Antara perkara yang menyukarkan perkahwinan

by arrizz on February 11, 2012

Salam sejahtera. Kahwin. Sebut saja pasal kahwin ramai yang tak senang duduk. Lagi-lagi mereka yang nak sangat kahwin tapi masih belum kerkemampuan secara tuntutan budaya dan adatnya. Faham? Biasanya yang paling tak senang duduk nie siapa lagi kalau bukan kaum lelaki. Sebab mereka inilah orang penting di sebalik tabir sesebuah majlis perkahwinan. Mereka yang banyak menguruskan hal-hal berkaitan, dari hantarannya sehinggalah ke walimah. Tak ada lelaki tak jalan majlis. Betul tak?

Perempuan pula tak dinafikan ada juga memainkan peranan dalam menguruskan sesebuah majlis perkahwinan itu. Cumanya tak adalah seberat beban yang ditanggung pihak lelaki. Beban? Haa inilah yang aku maksudkan dengan belum berkemampuan secara tuntutan budaya dan adatnya. Well kita semua tahu kalau kita berkahwin menurut tuntutan agama, everything will just fine and smooth. Tak ada pening-pening, tak perlu tunggu 2, 3 tahun. Cukup syarat, ada duit buat mahar, buat walimah, jalan.

Tapi masyarakat kita hari nie ada jawapan untuk itu, kahwin lagu tue zaman nabi bolehlah buat. Sekarang, zaman dah berubah. Lain zaman lain cara. And yes for that. Lain zaman lain cara. Kita kena ikut perkembangan, ikut trend. Tak ikut kang dicop kolotlah pula. Ada betulnya juga. Tapi perlu korang ingat, walaupun zaman berubah, agama tetap tak berubah. Maksud aku, nun dari zaman nabi sampai ke zaman sekarang, agama anjurkan bersederhana dalam perkahwinan. Kerana apa? Kerana di dalam bersederhana itu, adanya barakah atau berkat daripada Allah.

Dan hari ini, kita bukan nak sentuh lebih mendalam tentang itu. Kalau sentuh, alamatnya memang panjang dan makin panaslah cerita kita, haha. Biasalah kahwin kan topik yang menarik. Lelaki dan perempuan masing-masing ada pendapat mereka di dalam hal ini. Kita lelaki kalau boleh memang nak buat sejimat yang mungkin dan begitu juga perempuan rasanya. Zaman sekarang kan banyak guna duit. Kalau time kahwin duit dah habis pakai, lepas kahwin nak bagi anak orang makan apa? Pasir? (jawapan tipikal kebanyakkan orang)

So, dalam pada kita memilih nak berjimat dan bersederhana dalam melangsungkan perkahwinan, ada beberapa perkara atau halangan yang menyukarkan kita. Frankly speaking-lah, aku nanti nak kahwin kalau boleh nak buat majlis simple, sederhana saja. Kalau pun meriah, meriah dalam hadnyalah. Bajet 10k tapi nak buat majlis 50k, memang larilah. Aku nak akad kat masjid atau rumah, bertunang tak perlulah kot since aku dah kenal lama calon isteri aku nie. Straight to the point jer. Cut cost, haha. Walimah sekadar jemput saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat. Perfect!

Tapi bila tengok dibawah nie, mahunya berfikir 2 kali nak buat majlis simple. Antara perkara yang menyukarkan perkahwinan:

1. Pandangan orang

Jiran sebelah buat majlis meriah. Jiran depan rumah buat majlis meriah juga. Siapa ada karaoke lagi. Takkan kita nie nak buat majlis simple dan sederhana pula kan? Mestilah ikut trend. Majlis kahwin mesti meriah. Kahwin kan sekali seumur hidup. Yelah bagi perempuan, lelaki still ada baki 3 lagi kahwin tahu? Tak ikut apa yang orang lain buat, jatuhlah air muka. “Apalah anak laki Mak Jemah tue, ada ke baju kahwin pakai jubah jer? Tak ada bajet apa?Pathetic!” Haa orang kita sekarang lebih risaukan pandangan orang berbanding pandangan Allah.

2. Hantaran ikut level pendidikan

Haa yang nie khusus untuk kaum perempuanlah. Hantaran mesti ikut level pendidikan pihak perempuan. Maknanya lagi tinggi pendidikan lagi banyaklah hantaran yang pihak lelaki kena bayar nanti. Aduh pening pening. Dengar kata, perempuan yang ada degree sekarang, hantaran nak at least 10k. Dafaq? Itu aku rasa belum masuk belanja walimah, pelamin, cincin berlian Habib 1 karat, upah make up atau jurugambar dan kad kahwin. Mahu pening dibuatnya. Mana nak cari duit banyak tue.

Tapi kalau betullah hantaran mesti kena ikut level pendidikan, then budak-budak SPM-lah calon paling sesuai dijadikan isteri. Murah pun murah, muda-muda lagi tue, hehe. Lagi, bercakap pasal level pendidikan, ada satu quote yang aku paling suka. Begini bunyinya, tinggi mana pun  seseorang perempuan itu belajar, sampai PhD ke, akhirnya ke dapur juga:twisted: Terbaik punya quote. Siapa punya quote weh? Mengaku cepat, haha.

3. Kedudukan anak dalam keluarga

Mungkin ramai yang tengok perkara nie as a small matter. But bear with me, kedudukan anak dalam keluarga pun antara perkara yang boleh menyukarkan perkahwinan. Biasa lelakilah. Contoh paling dekat aku. Macam aku cakap tadilah, aku kalau boleh nak buat majlis kahwin simple jer tapi disebabkan aku nie anak sulung (pertama), mak aku nakkan majlis yang meriah. Serius, aku pernah tanya mak aku tentang hal nie.

I cant say NO to that. Mak aku tue weh. Aku sayangkan mak aku. Apa-apa yang boleh buat mak aku gembira, aku akan cuba buat. Afterall, restu mak ayah tue sangat penting untuk perkahwinan yang lebih berkat. Kena ingat, kalau bukan sebab mak, tak kahwin kita hari nie beb. So, kalau mak kata nak majlis kahwin sekian, sekian, kenalah ikut cakap mak. Kan? Kalau ayah pula, sempoi, asalkan korang kahwin. Itu jer, hehe.

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Itulah sajalah, entah korang baca habis ke tak. Kalau korang ada nak tambah, silalah jangan segan. Mungkin korang ada point yang aku tak terfikirkan, korang boleh kongsi dalam ruangan komen dibawah. Sebelum aku end this, mungkin ada antara korang “Kecohlah mamat nie. Aku anak orang kaya. Banyak duit, punya suka hati akulah nak buat majlis grand. Ko apa ada hal sibuk suruh orang kahwin jimat? Loser!”

Well, tak salah buat majlis yang meriah atau grand. Kalau korang anak PM ke, kerja gaji besar ke, bawa kereta Bentley ke, nak buat majlis kahwin besar-besaran, go on. Tapi kena ingatlah, know the limit. Apa yang penting ialah selepas perkahwinan tue. Kalau nak dibandingkan, lepas kahwin tue lagi banyak guna duit. Korang kena secure isteri korang rumah yang selesa, ada kenderaan, ada simpanan dalam bank. Lagi banyak guna duit bila dah ada anak. Kalau semua dah prepared, alhamdulillah.

Sekian  :D

Korang pasti akan suka:

{ 15 comments… read them below or add one }

titan February 11, 2012

haha..jom kahwin ramai-ramai..
titan punya entri [terbaru] ..Lelaki kacak sedang demam selsema.

Reply

arrizz February 15, 2012

jom2..kahwin ramai terbukti sangat mengjimatkan kos..hahaha

Reply

Juan February 11, 2012

first time sampai sini
Juan punya entri [terbaru] ..October Sky 1999

Reply

arrizz February 15, 2012

ye ke first time..macam dah banyak time jer.. :wink:

Reply

Amirez February 12, 2012

yang jadi ikutan selalunya masalah. kadang2 macam nak bertanding majlis sape paling grand. mak ayah pulak nak letak hantaran tinggi sebab tak nak kalah dengan ‘harga’ anak jiran sebelah. haih…
Amirez punya entri [terbaru] ..IM Hassan Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Reply

arrizz February 15, 2012

itulah bro, keterbiasaan..masyarakat kita hari nie, mana yang jadi kebiasaan, itu yang diikut..contoh dalam hal kahwin nie la..bukanlah nak kata salah tapi kalau nak ikut pun, berpada-padalah..bertanding majlis siapa paling grand, bukan dapat apa pun..lain la kalau artis..dapat publisiti

Reply

Izwan February 12, 2012

kau anak sulung..samalah aku.. orang cakap anak sulung ni biasanya kawen lambat..sebab fikir nak support family sendiri dulu .. :)

benda penting kalau ikut logik,preparation lepas kawen tu lagi mustahak..tapi,adat dan budaya tu macam satu dosa je kalau tak ikut..tak terlalu sakai sangat,tapi biasa-biasa pun ok.. ikut orang kot.. ada yang mampu memang nak belanja lebih sikit.. cuma kesian kalau yang baru2 grad,keje,calon dah ada tapi hantaran je dah puluh ribu..

kalau debat dapat jawapan “duit takde ada hati nak kawen”..
hoho..life..
Izwan punya entri [terbaru] ..Review Lengkap Khas BLOGR MY | Web Aggregator Malaysia

Reply

arrizz February 15, 2012

haha duit takde ada hati nak kawen..direct hit tue ke muka..haha

setuju bro..memang macam berdosa gak kalau tak ikut adat dan budaya nie..sebab benda nie melibatkan perasaan keluarga dan orang sekeliling..tak buat kang, habis dicanangnya cerita kita itu ini..boleh ikut tapi sekadar yang kita mampulah..tak semua ikut, ikut sikit pun jadilah..janji semua happy..

betul gak tue anak sulung biasa kahwin lambat..agak2 bilalah kita dapat kahwin ea? :roll: hahaha

Reply

Izwan February 15, 2012

aku tunggu sampai seru kot.. calon pn takde,tak yah mikir la dulu.. :lol: Izwan punya entri [terbaru] ..Review Lengkap Khas BLOGR MY | Web Aggregator Malaysia

Reply

arrizz February 15, 2012

ala kau cakap jer xde calon..tapi kau tak tau calon ko tengah tengok ko sekarang nie, hehe..mana tahu calon kau tue rupa2nya orang yang selalu berada dekat dengan kau..kau jer tak sedar.. 8)

Reply

Izwan February 15, 2012

hahaha.. ayat biasa nih.. expert nampaknya.. try wat entri bro, secret admire? calon tanpa sedar?. .hehe
Izwan punya entri [terbaru] ..Review Lengkap Khas BLOGR MY | Web Aggregator Malaysia

Reply

arrizz February 16, 2012

expert?haha..biasa2 jer kot..secret admire dah ramai kot kupas..calon tanpa sedar tue interesting..hehe..ko a buat bro..idea ko

Reply

Cikgu Hairul February 14, 2012

Bukan menyusahkan tapi nak bagi nampak gempak. Apa kelas kawin diam-diam, macam kena tangkap basah pulak. Heheheh.

Itu mentaliti masyarakat sekarang. Akhirnya membujang sampai mati dan zina bermaharajalela. Yang kawin buat pinjaman pulak berhutanglah sampai ke tua.
Cikgu Hairul punya entri [terbaru] ..Pemuda Dan Ayam KFC

Reply

arrizz February 15, 2012

aku rasa yang kahwin tangkap basah pun macam meriah gak majlisnya..hehe

membujang sampai mati dan zina bermaharajalela..hmm menarik gak tue untuk dikupas..

Reply

fiezaradzi February 17, 2012

pendapat saya, buat sederhana je.. biarlah apa org nak kata.. cuma, lau lelaki bab wang hantaran tu mmg tak leh buat apa lah.. yg leh jimat masa kenduri, itu pun tak leh kata, sbb brg2 makin lama makin naik..

bab cincin kahwin, beli lah skg, nnti lama2 naik lagi harga emas.. lau anak tokey emas, tak de masalah.. hehe..

tapi itulah, rata2 skg mana2 kenduri mesti ada karok, tapi lau diberi pilihan saya skg, tak nak kot.. dulu kahwin pun tak de karok2 ni.. syukur, sederhana…
fiezaradzi punya entri [terbaru] ..Top Malaysian Blogger Yang Ingin Saya Jadikan BFF

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Previous post:

Next post: