Salam sejahtera. Sekarang Alexa Ranking dah bawah 500k, jadi aku pun ada berani sikit nak tulis pasal ini, hehe. Lagipun dah lama tak kongsi dengan korang entri pasal blog kan. Baiklah, Alexa Ranking, setiap blogger pasti dah sedia tahu apa bendanya Alexa ini. Kalau tak tahu, korang teruskan membaca. Mungkin sedikit input yang aku akan kongsikan ini dapat memberi gambaran tentang apa itu Alexa Ranking.
Alexa Ranking
Dalam pemahaman paling mudah lagi ringkas, Alexa Ranking ini merujuk kepada ranking blog korang. Ranking ini dilihat kepada 2 bahagian, ranking global (dunia) dan juga ranking tempatan, dalam hal ini merujuk kepada ranking blog korang di Malaysia. Macam mana nak tahu ranking blog korang bagus atau tak? Lagi rendah nombor ranking itu, lagi bagus. Contoh terdekat ialah Google yang menduduki tangga pertama dalam Alexa Ranking. Faham?
Dalam entri ini aku bukan nak bercakap lebih lanjut mengenai Alexa memandangkan aku bukannya arif sangat tentang hal ini. Pengetahuan aku tentang Alexa ini hanya sekadar tahu saja, hehe. Berbalik kepada persoalan utama kita, Alexa Ranking – Penting ke? Dulu masa 6 ke 10 bulan pertama berblogging dalam blog self-hosted ini, aku langsung tak ambil peduli pasal Alexa walaupun ada seorang kawan tue dok bising pasal benda nie.
Tapi masa itu, ada jugalah aku curi-curi tengok Alexa Ranking blog nie. Adalah dalam sejuta lebih macam tue. Wow! Jauh giler. Jadi dalam bulan 10 tahun 2010 lepas, aku ambil keputusan nak cabar kejar Alexa Ranking blog ini bawah 500k dalam masa 3 bulan. Alhamdulillah, 3 minggu lepas tercapai juga. Bagi aku, Alexa Ranking nie penting. Ada beberapa kelebihan yang aku dapat sepanjang cabaran mengejar Alexa Ranking bawah 500k nie. Antaranya:
1. Rajin update blog. Tak adalah juga rajin mana sehari sampai 2 3 entri. Dalam seminggu tue adalah dalam 3 ke 4 entri. Okey-lah tue kan? Entri juga perlukan gap masa supaya pembaca dapat catch-up dengan blog kita.
2. Tingkatkan pengetahuan SEO. Dalam berblogging, SEO adalah antara cabang yang mencabar sebab berkait rapat dengan trafik. Walaupun blog aku nie taklah mengejar SEO sangat macam AJL hari tue tapi tahu bermain dengan SEO itu sendiri pun dah kira bagus bagi aku. Kalau ada masa, rajin jugalah aku baca artikel tentang SEO nie. Siap download e-book lagi, hehe.
3. Lebihkan entri bermutu. Aku akui entri-entri yang aku tulis taklah bermutu mana pun tapi setiap kali menulis, aku akan cuba selitkan sedikit input untuk dikongsikan dengan korang. Yelah, dalam ghairah mengejar Alexa Ranking nie, kadang-kadang perihal mutu/kualiti entri itu kita tolak ke tepi. Tak mahulah macam tue ya.
4. Rajin cari bahan/idea. Untuk mengejar Alexa Ranking, blog perlu di-update selalu. Nak update blog pula perlukan bahan atau idea. Kalau masa tue tengah online, bolehlah merayau-rayau kat internet cari bahan. Kalau offline pula, kena paksalah otak nie berfikir cari idea. Antara cara yang aku lakukan, baca news, borak dengan kawan atau perhati keadaan sekeliling.
Itulah antara kelebihan yang kita akan dapat kalau kejar Alexa Ranking. Kalau korang ada nak tambah, silakan. Memang seronok juga kejar Alexa nie. Bila tengok ranking tue makin rendah, rasa best pula, hehe. Di situ sekurang-kurangnya kita tahu prestasi blog kita berada dalam keadaan yang baik. Tapi satu sajalah kita kena ingat, nak kejar Alexa, biarlah dengan cara yang sah dan betul. Faham kan maksud aku? Jadi, korang pula macam mana? Penting ke Alexa Ranking nie?
Video – Duet ayah dengan anak yang sangat cute!


{ 22 comments… read them below or add one }
wah nice info bro..
smoga hajat ko nak bawah 100 ribu tercapai k..
ARieF punya entri [terbaru] ..MAHER ZAIN – INSHA ALLAH MALAY VERSION
amin..ko pon doa2kanlah..bukan senang nak duduk bawah 100k tue..hehe
tahniah ar bro..kot boleh lagi turun nie..
sazuwi punya entri [terbaru] ..Naik Pangkat- Sub Inspektor Sazali Samad
harap-haraplah..amin..
rasanya alexa memainkan peranan dalam menempatkan blog kita dalam enjin carian..hehe..main agak² je sebab banyak keywords kena
chekgu naman punya entri [terbaru] ..Terkejut Bila Siti Nurhaliza Masuk Kelas SayaFuh!
betul gak tue bro..sebab alexa nie berkaitan dengan reputasi gak..kalau reputasi blog tue baik, senang tersenarai kat search enjin..sama macam kat sekolah, kalau reputasi baik, semua cikgu pun rasa senang dengan kita..peluang untuk dapat markah lebih pun tinggi..hehe
dulu2 ambik kisah sangat pasal alexa ranking ni.
tapi sekarang dah rasa malas nak fikir dah
sejak rank 300k dah naik balik ke 400k huhu
Amirez punya entri [terbaru] ..Octopus Pop-Up Flash Diffuser – Berbaloi Baloi
penting jugakla sebab dia bagi inspirasi suruh kasi turun itu no lah… kalau tak , tekanan tuh tak dirasai…. ada jugak advertiser yang take alexa nie sebagai untuk beriklan di blognya…
zik punya entri [terbaru] ..Lohong hitam angkasa yang menakutkan!!
betol tue bro..bila tengok ranking alexa tue makin rendah, rasa semakin seronok lak berblogging..hehe
mestilah penting beb.
kalau dah nama pun blogger, tak pentingkan alexa ranking ni memang ajaib la huhuhu
hafidz punya entri [terbaru] ..Permulaan perniagaan aka Starting a business
dulu rajin gak ar cek. tapi sekarang dah tak berapa rajin sangat. haha~
aman punya entri [terbaru] ..Google Memperlihatkan Pautan Video Pesaing Pada Hasil Carian
kena rajin main SEO la.
baru senang Alexa ranking naik.
Ali ridha punya entri [terbaru] ..Amrpstqorg Domain pagerank 5
waa tips nie..thanks bro..
masih belajar mengenai seo…hope one day pagerank blog aku akan naik..entri akan tertanam di enjin carian google dan yahoo…nak tertanam di bing amat susah kot…
fendidahada punya entri [terbaru] ..Review YES wimax
sama ar bro..aku pon masih banyak lagi nak kena perbaiki..bab2 seo pon masih banyak yang nak kena belajar..
alexa cam KPI blog r .. dapat capai target puas hati.. terer ko 3 bulan dah bawah 500 ribu.. aku 2 bulan baru capai bawak 1K..hehe.. jauh g kot..content tak mantap sangat rasanya.. slalu aku baca pasal alexa kat ariffshah je..
Izwan punya entri [terbaru] ..7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT
takde a terer mana pon..biasa jer..hehe..aku pon selalu gak rujuk kat blog dye..banyak gak input yang dapat..
penting x penting terpulang pd tuan tanah, jika bebrlog hanya sekadar isi masa lapang dan entri sebulan sekali br post. x penting laa….tapi jika dalam kes nak naikkan ranking sure perlu…sbb buat masa ni blogger hanya berpandukan ranking yg popular seperti alexa. selain itu, boleh menilai kemampuan sejuah mana blog diterima……………..
blog si tokei punya entri [terbaru] ..Kenapa piring astro ke arah kiblat
setuju dengan bro..lagi satu, nak tengok blogger tue serius dengan blog dia atau tak, tengok alexa ranking dia..
dah cntik dah ni bro.. skrg dh 400k lbh kn alexa.. xlamer lagi trun lagi.gudluck
softlogger.com punya entri [terbaru] ..Is This App Idea Technologically Viable We Need an Experts Input
haa tuela..harap boleh turun lagi..bawah 200k pun kira ok la..hehe..thanks bro..
pakai plugin special dalam wp, dlm mse seminggu / kurang seminggu, alexa rank leh kurang dari 30 juta / 20 juta lebih kepada kurang 1 juta… plugin jenis ping kalau tak silap
FD punya entri [terbaru] ..Seminar Teknik SPM Mac 2011 – Hari 1
{ 2 trackbacks }