Sabtu dan Ahad lepas sememangnya hari yang memenatkan. Mana taknya, dua hari keluar KL berturut-turut. Ke mana? Mana boleh bagi tahu korang, hehe. Dan sepanjang hari nie pula, aku terlentang sehari suntuk atas katil. Bantai tidur sebab penat sangat punya pasal. Entri kali nie aku akan cerita apa yang menarik terjadi pada aku sepanjang 2 hari tue. Rasanya nie laa first time aku tulis entri personal. Tak apa kan. Korang layankan jer laa, hehe.

Cerita 1: Aku dan KTM tin sardin
Kisah bermula di KTM Bangi. Masa mula-mula sampai, orang dah ramai berkumpul tunggu tren. Ok fine aku faham, weekend. Biasa laa orang ramai keluar. Tren sampai. Aku memang dah agak tren mesti penuh punya. Nasib baik menyebelahi aku. Dapat gak laa tempat walaupun sempit. Tapi keadaan yang sememangnya dah sedia sempit, menjadi bertambah sempit lagi bila tren berhenti di stesen seterusnya dan seterusnya. Aku tahu laa weekend. Orang ramai naik tren.
Tapi satu benda jer yang aku tak faham dengan orang Malaysia nie. Tak tahu tengok keadaan ke? Orang dalam tren tue dah penyek macam tin sardin, yang korang nak juga masuk tue pasal? Macam laa tren tue satu jer. Tunggu jer laa next tren. Tak lari kemananya KL tue. Aduh.
Cerita 2: Aku salah naik tren
Kisah nie pula terjadi masa aku nak balik ke Bandar Tasik Selatan dari Hang Tuah. Masa tue aku memang dah penat dan ingat nak balik jer. Aku tak aware dengan sebarang announcement. Tren pon sampai dan aku naik jer. Sepatutnya aku naik tren ke Sri Petaling. Aku perasan aku salah naik tren bila tren berhenti kat Miharja. Aku pelik laa. Stesen baru ker? Aku tengok peta laluan tue dan baru perasan tren nie rupa-rupanya ke Ampang. lol.
First time benda nie terjadi kat aku. Sebelum nie tak pernah lak. Nasib baik laa aku nie tak cepat menggelabah. Kalau tak, mesti sesat entah kemana jadinya. Aku pon ambil tren ke Sentul Timur dan berhenti kat Chan Saw Lin. Risau gak time tue takut-takut tersalah naik tren lagi. Memang aku akan mark hari tue hari malang aku laa.
Cerita 3: Aku dan pengemis cina
Kisah nie lak terjadi selepas aku selamat sampai ke BTS. Aku pon beli tiket balik ke Bangi. Masa tengah tunggu tren tue, aku perasan ada kelibat pengemis cina datang dekat orang nak minta duit. Aku rasa pengemis tue perempuan berdasarkan fizikalnya walaupun dia berambut pendek. Mulanya aku malas nak entertain tapi akhirnya dia datang berdiri depan aku. Terkezut gak aku 2 saat. Kalau dah namanya pengemis, ayat pon mesti laa mengemis.
Dia tanya aku orang Melayu ke. Aku just angguk. Dia cakap dia tak dapat kerja lagi. Dalam hati aku cakap, rupa macam nie orang nak ambil kerja? Pui! (ayat nie aku buat-buat jer, hehe). Dia cakap dia tak makan, tak ada duit laa. Disebabkan penat dan malas nak layan, aku bagi jer sejumlah duit. Dia pon blah. Aku perasan ada seorang brader duduk sebelah aku tadi pura-pura buat call. Agaknya tak nak kena kacau dengan pengemis tue laa. Lepas pengemis tue blah, dia pon duduk sebelah aku balik. Wah, taktik yang cantik.
Cerita 4: Aku, member aku dan giant teddy bear
Tak banyak sangat benda yang terjadi kat aku Ahad tue. No more issue on KTM. Perjalanan smooth jer. Ahad tue aku keluar dengan member aku. Dia minta temankan beli hadiah. Still kat area yang sama, ke hulur ke hilir cari giant teddy bear. Lepas hampir sehari suntuk cari giant teddy bear tue akhirnya jumpa gak. It costs him nearly RM 3++. Memang betul-betul giant + comel + sangat sedap dipeluk dan dibawa tidur. Terfikir gak nak hadiahkan si jantung hati teddy yang sama, hehe.
Giant teddy dah jumpa. Tapi satu hal lagi, nak cari kotak untuk simpan si teddy tue. So ke kulur ke hilir lagi cari kotak yang sesuai. Jumpa gak tapi tak cukup besar untuk si teddy. Apa lagi, terpaksa sumbatkan jer laa si teddy. Cian teddy, hehe. Masa tunggu nak masukkan si teddy dalam kotak, aku perasan gak pekerja-pekerja perempuan dan gadis-gadis yang lalu lalang dalam kedai tue pandang si teddy dengan penuh minat. Agaknya nak satu macam tue gak laa. Perempuan kan suka benda-benda comel macam teddy nie.
p/s: banyak gak duit aku habis keluar sepanjang 2 hari tue. Aiya, baru ingat nak berjimat.

{ 14 comments… read them below or add one }
hooo… begitu rpnye aktiviti ko di ujung minggu…
dlu time aku pnh part time kt memory lane, ade gk org nk bli teddy besau gedabak tu… super besar smpi aku xtaw nk wrapping cmne.. pyh2
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Malam Pertama. =-.
@aifa-cho chang, haha cian ko weh..ari tu aku tgk pkerja cina tue nak wrap pon pyah giler..nak kne guna 2 org tue nak wrap giant teddy tue..
wehh aku rasa aku jumpe pengemis sama camtu kot.. masa tu aku kat mines..ade sorang cina ni..rambut pendek kot nampak cam laki jer…pengemis..
aku tgh makan mcd time tu..pastu dia dtg..tolong bagi sikit makanan, saya tak makan lagi..
aku cam
senyap jer..
bukan taknak, kasi tapi takut tgk gaya dia…
@neon, member aku pnah jmpe pgemis yg sama dlm citer ko ne kt mines gak..dia siap gaduh ngan cina tue g..sbb xnak bg duit pnye pasal..nsib baik awek dia g tenangkn dia..klau x, maunye bengkak mgbengkak muka pgemis tue..
uish macam2 cite.
paling menci berebut dgn orang ramai naik tren tu . ghase nak wat tren sdri. HAHAHAHHA
.-= miss lolly punya entri [terbaru] ..* TERIMA KASIH SAYANG * =-.
@miss lolly, haa sme laa..tu pasal aku ske g gerabak depn, xramai org..pnah skali aku tgk org main tolak2 padahal time tue ada sorg passenger yg pregnant..aduh, ksian aku tgk..
kekadang.. mse hujung minggu pown masalah gak.. macam2 dugaan datang.. dari makwe, dari komouter, dari TV etc.. fuh.. camne bro arizz??
.-= Frantz-Senpai punya entri [terbaru] ..FAT or fast =-.
@Frantz-Senpai, haa stuju..hujung mggu ne org kata mggu utk lepaskan penat..tp klau xkne ngan mggunye, mcm2 bnde bleh jdi..cnthnye mcm aku ne laa.. :aie:
giant teddy bear?
belila kat GIANT =D
.-= balqis punya entri [terbaru] ..Contest 3G =-.
@balqis, eh, pulak dah..
tak pernah lg aku salah naik tren.. kalau salah masuk kelas tu pernah la.. ahaha.. malu giler..
.-= ezany punya entri [terbaru] ..Kempen Bantu Adik Ammar =-.
@ezany, aritu aku penat sgt..ingt nak blik jer..g pon sblom ne xpnah g aku slah naik..
eh ye?haha malu seh..
haha..
kejadian train da terjadi da kt ak, baha ngn azim..
neway…teddy sape??? azim ke epy
@lepat, mmber aku yg stdy kt upnm pnye teddy..
{ 1 trackback }