Konsert Maher Zain di Malaysia Februari ini

by arrizz on January 20, 2011

Salam sejahtera. Peminat-peminat Maher Zain pasti rasa teruja dengan konsert kali kedua Maher Zain yang akan diadakan pada bulan Februari tahun 2011 ini. Bagi sesiapa yang tak tahu bilakah tarikh konsert tersebut dan dimana hendak mendapatkan tiket, diharapkan maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu.

maher zain 2011 malaysia konsert

Tarikh, Masa dan Tempat:

25 & 26 Februari 2011. 8.30 malam. Stadium Malawati Shah Alam.

Bagaimana hendak mendapatkan tiket?

Tiket dijual menerusi: www.tickethotline.com.my (Tel: +603-7725 1177 / +603-7725 1166)

Tiket juga turut dijual di tempat-tempat berikut, bermula 17 Januari 2011.

  • Rock Corner@1 Utama
  • Rock Corner@The Curve
  • Rock Corner@Suria KLCC
  • Rock Corner@The Garden
  • Rock Corner@Ampang Point
  • Rock Corner@Subang Parade

Kalau kebetulan keluar shopping atau jalan-jalan di tempat-tempat yang disebut di atas, jangan lupa singgah di gerai-gerai yang menjual tiket konsert Maher Zain ini.

Antara artis yang akan memeriahkan konsert tersebut ialah:

Sumber: Maher Zain Fan Page

Kedatangan semula Maher Zain ke Malaysia untuk mengadakan konsert buat kali kedua di Malaysia adalah satu berita yang amat menggembirakan buat peminat-peminat Maher Zain di sini. Bagi mereka yang tak berkesempatan datang ke konsert Maher Zain yang lepas, cepat-cepatlah beli tiket untuk konsert kali kedua ini kerana semasa entri ini ditulis, sebanyak 50% tiket telah terjual. Jadi tunggu apa lagi, pergi beli sekarang. Takut melepas pula, hehe.

Lagi satu, umum sudah sedia maklum bahawa antara sebab kedatangan semula Maher Zain ke Malaysia ini ialah untuk merakamkan lagu InsyaAllah versi bahasa melayu sebagai penghargaan bagi peminat-peminat Maher Zain di sini. Kalau anda ingin menjadi individu pertama yang mendengar lagu InsyaAllah versi bahasa melayu live yang dinyanyikan oleh Maher Zain sendiri, jangan lupa untuk datang ke konsert ini.

Lagu – InsyaAllah versi bahasa Melayu (cover)

p/s: Ada sesiapa tak, sudi belanja aku tengok konsert Maher Zain ini? Teringin juga nak pergi. :P

Korang pasti akan suka:

{ 12 comments… read them below or add one }

ARieF January 20, 2011

jom aku blanja..
heeehe..
thanks bro for the link..

rajin ea ko promote konsert ni..
maher zain byar ea??
heehe :lol: ARieF punya entri [terbaru] ..5 SEBAB AKU SUKA AWEK MELAYU

Reply

arrizz January 20, 2011

no problemo..haah..dia bayar.. :roll:

Reply

ARieF January 20, 2011

wah..
tahniah la..
mesti beribu dia bayar ko kan..hehe..
mntak r autograph dye skali…
ngan hat dia skali..
hehe
ARieF punya entri [terbaru] ..5 SEBAB AKU SUKA AWEK MELAYU

Reply

Affan January 20, 2011

berapa agak2 harga tiket? hehe. tapi aku tak minat sangat lah g konsert.
mesti ramai orang datang, sebab peminat mz ni ramai kat malaysia
Affan punya entri [terbaru] ..Jalan-jalan di Niagara Falls

Reply

Izwan January 21, 2011

confirm mahal tiket ni.. cukup r dulu aku dah tengok dia nyanyi 2 lagu dengan harga tiket RM20.. hehe..
Izwan punya entri [terbaru] ..7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT

Reply

softlogger.com January 22, 2011

arrizz.. buat la contest utk blog ni.. first prize dapat tiket ke konsert maher zain ni.hehe :D softlogger.com punya entri [terbaru] ..Is This App Idea Technologically Viable We Need an Experts Input

Reply

arrizz January 23, 2011

haha..boleh jer kalau ada yang sanggup sponsor..tengok harga tiket pon boleh tahan..rm2++.. 8O

Reply

miss lolly January 23, 2011

Ehemmmmm belanje lolly leh tak ? ;P
miss lolly punya entri [terbaru] ..TWITTER- bagaimana nak dapatkan FOLLOWERS yang ramai

Reply

arrizz January 24, 2011

boleh..kite gune duit lolly..ok? ngeh3

Reply

Amirez January 25, 2011

sedih..rasanya tak dapat pegi. kalau still kat KL lagi confirm dah book tempat duduk 2 orang :)

Reply

arrizz January 25, 2011

alaa..2 seats bro? untuk aku ker lagi satu seat tue? :D

Reply

dinsblog February 8, 2011

sejak dua menjak ni rajin betul Maher Zain datang buat konsert kat sini.

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: