Dragon Ball AF – siri terbaru selepas Dragon Ball GT

by arrizz on February 21, 2011

Salam sejahtera. Mengimbau kembali kenangan lalu (ceh), Dragon Ball merupakan siri kartun kegemaran ramai. Teringat lagi masa duduk kat asrama dulu, kitaorang akan duduk berkumpul ramai-ramai kat bilik tv semata-mata nak tengok Dragon Ball masa hujung minggu. Junior, senior semua ikut sekali. Sempit tue belakang kira. Janji semua happy dapat tengok Dragon Ball, hehe.

Tamat saja siri Dragon Ball Z, Dragon Ball GT pula menyusul. Siri GT ini ramai yang teruja sebab Son Goku boleh menjelma ke Super Saiya 4! Jelmaan paling gempak dalam sejarah Dragon Ball selepas fusion (bergabung). Selepas GT menamatkan sirinya, ramai peminat Dragon Ball yang bersedih kerana beranggapan dengan tamatnya GT, maka tamatlah sudah legasi Dragon Ball. Namun, ia tidaklah seperti yang dijangka. Legasi Dragon Ball diteruskan lagi di dalam siri terbaru, Dragon Ball AF!

son goku

Son Goku Super Saiya 5!

Sinopsis:

Dragon Ball AF berkisar mengenai Xicor yang datang ke planet Bumi ingin mencari Son Goku. Bersama dia adalah seorang wanita yang tak dikenali. Ketika Son Goten dalam perjalanan pulang dari membanteras jenayah di bandar, dia dikejutkan oleh Xicor yang muncul dan menyerangnya secara tiba-tiba. Impak kuat dari serangan itu menarik perhatian Son Gohan dan lain-lain, lalu mereka pun bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya mereka di sana, berlaku sedikit pertengkaran. Keadaan bertambah keliru apabila Xicor mengaku bahawa dia dan Son Gohan serta Son Goten adalah adik-beradik. Kenyataan Xicor dikuatkan lagi oleh Lila, wanita yang bersamanya yang kemudiannya mengaku ibu kepada Xicor. Apakah sebenarnya yang berlaku? Benarkah Xicor anak kepada Son Goku? Dan paling penting, adakah Son Goku telah bermain kayu tiga? Jeng, jeng, jeng.

Menariknya mengenai Dragon Ball AF ini adalah:

  1. Ada 6 peringkat jelmaan Super Saiya. Wow!
  2. Fusion menggunakan anting-anting melibatkan 3 orang!
  3. Son Goten mempunyai anak.
  4. Bezita dan Trunks bergabung.
  5. Goten menjelma menjadi Super Saiya 4.
  6. Gohan menjelma menjadi Super Saiya Mistik.
  7. Goku mempunyai keupayaan seperti Shen Long, boleh menunaikan permintaan.
  8. Goku menjelma menjadi Super Saiya 5 tetapi hilang kawalan lalu bertukar menjadi jahat. Bezita  mengambil peranan sebagai hero.

Macam mana? Gempak kan? haha. Dan berikut pula beberapa fakta mengejutkan mengenai Dragon Ball AF.

  1. Dragon Ball AF hanyalah sekadar karya fan-made.
  2. AF mempunyai beberapa maksud, antaranya, After Future, Alternate Future dan Another Future. Dan paling LOL bermaksud, April Fool, haha.
  3. FUNimation (website berlesen yang bertanggungjawab menyiarkan DB secara online), Toei Animation (syarikat animasi yang bertanggungjawab ke atas pembikinan DB GT) dan Akira Toriyama (pelukis DB) telah mengesahkan bahawa mereka tak ada kena mengena dengan siri Dragon Ball AF ini.
  4. Toyble adalah pihak yang bertanggungjawab menghasilkan Dragon Ball AF versi manga. Boleh baca di sini, Dragon ball AF manga.

Tipah tertipu? haha. Bagi aku, aku melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif. Walaupun AF hanyalah sekadar karya fan-made, manga yang dilukis oleh Toyble ini harus diberi pujian. Ia menunjukkan usaha berani mereka yang mahu melihat legasi DB terus kekal di kalangan peminat setianya. Selain itu, ia juga membuktikan naskhah tahap lagenda telah berjaya meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada mereka yang pernah membacanya. Kalau tak, macam mana AF boleh terhasil kan?

Kemudian, sebagai salah seorang daripada jutaan peminat DB, aku akui DB sememangnya memberi impak yang kuat kepada zaman kanak-kanak aku. Disebabkan DB-lah, aku minat melukis. Sampaikan ke satu tahap, aku pernah berangan mahu menjadi kartunis berjaya seperti Akira Toriyama, haha. Dan disebabkan DB jugalah, aku menggantung keychain Son Goku di beg galas aku dan sedang dalam usaha mencari serta mengumpul kesemua keychain watak-watak lain, hehe.

Korang pula macam mana? Minat DB?

p/s: Rasanya blog nie dah okey kot (?). Kalau okey, baguslah. :mrgreen:

Video – pemberita diserang sawan terkejut.

Korang pasti akan suka:

{ 23 comments… read them below or add one }

suffer8zine February 21, 2011

dah lama terlepas cite ni

Terkini : 10 Jambatan Terpanjang Di Dunia
suffer8zine punya entri [terbaru] ..Ular Albino Berkepala Dua

Reply

Affan February 22, 2011

aku dulu minat.
skg dah tak minat sbb dah tak follow up
Affan punya entri [terbaru] ..Tips berblog bagi blogger yang sibuk

Reply

arrizz February 24, 2011

sama a..padahal benda nie sebelum millenium lagi..

Reply

Kamal Mustafa February 23, 2011

Dulu minat gak tengok….rasanya deman dragoin ball nie melanda kalau ada disiarkan kat tv Malaysia. Kalu tak tak sapa nak tengok pun.
Kamal Mustafa punya entri [terbaru] ..Bicara Kamal – Tokey Ayam Pun Curi Air Ko

Reply

arrizz February 24, 2011

lagi satu sebab komik die sampai ke Malaysia, sebab tue orang tau..

Reply

ARieF February 24, 2011

aku minat smpai z je..
msuk je gtdh mngarut dh cter dia..
agaknye af ni lagi karut cter dia..
haha
ARieF punya entri [terbaru] ..BLOODY MONDAY – KISAH HACKER DAN VIRUS PEMBUNUH

Reply

arrizz February 24, 2011

yang AF nie memang mengarut pon..ada ke patut kaio shin jadi jahat?LOL..

Reply

hafidz March 2, 2011

teringat kumpul komik drangonball.
tersusun rapi kat rak buku dirumah huhu
hafidz punya entri [terbaru] ..Lama Bukan

Reply

Amirez March 8, 2011

owh..DB AF ni karya fan DB rupanya. ingatkan betul2 akira buat sambungan kepada GT.
baru baca manga DB AF ni 2 bulan lepas…menarik. jalan cerita pun best. tu yg betul2 igt akira yg buat hehe.

nice info arrizz. nostalgik betul hehe
Amirez punya entri [terbaru] ..Statistik Terkini Blog Amirez dot com

Reply

sean kingston March 10, 2011

ak ingat btol2 wujud r db Af ni,,siot tertipu,,walau bagaimanapun ak berharap kisah siri komik paling popular di hong kong iaitu wira tunggal dapat dijadikan kartun animasi dan di[tayangkan di tv.

Reply

arrizz March 12, 2011

waa wira tunggal..industri animasi HK macam kurang pendedahanlah..komik diorang best, kalau buat animasi sure gempak..aku pernah terbaca, tony wong ada buat filem animasi untuk komik dia..senjata misteri kalau tak silap..

Reply

FD March 11, 2011

dulu, kini dah selamanya aku tak minat dragon ball
FD punya entri [terbaru] ..Seminar Teknik SPM Mac 2011 – Hari 1

Reply

arrizz March 12, 2011

8O seriously?

Reply

FD March 12, 2011

cuma suka gundam dan FMA jer…
FD punya entri [terbaru] ..Seminar Teknik SPM Mac 2011 – Hari 1

Reply

syahrilhafiz March 11, 2011

ceh, hidup2 aku kena ingat ada episod baru lepas GT :mrgreen: syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Oh! Media FM-Muzik Tanpa Henti Dilancarkan Dengan Rasminya

Reply

arrizz March 12, 2011

samalah, baca punya baca komik die, fan-mda rupanya..tapi not bad-lah..stail lukisan hampir sama dengan akira jugalah..

Reply

SAMiZUL March 12, 2011

Salam… Hai, macam kenal ja empunya blog n cerita kenangan pengalaman tengok Dragon Ball tu, oho3..
SAMiZUL punya entri [terbaru] ..Tag oleh Syafeika Edora

Reply

arrizz March 12, 2011

kenalkah? :mrgreen: ..kenangan tue..in fact, one of the best moment living at hostel..

Reply

Wan March 22, 2011

haha
ingatkan betul2..terlebih gempak plak nak fusion sampai 3 org

Reply

hafiz May 3, 2011

dragon ball AF benar ada, saya pernah lihat di youtube, nanti tak kasi linknya, saya cari dulu….
hafiz punya entri [terbaru] ..sumber dollar untuk desainer grafis

Reply

hafiz May 3, 2011

saya kembali lagi, ini linknya buat dragon ball AF

http://www.youtube.com/watch?v=kBTnKrn6NQE&feature=related
hafiz punya entri [terbaru] ..sumber dollar untuk desainer grafis

Reply

kahfie hugo October 13, 2011

dari dulu ampe krg,, I always liked the story of dragon ball z..

Reply

arrizz December 1, 2011

nice.. :D

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: