Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali. Harap korang semua dalam keadaan yang baik-baik jer. Amin. Hari nie masa start online, lepas on Facebook, on Kosmo lak nak baca latest news. Tengah sedap belek tajuk news, tiba-tiba terbaca satu tajuk yang menarik, Haram Pakai Jersi Lambang Salib.

Sebenarnya benda nie dah lama dan korang pon mungkin tahu gak hukumnya. Tapi disebabkan melayu manusia mudah lupa, so aku kongsikan juga tajuk nie sebagai peringatan dan kongsian ilmu/hukum agama (yang mungkin kita terlepas pandang), baik untuk diri aku sendiri mahupun korang. Tapi sebelum tue, tarik nafas dulu. Aku tahu nada aku serius sebab kita tengah bercakap pasal hukum agama, nada kena seriuslah kan. Kalau nada main-main, apa lak orang kata. So, sabar jer la ye.
Haram Pakai Jersi Lambang Salib, Kosmo, 18 Julai 2010
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Jersi Brazil, Portugal, Sweden, Norway, Manchester United dan Barcelona adalah antara contoh jersi yang dikatakan mempunyai imej-imej yang dimaksudkan. Korang ada tak jersi-jersi nie? Kalau ada, korang tahu kan apa korang patut buat, hehe. Aku tak suruh korang bakar ea. Fuh, aku baru plan nak beli satu. Apapun, kalau pakai jersi yang ini, gerenti boleh dan lepas punya,
.

Kredit: Zon Bebas( Segalanya Ada Di Sini)

{ 9 comments… read them below or add one }
tau takpa.. sebab tu aku tak suka pakai jersi
.-= luth textile punya entri [terbaru] ..4 Perkara yang perlu lakukan setelah dapat lesen memandu! =-.
jersi malaysia xde..
hehee
.-= Pachenko punya entri [terbaru] ..SERONOKKAH MANJADI SEORANG HACKER =-.
@Pachenko, tu yg bgusnye msia nie wlupun world cup xlepas..
tuh la. kadang kita memang terlepas pandang tentang perkara yang macam ni.
Nampaknya beli jersi badminton jer la, huhu =P
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Naik =-.
@hafidz, pkai jer jersi mcm kt atas tue..hehe
jgn la pakai baju gambar pelik2 dan was2
tengkorak,logo entah apa2
da lama tau bende nih…bagus la ade org mengingatkan lagi
.-= jack punya entri [terbaru] ..10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda =-.
wan..
lebih baiknya kite xyah fanatik sgt! :-[)
.-= Pachenko punya entri [terbaru] ..WANG ITU BUKAN SEGALANYA =-.
@Pachenko, yup fanatik cket2 sda..