Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali. Harapnya penyokong-penyokong Itali dah recover daripada shock kerana semalam telah menyaksikan tumbangnya juara dunia tahun 2006 itu di bumi Afrika. Jangan pula lepas nie terus tak layan bola ya. Memandangkan team korang dah kalah, apa salahnya korang sokong Brazil pulak kan. At least boleh cover kekecewaan korang tue, hehe.
Berbalik kepada tajuk cerita (asyik asyik cerita bola jer, bosan la pulak kan), apa yang korang tahu pasal hijab? Betul tue, hijab ialah sejenis pakaian (tudung). Tapi aku bukan nak bercerita pasal tue, hijab yang lagi satu tue. Ya, hijab pandangan. Hijab dalam bahasa mudahnya bermaksud tirai, tabir atau dinding bertujuan menutup, menghalang serta menyekat pandangan.
Hijab pandangan (menurut pemahaman aku) merupakan dinding yang menghalang kita daripada melihat benda-benda ghaib seperti syaitan, jin dan yang seangkatan dengannya (sesuatu yang bersifat ghaibiah). Faham kan maksud aku? Simple jer aku terangkan tue. Tapi apa kena mengena hijab dengan Pierre Andre pulak?

Sebelum tue aku nak tanya korang dulu, apa akan jadi kalau hijab (pandangan) kita dibuka? Dapat bayangkan tak apa yang akan terjadi (apa yang kita lihat selepas itu)?
Haa, itulah antara inti pati filem seram terbaru arahan Pierre Andre yang bakal keluar panggung tak lama lagi. Bagi peminat cerita seram macam aku nie, filem nie wajar diberi perhatian sebabnya nie hasil buah tangan anak tempatan walaupun ceritanya mungkin tak jauh beza dari filem seram, The Eye. Lagi satu sebabnya, Pierre Andre anggap filem nie lebih kawww dari karyanya sebelum nie, Jangan Pandang Belakang. Entah betul ke tak, kenalah tengok nanti ya.
Hijab yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Kluang itu tidak teragak-agak memilih lokasi yang sememangnya ‘berhantu’ dan terkenal sebagai tapak ‘permainan’ makhluk halus itu termasuk bangunan kuarters polis yang sudah ditinggalkan lebih 20 tahun, kawasan rumah lama yang mempunyai kisah seram dan kawasan rekreasi Hutan Gunung Belumut.
Petikan dari myMetro
Aku tak pasti sama ada nak tengok filem nie kat panggung or tak sebab kalau ikutkan rekod aku, aku tak pernah tengok lagi cerita Melayu kat panggung
.

{ 12 comments… read them below or add one }
cerite nie sikit sebanyak de kene mengene ngn sejarah hantu kat kluang..hishhh..
akan tgk sebab nak tgk kluang…hahaha..
.-= alynnmalynna punya entri [terbaru] ..refill untuk printer canon pixma ip1980 =-.
@alynnmalynna, anak negeri johor ker? tgk jgn xtgk..
hahaha..
england jmpe germany 2nd round..
hahaha..
wei..
.-= Pahenko punya entri [terbaru] ..WONDER GIRLS – NOBODY (MALAY VERSION) =-.
cter ni aku xsbar nk tggu..
msti bes gleer..’
cpt2 r ko dwnload..
hehe
@Pahenko, kne tgk la klau cmtu..
nnt klau dah kluar n ade link nak dwld..aku dwld la..hehe
nanti wat review. klo mengancam mest tgk gak nih
.-= jack punya entri [terbaru] ..Tiada Lagi Jerawat di Muka- =-.
@jack, bleh jer..hehe..
xnk tgk! citer hntu mnktkan.. hoho
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..My Weddings Wishlist =-.
Emmm kalau sodap nak tengok gak.
harap x membosankan
@Wan Perlis, ye hrapnye gitula..malay film, ade stereotaipnye yg tsndri..
pierre andre memang tak boleh lari dalam menghasilkan filem paranormal, heh
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Kord Gitar – Azlan -amp The Typewriter Kelibat Si Penyair =-.
wauuuuu xcbr nk tgk…… coz aku pun org kluang