Beowulf: Bukti lelaki senang digoda

by arrizz on January 16, 2010

Wallaweh, seminggu aku tak update blog ne. Teruknya aku. Sorry ya kawan-kawan, tak berapa sihat. Kena selsema. Susah nak tulis entri baru sebabnya tiap kali aku nak menaip, hingus (yaks) meleleh keluar tak henti-henti. Eee pengotornya. Rasa sangat tak selesa then mood and idea pon hilang terbang entah ke mana. 2 hari lepas actually dah ok tapi still tak ada idea nak update pasal apa. Lepas solat subuh tadi layan movie Beowulf jap (movie nie dah lama, aku baru nak layan), suddenly dapat idea. Sebelum aku teruskan, movie nie memang best. Siapa tak tengok lagi, pergilah download kat mana-mana movie download punya site (kalau rajin laa, hehe).

Beowulf movie picture

Beowulf asalnya merupakan sebuah karya sastera zaman Old English yang berunsurkan heroic epic. Korang boleh tengok lebih lanjut kat sini. Menampilkan watak Beowulf selaku fokus utama cerita, banyak sebenarnya pengajaran yang kita boleh dapat. Haa siapa kata tengok movie tak dapat pengajaran? Depends pada diri sendiri laa nak ambil pengajaran ke tak. Bagi aku, setiap movie ada mesej tertentu yang ingin disampaikan. Bak kata Nabil Raja Lawak, luh fikirlah sendiri! Aiseh, banyak cakap lak aku nie. hehe. Dan aku dapati Beowulf nak sampaikan mesej bahawa lelaki sebenarnya senang digoda.

1. Perempuan cantik

Lelaki mana yang tak tergoda bila nampak perempuan cantik? Betul tak lelaki? Nature, biasa laa tue. Pantang nampak perempuan cantik, mata terus terbeliak macam nak terlompat keluar,haha. Beowulf adalah bukti paling jelas. Masa first time nampak isteri raja tue, Beowulf terus tergoda dengan kecantikannya dan selalu fikir pasal isteri raja tue sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

Then masa dia pergi ke gua nak bunuh demon a.k.a mak Grendel, lakonan Angelina Jolie. Mulanya bukan main ganas lagi siap sound demon tue. Sekali demon tue muncul dalam jelmaan perempuan cantik, terbeliak mata dia. Paling tak boleh blah, dia dalam keadaan bogel lak tue. (aku dah cukup dewasa untuk tengok scene 18sx ok?). Haa tergugat ‘iman’ dia, haha. Telan air liur laa bai jawabnya. Terbatal niat nak bantai demon tue.

Angelina Jolie in Beowulf

2. Ayat manis dari perempuan

Siapa kata hanya lelaki saja yang pandai buat ayat manis? Perempuan pon pandai maa. Bila perempuan tabur ayat manis, memang lelaki tak boleh resist laa jawabnya. Nak nak ayat manis tue dari perempuan cantik yang dalam keadaan bogel. Haa, terdiam seribu bahasa laa. Nak tolak pon, siap fikir banyak kali dulu tue. Peluang terhidang depan mata tue beb. Kalau tolak, rugi besar tau, haha.

Ini yang terjadi kat Beowulf. Dah laa si demon tue muncul dalam jelmaan perempuan bogel, dia bagi lak ayat-ayat manis terbaik dari ladang, so Beowulf tergoda and is completely under her spell. Lol. Dan korang memang dapat agak apa yang berlaku selepas tue kan? Haha, bijak bijak. Tak sia-sia mak korang bagi minum susu formula tue, hehe.

Bagi aku, kisah Beowulf nie menjadi bukti bahawa sehebat, sekuat, seperkasa mana pon seorang lelaki tue, akhirnya akan jadi lemah bila digoda dengan perempuan. Mana-mana lelaki pon bila terkena situasi macam si Beowulf tue, rasanya tak boleh resist dah kan. Aku? Harap-harap tak kena laa situasi macam tue. Kalau dah kahwin, lain cerita laa kan, hehe. So, perempuan, jangan mandai-mandai nak goda kami kaum Adam nie. Kami tak tahan digoda!  :o:

p/s: Thanks Google for the pic.

Korang pasti akan suka:

{ 12 comments… read them below or add one }

miss lolly January 16, 2010

eh eh tengok poster je cam beshhhhhhhhh kan :D CUMIL JE.

Reply

arrizz January 16, 2010

@miss lolly, dah tgk ke?try laa tgk citer ne..mmg besh..hehe

Reply

miss lolly January 16, 2010

*link. HAHAHAHAHAH.
.-= miss lolly punya entri [terbaru] ..ADNAN SEMP-IT memang sewel ! =-.

Reply

arrizz January 16, 2010

@miss lolly, link?link dwld citer ne ker?

Reply

si lampu neon January 16, 2010

aku mmg peminat cerita ni..aku tgk wayang dulu rase cam nak melompat2 jer tgk angelina jolie jadi mak dia hahaa

Reply

arrizz January 16, 2010

@si lampu neon, mmg xsgka c jolie blakon watak demon tue,,demon yg seksa.. :bloody:

Reply

dilot January 16, 2010

demon yang seksa ke ko yg terseksa..hehe..
.-= dilot punya entri [terbaru] ..kau cari apa tu dalam blog orang? =-.

Reply

arrizz January 17, 2010

@dilot, aku diseksa..haha

Reply

aifa-cho chang January 18, 2010

mmg dah terbukti kalo nak menang perang pon leh guna pompuan cntik sbgai umpan.. kuasa wanita.. ;p
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Wedding announcement! =-.

Reply

arrizz January 18, 2010

@aifa-cho chang, haha..btol3 tp sbaiknye gunaknlah kuasa tu utk tundukkn seorg lelaki yg bnama suami..baru kena..tak gitu? :)

Reply

jawatan kosong January 20, 2010

Perempuan cantik memang penggoda lelaki :D

Reply

arrizz January 20, 2010

@jawatan kosong, haha stuju3..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: