Kenapa Malaysia suka buat filem hantu??

by arrizz on October 29, 2011

Salam sejahtera. Sudah makan? Apa? Sudah? Alaa melepaslah korang, baru ingat nak belanja tadi (tangan di atas bahu). Lama rasanya tak menulis entri mengutuk filem Malaysia. Tapikan bila ingat balik rasanya baru yang ini jer aku tulis. Anyway that’s not the issue. Korang dah tengok al-Hijab? Dengar cerita best. Best ke?

poster al-hijab

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal benda nie tapi asyik tangguh. Dari dulu lagi aku dok perhati corak industri filem Malaysia. Fesyennya tetap sama. Tak ubah langsung. Always about komedi and hantu. Well itu yang aku nampaklah. Tak tahu pulak korang. Dan hari ini aku just nak sentuh bab hantu tue saja.

Kenapa Malaysia suka buat filem hantu?

Malaysia tempat hantu bertandang. Atau dalam bahasa yang aku maksudkan, kat Malaysia ada banyak hantu. Kenapa? Kenal Uncle Seeker? Go ask him why. Sebab tak lama dulu aku pernah terbaca dalam news si Uncle nie pernah menulis dan menerbit buku tentang hantu. Apa entah tajuknya. Yang setahu aku buku tue menceritakan tentang hantu-hantu di Malaysia secara detail. Bukan seekor dua hantu tau, puluh okey.

Lambakan kisah-kisah hantu. Kisah atau cerita hantu tak akan pernah kering. Akan ada saja kisah tentang hantu. Contoh paling dekat, asrama. Aku pernah duduk asrama selama 5 tahun dan aku tahu amat cerita hantu sangat famous di asrama. Be it mana-mana asrama. Each asrama di Malaysia carries their own cerita hantu masing-masing dan cerita ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain macam saka.

poster filem karak

Antara kisah yang paling aku ingat, diganggu masa terbangun tengah malam. Ada banyak versi, budak kecil/nenek tua mengacau, suara perempuan menangis (ala Witch dari game Left4Dead), nama kena panggil, lembaga tepi katil/tingkap dan banyak lagi. That’s why aku teramat benci kalau terbangun tengah malam masa duduk asrama dulu. Sebabnya aku pernah kena. Still sampai ke hari nie aku masih tertanya-tanya, betul ke apa yang aku dengar malam tue. Kena tindih pun pernah.

But of course-lah aku tak percaya benda-benda shit macam nie unless I see one. Reason aku mention pasal asrama nie sebab aku harap suatu hari nanti akan ada pembuat filem seram yang tampil dengan cerita adaptasi dari kisah hantu asrama. Make it like Phobia. Kisah rumah berhantu kat Shah Alam tue pun not bad kalau difilemkan. Sure best.

Orang Malaysia sukakan hantu. Betul apa. Kalau tak kenapa sampai ada yang pergi bela menatang nie? Indirectly reflect that this thing is lovely dan boleh dijadikan pet. So jangan berlengah, start adopt one today. Trololo. But I guess, statement tue kena betulkan. It supposely be, orang kita sukakan hantu. Naa baru betul. Benda nie I would say ada kena mengena dengan persekitaran kita.

Sedari kecil lagi kita dah didedahkan dengan hantu. Tiap petang emak kita mesti jerit, “Abang! Masok rumah cepat, dah maghrib dah. Kena sampuk hantu nanti baru tau”. Naik sekolah menengah duduk asrama dengar macam-macam cerita hantu. Dah besar akibat selalu sangat biasa dengar hantu, hantu dan hantu, kita pun jadi hantu. Okey, that one is a joke.

Cer fikir, kenapa? Macam aku cakap tadi. Persekitaran itulah yang akhirnya menyebabkan wujud ‘bond’ antara orang kita dan hantu. Each time ada cerita hantu orang kita akan rasa tertarik dan suka nak ambil tahu. Bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus. Tak payah pergi jauh, tengok saja di sidebar kanan blog nie.

This so-called theory explains why manusia macam Uncle Seeker boleh wujud di atas muka bumi ini. Aku tak pernah tengok manusia yang terlalu obses dengan hantu. Siap buat rumah kat Janda Baik lagi. Aku even macam tak boleh bezakan antara Uncle Seeker dan hantu. Lebih kurang jer aku tengok.

Nur Fathia

main sebab why korang mesti tengok al-Hijab *cair

Pasaran hantu di Malaysia sangat kukuh. LOL macam kena juallah pulak, haha. Kalau korang tanya Pierre Andre kenapa suka buat filem hantu, nah inilah jawapan paling bernas yang mungkin dia boleh bagi. Tanya mana-mana pembuat filem hantu pun, the answer will always be the same. It’s all about market and making money

As for the ending, you guys nampak tak flow point-point di atas? Meh sini aku simpulan bahasakan. Kenapa Malaysia suka buat filem hantu? First sebab kat Malaysia ada banyak hantu seperti yang didakwa oleh Uncle Seeker. Disebabkan banyaknya hantu berkeliaran maka berlambaklah kisah-kisah hantu yang kita dengar sini sana.

Dek kerana selalu disogok dengan kisah-kisah hantu, terjalin ‘bond’ antara kita dan hantu. Kita jadi suka dengan hantu dan ingin tahu akan kisah hidup mereka. Lalu wujud permintaan terhadap cerita-cerita hantu. Pembuat filem hantu dapat tahu dan mereka pun buatlah filem hantu. Unbelieveable, respon yang diberikan sangat baik. Atas sebab inilah pasaran filem hantu terbina dan ianya semakin lama semakin kukuh kerana adanya permintaan.

poster hantu bonceng

And that’s menjawab persoalan korang, the fuck kenapa saban masa ada saja filem hantu yang keluar panggung. See? Simple bukan. As for aku yang merupakan big fan of filem hantu, I don’t see this as a problem. I like filem hantu and I welcome them a lot. Seriously. Kalau sebelum nie ada Hantu Bonceng, aku nak sangat pulak tengok cerita Hantu Kopek, yang pelakonnya ialah Sharifah Sofea. Tak pun si Neelofa. Boleh?

Korang pasti akan suka:

{ 4 comments… read them below or add one }

samanosuke_04 October 30, 2011

huhu.. memang banyak hantu kat m’sia.. sampaikan bila dah duk oversea nie, tak tpikir pun pasal toyol, pontianak semua tue.. haha..

bagi aku, malaysia hanya leh buat crita lawak ngan hantu, sebab kos rendah.. kalo nak buat cita action yang letup2 cam omputeh tue, tak dapatlaaa.. apa yang pasti, filming m’sia skang nie berkembang walopon rate yang sangat slow..

Reply

Kamal Mustafa October 31, 2011

Salam, setakat nie hanya ada 1 pun filem hantu melayu yang betul2 menggugat jiwa KM nie. Kalau filem dulu2 KM pilih hantu jerangkung. Memang terkenang2 masa kecik. Tak tahu mana silapnye, mungkin filem2 hantu di Malaysia nie terikat dengan bermacam2 guide line.Itu yang membuatkan pengarah dan penerbit filem terbatas nak menhasilkan filem hantu yang betul2 berhantu.

Reply

hafidz October 31, 2011

kadang agaknya dah takde idea nak buat cerita / filem apa agaknya.
tuh yang asyik2 filem seram jer yang ditayangkan. huhu

Reply

Arief November 5, 2011

aku pon penah kena gak.
mase tgah elok2 tidur tgah malam..tibe2 tjage pas2 tdgar sore sayu2 nyanyilagu jesnita…
ohhhhhhhhh… :D

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: