Kenapa download movie lagi best daripada pergi panggung?

by arrizz on January 18, 2012

Salam sejahtera dan selamat makan malam kepada mereka yang baru nak makan. Ucaplah syukur ke atas rezeki yang diberikan. Tak mengapa kalau korang makan malam lauk telur dengan kicap saja. Itu dah kira okey sangatlah tue kalau nak dibandingkan dengan mereka yang hidup susah dan mungkin tak dapat makan malam macam korang. Baiklah, korang nak tahu tak satu rahsia tentang diri aku? Separuh daripada hidup aku nie, aku habiskan dengan meng-download movie. Percaya? Sila jangan kerana aku bergurau saja, kah3.

download movie

Download movie lagi best daripada pergi panggung. Aku sangat-sangat setuju dengan usul ini. Setiap kali online, selepas buka apa-apa yang patut, aku surf ke web download movie untuk tengok movie yang latest tak kurang juga movie yang dah lama yang best untuk di-download. Kalau ada, apa lagi aku download-lah. This situation explains why aku jarang turun ke panggung wayang untuk menonton movie. Coplah aku menyokong piracy ke apa ke yang ada kaitan dengannya. Aku tak kisah. Barang free, siapa tak nak kan? hahaha.

So, kenapa download movie lagi best daripada pergi panggung? Inilah sebab-sebabnya.

  1. Free.
  2. Tak ada cut scene.
  3. Boleh ulang kalau ada part yang miss atau tak faham.
  4. Boleh tengok berulang kali.
  5. Subtitle lebih jelas, boleh download sendiri.
  6. Banyak pilihan versi, Extended, Director’s Cut, Ultimate Cut, Unrated etc.
  7. Macam-macam ada, movie latest, sedikit latest, movie lama.
  8. Gambar lagi cun daripada gambar wayang (kalau pandai carilah).

Setuju? Pilihan di tangan anda. Kalau lepas nie banyak panggung wayang gulung tikar, jangan salahkan aku, :twisted: . Aku hanya berkongsi pendapat, hehe.

Korang pasti akan suka:

{ 16 comments… read them below or add one }

Amirez January 19, 2012

tengok movie download boleh makan macam-macam sambil tonton. nak makan KFC pun boleh. panggung wayang boleh? popcorn je mana sedap hehe
Amirez punya entri [terbaru] ..Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Reply

arrizz January 23, 2012

panggung wayang makan popcorn jer la..haha..tak ada variety makanan..haha

Reply

Ezad Skytech January 19, 2012

haha….kaki download ko ni ye…tgk movie dpn laptop..boleh baring2…makan2…aha~ kat panggung tak boleh nak buat semua ni…heee~

Reply

arrizz January 23, 2012

haah aku memang suka download movie dan lagu..betol2..hehe

Reply

Aizan Fahri January 19, 2012

list tak cukup lengkap.. meh aku tolong…

9. henset takyah silent.. pasang2 kuat takder org marah sbb bukan kat panggung
10. boleh gelak kuat2 sebab takder orang nak lihat dengan pandangan sinis.
11. boleh maki hamun hero sesuka hati
12. boleh forward laju2 kalau ader scence yang tidak baik (astaghfirullah~)

ada lagi kan… lupa. aku tak tahu, tak pernah pergi pun kat panggung…
Aizan Fahri punya entri [terbaru] ..Kabel, Bukan Kabel TNB, Lagi Nikmat Dari Kabel TNB

Reply

arrizz January 23, 2012

waa..thanks bro..memang ada point..aku setuju..hehe

Reply

Juan January 21, 2012

aku pon suka download, hehehe, lagi lagi bila ada link yang baik
Juan punya entri [terbaru] ..Tutorial or How To Install Papago X5 Android Malaysia

Reply

arrizz January 23, 2012

biasa download apa bro?movie?movie best kalau ada link brrip.. :D

Reply

titan January 21, 2012

mana ada orang tak suka benda percuma macam ni kan..
titan punya entri [terbaru] ..Lelaki kacak suka Conteng-conteng buku.

Reply

arrizz January 23, 2012

duit lagi laa orang nak kalau dibagi free..hahaha

Reply

hafidz January 25, 2012

dah nama pun pakai internet. memang tak sah la kalo tak mendownload huhuhu.
aku pergi tengok wayang time ada duit lebih, rasakan filem best untuk ditonton & bila ada masa terluang jer. heh ;) hafidz punya entri [terbaru] ..Nuffnang Buffered Earning 5

Reply

arrizz February 5, 2012

waa lebih kurang sama a bro..aku pon macam tue gak..haha

Reply

Izwan February 4, 2012

gambar lawa tu payah sket.. memang search sana sini tapi kalau movie baru keluar, dapat TS je. berapa bulan pastu baru dapat blu-ray.. time tu baru feel tengok..
Izwan punya entri [terbaru] ..Nikmatnya Sambal Kicap Johor. Pernah Rasa Tak?

Reply

arrizz February 5, 2012

tula gambar lawa tue memang payah..kadang2 terpaksa tunggu sampai berbulan2..tapi berbaloi la..haha..aku dah serik tengok gambar TS nie..sakit hati jer tengok orang lalu lalang dalam skrin tue.. :evil:

Reply

sarjan_boleh February 9, 2012

payah gak bro kalau dpt dvdrip yg versi cut.. aku sampai skang cari dvdrip “Merantau” versi Directors cut 134min..takde org rip kot versi tu.. yg ade international cut punya 106 min..

lagi satu DVD ni dia mesti ada potong sikit2 dalam 2-3 min walau pun original..hampeh betul la..

Reply

arrizz February 9, 2012

yang version cut2 nie payah sikit bro..tak ramai yang rip..nak cari memang menyeksakan..aku part cut2 nie memang pantang habis..potong stim la..tak best kalo tengok citer yang banyak cut..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: