Salam sejahtera kepada rakyat 1Malaysia sekalian. Wait what. Malaysia or 1Malaysia, which one is correct? Last time seingat aku, aku still berpijak di atas tanah diberi nama Malaysia but nowdays aku selalu dengar orang sebut 1Malaysia. Even news kat tv pun each time the pemberita nak start, dia pasti akan bagi salam. Not the assalamualaikum or salam sejahtera seperti yang sepatutnya but salam 1Malaysia. Dafaq?
Bercakap pasal Malaysia, one thing for sure yang sangat menarik perhatian aku ialah tak lain tak bukan, industri perfilemannya. Kalau ikut logik akallah kan, antara industri filem barat dengan industri filem Malaysia, tutup sebelah mata sure orang akan pick filem barat. They got Playboy, G.I Joe, Transformer, Harry Potter, Iron Man, Superman, Ultraman dan banyak lagi.
Here in Malaysia we got what? Cicak Man? Boo. Even Superman yang bodoh pakai spender kat luar tue pun jauh lagi cool dari Cicak Man. At least badan dia ketak-ketak dan dia datang dari planet yang tak wujud di dalam sistem solar kita which is even cooler, compare to Cicak Man yang kurus kering yang kejadiannya berasal dari seekor cicak yang masa kecil dulu kita selalu lastik tiap kali tiba malam jumaat. Dan MANTERA pula, apa cerita sekarang?
Tapi atas dasar patriotisme yang disemai seawal persekolahan dulu, aku turutkan jua hati untuk sokong industri filem tempatan despite the fact that industri filem barat lagi best. Sekali lagi, aku sokong industri filem Malaysia. Aku bukan anti. As for the record, aku pernah tengok Jangan Pandang Belakang Congkak 2 di panggung and that was the last time I ever watched malay movie in cinema. Tengok pun sebab ada Lisa dan Nora. Kalau tak, haramlah nak tengok. #truestory.
Benda nie macam bola sepak jugalah. Kita sokong Manchester United, Chelsea, Arsenal atau Liverpool tapi dalam masa yang sama kita juga menyokong bola sepak tempatan walaupun tahu EPL lagi best dari Liga Malaysia. Kita tetap sokong skuad Harimau Malaya yang berada di ranking 147 walaupun tahu nak menang Piala Dunia adalah mustahil (?).
Okey, enough for the introduction. Panjang betullah pulak. Overexcited-lah katakan, haha. Baiklah, apa yang aku ada untuk korang dalam entri kali ini? Aku nak bawa korang time travel ke masa hadapan.
Industri filem Malaysia 10 tahun akan datang…
Hantu
Komedi
Apa yang korang nampak hah? Hantu dan komedi? 2 genre tue jer? Ish ish ish biar betul. So pitiful-lah kalau macam tue. Kalau sekarang fesyenlah inilah yang kita nampak, takkan 10 tahun akan datang still fesyen yang sama?
Hantu. Untuk part yang nie, korang boleh refer Kenapa Malaysia suka buat filem hantu? Cuma aku nak tambah sikitlah. Nak hasilkan filem hantu nie tak perlukan bajet yang tinggi. Kos produksi yang rendah tapi pulangan yang lumayan. Hanya bedak sejuk yang diperlukan untuk mekap hantu dan sebiji DSLR sudah cukup. Latar pulak tak perlu sampai nak ke luar negara. Cari jer rumah lama, flat terbiar atau kampung terpencil. Perfect.
Komedi. I like komedi as much as filem seram/hantu. Lagi-lagi kalau komedi yang ada mesej, not komedi tin kosong semata-mata. Bunyi lebih. Isi tarak. Filem komedi nie best sebab boleh gelak sakan. Best kalau tengok dengan kawan-kawan and gelak tak ingat dunia sampai cramp rahang. It’s one of the ways to berhibur and feel happy. Secara tak langsung boleh kurangkan tekanan perasaan dikala stress buat assignment atau gaduh dengan awek.
But, wait. Apa masalah aku sebenarnya?
Actually apa yang aku cuba nak sampaikan ialah aku nak tengok lebih banyak genre filem yang dihasilkan di Malaysia nie. Kalau korang fikir entri nie bersifat nak luahkan rasa benci aku terhadap 2 genre filem di atas, dalam masa yang sama nak rendahkan industri filem tempatan, bull’s eye. Korang silap.
Kedua-dua genre ini tak akan wujud kalau tak ada permintaan dan market. Nak salahkan pembuat filem, no no no. Korang pun ada salah. Kalau bukan sebab korang, filem-filem seperti nie tak akan dihasilkan. Lagi satu sebab faktor bajet. Filem genre seram atau komedi bajetnya rendah kalau nak dibandingkan dengan filem sejarah, aksi atau perang. Kalau aku pembuat filem pun mesti aku akan buat filem yang bajetnya rendah tapi pulangannya masyuk.
Seriously aku bukan nak tengok filem seram atau komedi nie hilang dari peta industri perfileman Malaysia. Aku akui filem-filem seperti nie memang laku dan menyerlah di Malaysia dan penerimaanya super impressive. Aku sendiri pun layan. I would say that kekuatan industri filem Malaysia lies pada kedua-dua genre ini. Cuma aku nak tengok ahli keluarga mereka nie bertambah dari 2 maybe kepada 10 ke? Banyakkan genre lain.
Aku salute usaha yang dilakukan KRU bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa untuk memeriahkan film scene di Malaysia. Diorang nie got cojones, sangat berani tampil dengan genre filem yang berlainan, yang berat lagi besar, sanggup berdepan cabaran, bikin filem berbentuk sejarah which market-nya hampir tiada di Malaysia. Sangat rare ada filem seperti ini di Malaysia. KRU terbaik! Kudos for that.
Of course korang (pembuat filem) punya alasan will be, “Bodohlah kau nie. Buat apa hasilkan filem yang tak ada market? Fikirlah. Bodoh!” Habis KRU tue tak bodoh ke? Memang kita buat filem nak kena tengok market dulu. Kalau tak ada market memang rugi jer buat filem. Well that kind of alasan is only for those yang kejar duit semata-mata dan bukan atas niat untuk berkarya. Bagi aku pembuat filem sejati ialah mereka yang ada passion berkarya melalui filem. Karya first, money later. Macam KRU.
Aku nak tengok tahun-tahun mendatang lebih banyak genre filem berlainan yang keluar panggung. Cubalah buat filem selain daripada filem hantu atau komedi. Aku nie dah naik bosan tiap kali keluar tengok wayang mesti tengok cerita inggeris. Aku nak juga tengok cerita melayu tapi apakan daya, cerita asyik sama jer. Menyampah.
Cubalah buat filem aksi ke perang ke thriller ke yang 100% pure. Jangan bagitahu aku tak ada idea nak buat filem macam tue. Aku tengok banyak jer novel yang best kalau dijadikan filem. Hatiku di Harajuku contohnya oleh Ramlee Awang Murshid. KL Gangster?? No no no. Itu belum cukup pure lagi sebab ada Zizan. Zizan even buat muka habis gangster pun orang still gelak.
Boleh jer buat filem hantu atau komedi tapi ubahlah style filem tue. Ubah dan pelbagaikan jalan cerita, teknik dan apa-apa yang berkaitan. Kalau filem hantu sebelum nie tentang hantu itu sendiri, apa kata try pendekatan yang lain pula, manusia itu sendiri sebenarnya hantu. Tak pun buat penonton itu rasa diorang macam hantu. Try something out of the box, lawan arus. Tukar persepsi orang ramai terhadap genre-genre seperti ini.
Sebelum aku stop, memang betul cakap itu senang buatnya susah. Tapi harus untuk korang faham aku tulis entri nie atas tiket peminat filem. Pendapat atau pandangan hina semata-mata. Honestly aku tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir pembikinan sesebuah filem, proses/prosedur yang terlibat, peralatan yang digunakan (boom mic jer aku tahu), pemilihan skrip, pelakon, latar tempat and so on. Let alone ada degree dalam mass comm atau art.
Yang aku tahu, tengok filem jer then menyalak dalam blog komen itu ini. Itu sajalah yang aku mampu buat. Anyway, in short, buat pembuat filem, adalah besar harapan aku untuk melihat industri perfileman Malaysia berkembang sekembang-kembangnya. Aku nak tengok lebih banyak filem selain daripada filem hantu atau komedi. Macam aku cakap di awal tadi, takkan selepas 10 tahun pun still fesyen yang sama?
One thing for sure, I give my full support on this…but in a different way. Let show the world what Malaysia is capable of! :D





{ 15 comments… read them below or add one }
filem komedi dan seram ni asal keluar je pecah panggung.. tak boleh nak buat apa. majoriti orang malaysia suka tengok cerita macam ni
Terbakor punya entri [terbaru] ..Penyanyi Lagu Cinta Melankolia, Ann meninggal dunia
yang tue memang tak dinafikanlah..filem2 genre lagu tue pon keluar sebab demand rakyat malaysia nie..tak boleh blame-lah..
yang pasti Adnan Sempit 2 akan aku pi tengok..ahahaha
yang lain lain tu, industri filem Malaysia agak mengecewakan. Hantu Kicap Dalam Botol? Fffffuuuuuu
syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Tutorial Penggunaan Sygic GPS Navigator Di Android ANDA (Peta Malaysia)
Hantu Kicap Dalam Botol best ke?
dalam setahun tu drpd berpuluhan filem yg diterbitkan, 1 2 filem saja yg blh dikatakan berjaya menarik penonton dgn jalan cerita yg berlainan. ni balik-balik cerita hantu yg mcm kartun. kita perlukan karya yg berlandaskan kritikan sosial, komedi yg bersahaja berteraskan komuniti kita. kebanyakkannya jln cerita lbh kurang sama saja. *pendapat je ni*
dan antara pengarah yg memberikan jln cerita yg berbeza dlm cerita mereka adalah Mamat Khalid. mcm dlm cerita HKLBR. tu antara yg tak jemu ditonton. berbeza jln ceritanya.begitu juga dgn Afdlin Shauki. dan kalau KRU pula, filem mereka yg amat jauh ke hadapan. amat menarik.
ni pendapat saya sahaja.
kalau dulu karya menarik drpd arwah Yasmin Ahmad. kini, susah lagi karya seperti arwah punya.
harap industri perfileman negara terus berkembang dgn pesat. !
ariffnizam punya entri [terbaru] ..ISU : Kisah KFC, Rasis & Emosi
+1 for that bro..setuju ngan point ko..karya filem di malaysia sekarang perlukan sentuhan out of the box..lari daripada karya2 berbentuk tipikal..bagi aku nak stay dengan genre2 seperti seram dan komedi yang diterima ramai oleh rakyat malaysia nie tak salah, go on tapi come out-lah dengan storyline yang ada wow faktor..storyline yang orang tak boleh predict..
ini tak, filem2 seram/hantu yang ada sekarang kebanyakkan jalan cerita awal2 lagi penonton dah dapat predict..secara tak langsung boleh buat orang hilang interest..
Penerbit takut nak keluarkan cerita yang lain dari yang lain. Kalau buat cerita komedi dan hantu, pasti pecah panggung. Untung juta-juta lepastu nak dipiretkan pun lantaklah. Bila buat cerita pelik-pelik yang tak ada market atau tak ada orang nak tengok, dahla rugi kena cetak rompak plak tu. Kan kita negara cetak rompak no 1 dunia.
Cikgu Hairul punya entri [terbaru] ..Pemuda Dan Ayam KFC
haa tue la masalahnya..its a really big risk..risiko besar tue kalau tampil dengan filem yang tak ada market..tapi bagi aku at least give it a try-lah..buat filem nie sama saja macam berniaga..ada risikonya..kalau tak berani ambil risiko, sampai bila pun tak maju kan..
malaysia no1 dunia cetak rompak? wow, aku tak tahu lak bro..ingatkan negara China..
Industri filem Malaysia 2-3 tahun kebelakangan nie boleh dikatakan bertambah baik. Tapi macam bermusim pulak. Bile genre seram….semua nak buat seram. Kualiti emmmm tak dapek nak cakap.
Kamal Mustafa punya entri [terbaru] ..Wordless Wednesday 30 – Deretan Sisha
itu satu lagi masalahnya, bermusim..lagi teruk musim tue boleh menjangkau sampai ke setahun pulak tue..
diorang takut rugi maa bila buat filem..
titan punya entri [terbaru] ..Komisen ke 8 dari Triond
keadaan ini berlaku sebab diaorang tengok pasaran je tapi bila fikir-fikir balik sampai bila nak macam ini.Sebagai contohlah cerita seram Malaysia tak payah cakap sapa hero dia aku dah tahu yang hero dia adalah Tok Imam.hanya dia yang boleh halau hantu.hero sebenar dalam itu bodoh aja.bagus tak payah buat filem kalau hanyak tok imam sahaja yang dapat halau hantu.
LawrenceVision punya entri [terbaru] ..Jom Cuba iPod nano & infuse for iPod nano
Filem Malaysia masih ada yang berkualiti.
nizamghazi punya entri [terbaru] ..Angel Dreams : Cita-Cita Yang Pasti
Apa yang penting adalah jalan cerita dan cinematografi.
Aku bagi contoh macam Songlap. Seriously memang terbaik bagi aku.
Untuk jangka masa panjang, harap pembikin filem melayu khususnya lebih menerapkan
jalan cerita dari havoc di iklan2 atau menampilkan bintang2 hot.
Sebab bila sekali orang tengok dan rasa best, maka sampai bila2 orang suka.
http://www.youtube.com/watch?v=LmYO_EJ1580
Salam,
ini berita daripada filem Mantera, yang akan ditayangkan pada 17-05-2012
http://youtu.be/Tj81MI5dsx4
dan ini pula drama melayu yang akan keluar di tv. (cerita lain, tapi perlu diambil perhatian, kerana nampak meyakinkan!) :DD
http://youtu.be/m7JR15DGbIk
terima kasih.