Siapa sangka dari hanya sekadar sebuah iklan sahaja, kini Everyone Connects – Through My Window telah menjadi fenomena luar biasa di Malaysia sehingga mencetuskan kegilaan pada ramai orang. Segala-galanya bermula pada 18 Oktober 2009 yang lalu. Syarikat-syarikat media menerima sampul surat misteri mengandungi sebuah CD lagu berjudul Through My Window berserta URL, everyoneconnects.net dan sebaris mesej, “open for collaborations“.

Sound like a blackmail to me, haha. Just kidding laa.
Dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM), klip video lagu tersebut telah berjaya memikat hati orang ramai melalui mesej yang terkandung di dalamnya, Connection Makes Anything Possible. Hanya dengan 3 langkah sahaja, Connect, Communicate dan Colaborate, yang mustahil boleh jadi tak mustahil.
Dalam erti kata yang lain, mesej yang sebetul-betulnya yang aku dapat lihat ialah bersatu hati atau dalam bahasa yang up sikit, perpaduan. Iklan nie mengajak kita, kalau bersatu hati, apa-apa sahaja boleh kita capai melalui hubungan. Nak buat demonstrasi bantahan? No hal laa, janji korang bersatu hati, pakat ramai-ramai.
Dalam konteks 1Malaysia pula, apa lagi kalau bukan perpaduan. Tak kira laa kita nie berbeza warna kulit ke, agama ke, fahaman politik ke, yang penting kita bersatu hati maka perpaduan pun terjamin. Siapa cakap dalam satu event, Melayu, India dan Cina tak boleh berkolaborasi? Boleh apa.
Bak kata Wonderpets versi aku, ” Apa yang penting?”
“Bersatu hati”
Apa pun, mesej yang terkandung juga mungkin lebih dari apa yang kita dapat lihat. Ia bukan sekadar lagu atau klip video sahaja, tapi ia lebih dari itu. Kalau semalam dalam Metro, kita dapat lihat orang ramai, muda mudi, belia dan warga emas (?) berkumpul di Bukit Bintang menjayakan program sing-along Everyone Connects – Through My Window ini, siapa tahu akan datang diorang buat yang lagi gempak dari tue. Mungkin tour ke lepas nie.
Aku petik sikit kata-kata Metro bertarikh 23 November 2009 semalam;
“Sekiranya kita mengimpikan perubahan dan pembaharuan, inilah masanya kerana segalanya mungkin menerusi hubungan”
Cantik jer ayat nie kan. Syabas dan tahniah pada TM sebab berjaya menjayakan event sing-along tue. Ramai tue yang pergi. Yang pasti, saham Buckface lepas nie akan melonjak-lonjak. Murah rezeki betul diorang nie. Tahniah!
Inginkan lebih hubungan? Klik everyoneconnect.net
Extra Everyone Connetcs – Through My Window:
Flash Mob Dalam pawagam KLCC? (U) di IkanStim.
Kejadian Huru-Hara di Bukit Bintang di IkanStim.
(credits go to IkanStim)
p/s: Mungkinkah tercetusnya satu revolusi pula nanti?

{ 6 comments… read them below or add one }
ah.. u linked me. toche2. haha
@ikanstim, org kita bah kn,mst tulung2..
waah tak tahu la plak dia jadi on street hahaha cool plak.
@Neon, aiya..yup2 mmg cool giler.. :-[)
naz sampai buat lagu tu jd ringtone. hehe. best2
@nazra, ye?wow..hehe..
stuju,lagu dia mmg best.. :love: