Salam sejahtera dan semoga korang sihat hendaknya. Blog korang pernah kena terjah? Bukan kena terjah dengan Nas Ahmad dari Melodi tue tapi kena terjah dengan manusia tak bernama. Siapa lagi kalau bukan si Anonymous. Aku? Setakat nie belum lagi. Blog simple lagi low profile, siapa nak terjah kan? ahaha. So, Ada apa dengan Anonymous? Jom kita bongkar!
credit to laughingsquid.com
Reminder: Apa yang terkandung dalam entri ini adalah pendapat aku semata-mata berdasarkan pemerhatian aku dalam dunia blog Malaysia hari ini.
2 jenis Anonymous
Berdasarkan pemerhatian aku, ada 2 jenis anonymous. Jenis 1, bagi komen yang bersifat positif kat tuan blog dengan penggunaan bahasa yang baik serta lembut. Siap Like lagi entri tuan blog tue. Jenis 2, bagi komen yang bersifat negatif dengan penggunaan bahasa yang agak kasar atau completely kasar! Dalam entri nie, aku hanya akan sentuh pasal anonymous jenis 2 nie.
Anonymous adalah penakut
Betul ker anonymous nie penakut? Kalau tak takot, kenapa guna anonymous? At least letaklah nama samaran or nama betol kat komen tue. Barulah nampak sikit keberaniaan tue. Ini tak, dahlah tak letak link, guna anonymous lagi. Nampak sangat tak berani. Kalau aku, aku letak jer nama samaran. Bukan tuan blog tahu pon. Letak nama Lisa Surihani ker. Biar tuan blog tue perasan artis datang blog dia, hehe.
Niat Anonymous
Jadi anonymous pon nak kena baca niat ker? Bukan, maksud aku sini, tujuan anonymous tue tinggalkan komen. Ada anonymous tue tujuan dia tinggalkan komen sebab nak tegur tuan blog. Ada pula anonymous tinggalkan komen sebab memang nak hentam tuan blog. Ada 2 kemungkinan, dendam atau memang tak suka dengan tuan blog tue.
Bahasa anonymous
Kebanyakkan komen anonymous yang aku baca, penggunaan bahasanya agak kasar atau completely kasar. Yang guna bahasa agak kasar tue, selalunya yang jenis nak tegur tuan blog. Kenapa tegur guna bahasa yang agak kasar? Jawapannya aku rasa sebab mau kasi ingat sikit sama tuan blog. Biar melekat kat kepala and ingat sampai bila-bila (eh macam pantun lak). Yang guna bahasa completely kasar nie sudah terang lagi bersuluh, dia tak suka dan memang nak hentam tuan blog tue.
Jadi apa pendapat korang pasal anonymous nie?
p/s: Idea nak tulis pasal anonymous nie datang lepas aku baca komen entri Zack Zukhairi yang ini.

{ 21 comments… read them below or add one }
masih belum byk yang kau tahu tentang KAMI!
@Anonymous, ada FB? nak add..
well..
biase la wann.,
anonymous yang keji 2 berlambak..
dengki kesumat yang dalam..
heehee..
aku dengki ngan ko ni..
.-= Pachenko punya entri [terbaru] ..SUAMI YANG TIDUR BERSAMA MAYAT ISTERINYA =-.
haha
@Pachenko, tue yang jenis 2 la..jenis yang bermusuh dengan orang..
asal dengki dengan aku lak? patut aku dengki dengan ko..nuffnang kan ko dapat banyak..
kalau dpt yg anonymous baik tu mmg best..tp percaya la klu xde entri yg membangkitkan kemarahan org xkan ada anonymous yg komen negatif kecuali orang tu knl kita dan memang da lame dengki
.-= azizan4444 punya entri [terbaru] ..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2 =-.
@azizan4444, haa betol tue..tula pasal kalau boleh kita berblog nie tingkatkan pretasi kurangkan kontroversi..
Senang cerita ni anonymous tak tahu balasan hukum karma. Kalo dia buat macam tuh tak mustahil akan kena balik diri sendiri.
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Minggu Kedua Ramadhan =-.
@hafidz, agaknya bukan tak tahu tapi nak mencabar.. :-[)
ohhh my anonymous yg slalu menyemak kt blog mmg ade satu intention je, nk mnyakitkan hati aku. tp plek, dah x suka tp bukak blog ari2. x phmmm lak ngn mereka neh…
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Ramadhan Delights- 5-course Meal for Iftar =-.
@aifa-cho chang, diorang ada terjah gak blog ko? adess..apa nak jadi diorangn nie..kalau jenis 1 tue pa, nie yang jenis 2 so annoying..
betul lah tu..perasaan dengki ni susah nak diubati
.-= adamfaiz punya entri [terbaru] ..Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok =-.
@adamfaiz, ubatnya ada dalam diri..pandai-pandailah cari dan guna..
kadang2, diorang ni member2 je. saje nak sibuk.
exp pada blog lepas. tentang satu artikel ni. ada anonymous komen. minta reply ttg artikel tu. tapi..takde tingglkan email@link@papepun. urgh! anonymous yang pelik! :8
.-= DonHa punya entri [terbaru] ..Identiti diri =-.
@DonHa, yup kadang2 tue member gak..saje jer nak prank2 la kononnya..hehe
anonymous memang pelik pon..hehe
orang mcm ni mmg suke menyembunyikan identiti tp lantang bersore..jaguh kandang lembu jerk..Cuba bawak masuk kandang harimau mmg jadi tikus lah
@catzer, haha betol2..selalu yang jenis sembunyi identiti nie takut kena cari..sebabnya dah cari pasal dengan tuan blog..takut tuan blog cari dan belasah dia balik..haha
Anonymous ni ada kelebihan dan keburukannya. Tapi aku tengok mereka ni lebih banyak bagi komen yang negatif.
.-= shaharil punya entri [terbaru] ..Permohonan Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor Kini Dibuka =-.
@shaharil, haa yang tue jenis 2 la tue..tahu nak sakitkan hati orang je dengan komen2 negatif diorang tue..
wan..
.-= Pachenko punya entri [terbaru] ..SERONOK SUNGGUH DAPAT HENTIKAN MASA =-.
sekarang baru aku sedar..
anonymous ni pemalu sebenarnya..
macam ko..
hehe
@Pachenko, haah ada kemungkinan gak tue..wei pemalu2 aku nie bertempat..
ko truskan niat murni untuk berblogger 2 wan..ak sokong!
{ 1 trackback }