dengan korang kan. Khas buat peminat kereta Lamborghini (yang tak mampu nak beli sebiji), aku persembahkan korang Lamborghini Gallardo versi LEGO, kih3.
Sedikit fakta menarik mengenai Lamborghini Gallardo yang korang mesti nak tahu:
1. Nama Gallardo diambil sempena sejenis baka fighting bull yang terkenal.
2. Lamborghini tanpa bumbung dikenali sebagai roadster @ roof-less.
3. Lamborghini Gallardo dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan. Wow!
4. Rekaan Audi R8 diinspirasikan daripada rekaan Lamborghini Gallardo.
5. Polis Italy menggunakan Lamboghini Gallardo sebagai kenderaan mereka (hanya 2 biji saja).
6. Lamborghini tergolong dalam kelas coupe yang bermaksud kereta 2 pintu, 2 tempat duduk, juga merujuk kepada kereta model biasa tanpa sebarang upgrade atau ubahsuai.
7. Top speed bagi Lamborghini Gallardo coupe adalah 309 km/h iaitu bersamaan dengan 192 mph.
Macam mana? Rasa-rasanya nak angkat satu tak? Tak dapat yang real, yang LEGO punya pun jadilah. Jadikan hiasan dalam kereta, hehe. Teringat pula zaman kanak-kanak dulu selalu main LEGO, hehe.
p/s: Bahang kejayaan skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki masih terasa hingga ke hari ini. Populariti para pemain turut melonjak tinggi lebih-lebih lagi si Khairul Fahmi tue. Tahniah diucapkan, teruskan momentum kejayaan untuk masa-masa akan datang. Malaysia Boleh! Terbaru, skuad negara meletakkan sasaran untuk ke Piala Dunia pula (Kosmo – Jumaat, 31 Disember 2010).








{ 9 comments… read them below or add one }
fuh..memang smart. kecik2 dulu suka main lego. ada jual tak kat malaysia? mesti beli punya hehe
Amirez punya entri [terbaru] ..Kenapa Allah Cipta Syurga & Neraka – Part 1
stok malaysia tak tau lak ade ker tak..tapi kalau bro nak yang real punya dalam harga yang rendah, tunggu..ada entri pasal tue nanti, hehe..
itali pngluar lamborgini tp polis diorang gune 2 biji je??
apa pnye kdkot lah..
hahaha
ARieF punya entri [terbaru] ..MALAYSIA TERBAIK DI ASIA TENGGARA
haha..tula..nak jimat kot..
aku nk suh pdrm beli la..
5 biji pn jd r..
lngkpkn kereta mewah polis malaysia..
hahaha
ARieF punya entri [terbaru] ..MALAYSIA TERBAIK DI ASIA TENGGARA
aku tengok kereta pdrm dah mewah2 dah..macam2 ada..hehe
comeynyeeeeeee
kotak2 !.. ni kalau ada kat malaysia confirm mahal.. tu baru lego, tak real lagi tu.. haha
Izwan punya entri [terbaru] ..Bagaimana Anda Menyambut Tahun 2011
harga mesti tak lari 2 or 3 juta ..