Isu penggunaan nama Allah: Usah dipanjangkan lagi isu ini!

By arrizz, January 8, 2010

Pada mulanya aku tak nak tulis pasal isu penggunaan nama Allah nie sebab rasanya dah banyak blog yang tulis pasal isu nie. Tapi disebabkan aku juga berasa marah dengan apa yang berlaku, maka aku pon terpanggil menulis untuk sama-sama berfikir pasal isu nie. Aku tak nak kupas lebih mendalam lagi sebab masa khutbah Jumaat kat tempat aku tadi, khatib ada menyebut, isu ini patut dilihat dari banyak sudut, agama, sejarah dan juga dari sudut bahasa itu sendiri untuk pemahaman yang lebih mendalam.

Islam

Bagi aku, isu nie tak patut dipanjangkan lagi. Penyelesaian perlu disegerakan. Jangan tunggu sampai keadaan bertambah buruk baru  nak menyesal. Aku ulang, jangan tunggu sampai keadaan bertambah buruk. Aku tak nak hidup dalam keadaan serba  huru hara, pergaduhan, pertumpahan darah berlaku sana-sini seperti yang terjadi di negara-negara lain. Selagi isu ini tak diselesaikan, selagi itu keadaan akan bertambah buruk. Terbaru, gereja dibakar.

Kalau hari ini gereja dibakar, esok apa pula? Pembunuhan? Maka sebab itu aku minta sangat-sangat pihak yang berkenaan segera tamatkan isu ini. Dan aku juga tak faham kenapa penganut Kristian nak gunakan nama Allah dalam agama mereka? Berapa banyak kali perlu diulang, agama Islam agama rasmi di Malaysia? Isu agama isu yang sensitif. Kenapa perlu isu agama dibangkitkan sehingga menimbulkan api kemarahan? Isu penggunaan nama Allah ini aku ibaratkan bagai menuang minyak di atas api yang bernyala.

Kalau perkara ini terus berlarutan, musuh-musuh Islam di luar sana pasti akan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Langsung tak ubah seperti membuka pintu rumah sendiri kepada penyamun untuk merompak. Macam aku cakap tadi, jangan sampai keadaan bertambah buruk. Oleh itu kita sebagai umat Islam, jangan ambil ringan perkara ini. Jalankan tanggungjawab korang selaku penganut agama Islam. Bantah penggunaan nama Allah dalam agama Kristian!

p/s: Jangan kacau singa yang sedang tidur kalau takut dimakan hidup-hidup.

Update! Extra info

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 31% [?]

12 Responses to “Isu penggunaan nama Allah: Usah dipanjangkan lagi isu ini!”

  1. miss lolly says:

    yup sangat betul.

    jgn pnjangkan isu ni lagi. HUHUHU
    miss lolly punya entri [terbaru] ..DIET weh DIET ! My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @miss lolly, bgus laa stuju ngan aku..

  2. hehe, aku pun daa malas nak baca pasal mende2 nie kat intenet.. stuju ngan ko, ape laa yang penganut kristian tue nak senanye?
    samanosuke_04 punya entri [terbaru] ..Bangun dengan Senyuman~~ My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @samanosuke_04, nak cari pasal laa tue.. :D

  3. x suke gaduh2 agama nie.. aritu time taw gereja dibakar, aku trus takut sbb tetibe kne tahan di jalan raya pastu kene bunuh.. menakutkan je isu2 agama nie
    aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Berkahwin dengan Gadis Bumi Kenyalang My ComLuv Profile

  4. arrizz says:

    haa 2la..isu agama nie isu sensitif..mne2 pihak yg cbe bmain dgn isu ne ada mmg ada niat nak buat kcau n porak porandakkn ppaduan n keamanan kt m’sia ne..

  5. x-po says:

    kalau tkt api menyambar, jgn ngada2 bermain api..
    x-po punya entri [terbaru] ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @x-po, haha btol3 tu bro..

  6. erm, sebenarnya kan arizz, nama Allah pun digunakan oleh banyak agama lain. Allah pun tuhan mereka juga, cuma beza nya dari kita, mereka terpesong. Sebenarnya tak salah kalau diorang nak guna nama Allah pun, ada sorang kawan sigh@india aku ni pernah cakap Allah tu tuhan yang satu. haaa bermakna mereka betul percaya pada tuhan. cuma mereka terpesong jer.

    nak kata nama Allah tu hanya Islam yang punya pun tak boleh..kerana mereka juga berhak..

    tapi aku rasa biarlah mufti yang uruskan hal2 ni..orang ketiga yang jadi duri dalam daging ni memang ptt dicari dan dihapuskan sebab saja nak bikin huru hara negara kita.

    arrizz Reply:

    @si lampu neon, btol tue..aku pnah dgr satu ceta yg lbh kurg sma ngan ceta ko..adaa sorg pganut agama lain ne sembah patung tp dlm msa yg sma dia pcya Allah itu wujud..

    dia sembah patung tue pon sbbnye patung tue sbgai medium pgantara antara dia dan Allah..tauhid dia tu ada tp cara dia tu salah..

    aku rasa pggunaan nama Allah kat m’sia nie masih belom praktikal..masih satu isu yg sensitif..sbb tue aku harap golongan cerdik pandai bahasa, agama, sejarah boleh berikan pmahaman yg lengkap pasal isu supya ssemua orang fham n terima isu nie dgn pndangn yg tbuka n bukannya ikut perasaan..

  7. kisahsensasi says:

    bukan sahaja pasal isu nama ALLAH… pasal pelaksanaan hukum HUDUD juga perlu diberikan penerangan kepada semua pihak….sebabnya rasanya non muslim amat takut bile dengar perkataan HUDUD….
    kisahsensasi punya entri [terbaru] ..Bunting tanpa senyawa My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @kisahsensasi, haa btol gak tue..mereka anggp hukuman huhud tue satu bentuk hukuman yg kejam..bla mereka fkir cm2, same goes to islam laa..mgkn jg mereka aggp islam jg kejam pdhl tak..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Panorama Theme by Themocracy

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.