5 sebab kenapa aku berblog guna bahasa rojak

by arrizz on April 10, 2011

Salam sejahtera. Harap korang semua sihat-sihat aja. Sihat so that korang boleh datang melawat blog yang tak seberapa nie, hehe. Baru saja selesai menonton filem The Break-Up (2006). A very nice movie about relationship. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat yang mana aku akan kongsikan dalam entri akan datang. Tunggu, hehe.

Korang suka rojak tak? Mesti suka kan. Bila kali terakhir korang makan rojak? Aku suka tapi tak ingat bila last makan. For sure dah lamalah. Mana taknya menghadap laptop jer memanjang, haha.

rojak

jangan tengok lama-lama, terliur kang, hehe.

Blog rojak lak macam mana? Suka ke tak? hehe. Okey sedikit pengenalan tentang blog rojak. Manalah tahu ada budak tadika sesat ke blog nie dan tak tahu apa maksud blog rojak. At least dengan adanya pengenalan nie, dapatlah juga budak tadika tue ilmu baharu, kui3. Blog rojak sama seperti rojak makanan. Everything is mixed. Bezanya cuma blog rojak tak boleh dimakan. Serius, itu fakta.

Blog rojak menggunakan 2 jenis bahasa, bahasa melayu (ke bahasa malaysia?) dan bahasa inggeris sebagai medium penulisan. Well in the most case they did. Nak tahu sesebuah blog tue rojak atau tak? Tak payah pergi jauh-jauh. Ada satu blog dari seorang mamat hensem+macho nie. Mana lagi kalau bukan blog aku, arrizz.com, haha. It’s obvious korang boleh nampak pengrojakkan bahasa melayu/malaysia dan bahasa inggeris dalam mana-mana entri dalam blog aku nie. OMG, I did?

Aku tak bangga pon menulis blog di dalam bahasa rojak. Malah aku malu but still aku buat juga kan? :P Haa, kat bawah adalah sebab kenapa aku menulis menggunakan bahasa rojak.

1. Lebih heaven menulis menggunakan bahasa rojak, se-heaven makan rojak, ajajaja. Rasa bebas dan tak terikat dengan sebarang bentuk penulisan. Cukuplah masa kelas bahasa melayu kat sekolah dulu.

2. Latar belakang pendidikan bahasa inggeris. Okey, ini mungkin aku tak pernah bagitahu korang. Aku ambil course English Language Studies. Sila terkejut.

Usop Wilcha

Henglish Edukesyen itu penting tau..

3. Ayat jadi lebih sedap bila guna bahasa inggeris. I dont know if it’s just me, tapi aku rasa bunyi sesuatu ayat  tue jadi lebih sedap bila guna bahasa inggeris. Contoh, lebih seronok vs lebih heaven. Lebih heaven lagi sedap kan? Sebab maknanya lagi luas. Heaven= Syurga. Setuju?

4. Aku nak tulis blog bahasa inggeris. Kadang-kadang aku rasa macam gatal tangan nak tulis blog bahasa inggeris tapi since blog bahasa inggeris nie kurang market di pasaran blog Malaysia, hasrat tue aku terpaksa lupakan. Sedih tau. :cry: The only way left to cheer me up then is, menulis menggunakan bahasa rojak. :D

5. Humor dan lembut. Kadang-kadang bila nak tulis something yang lawak, guna perkataan inggeris lagi best. Lagi satu kalau nak mencarut atau guna perkataan yang agak kasar, perkataan inggeris lagi sesuai sebab bunyinya agak lembut. Contoh, shit instead of sial, stupid instead of bodoh dan banyak lagi.

Now you get my point right? Aku harap tak ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan gaya penulisan rojak aku nie.  Patriotik atau tak, itu bukan isunya. Bukan aku nak mengajak mana-mana blogger baik lama atau baru menulis dalam bahasa rojak, cuma satu perkara saja yang perlu difahami di sini, setiap orang ada gaya penulisannya yang tersendiri. Pay respect and you’ll get too. After all aku tak pernah lagi baca mana-mana akta yang meng-limit-kan penulis blog hanya perlu menulis dalam bahasa melayu/malaysia  penuh.

Internet is the world of freedom. Everyone has given their own space to be free. So,enjoy it!

p/s: Aku enjoy baca blog yang guna bahasa baku. :D

p/ss: Korang dah daftar masuk Universiti Blogger Malaysia? Pengambilan terbuka tau. Daftarlah cepat-cepat, hehe.

Updated!

Korang pasti akan suka:

{ 27 comments… read them below or add one }

Anarm April 11, 2011

betul apa yg dikata tu.. tulis menggunakan bahasa rojak memang rasa bebas je.. senang nak luahkan idea.. yg penting, org dapat faham apa yg kita tulis.. asalkan tak tulis perkataan2 shortform @ ayat SMS.. rojak campur2 bahasa melayu + english pon dah jadi trend bahasa percakapan sekarang ni..
Anarm punya entri [terbaru] ..6 Tips Blogging Untuk Tambah Trafik Blog

Reply

aizuddin April 11, 2011

boleh merojak asalkan isi yang disampaikan tu sampai kat pembaca..kat blog aku pun tulis santai je..kalau baku sangat orang bosan..nak tulis bi lak..tak tere nak speaking..sabor je la
:mrgreen: aizuddin punya entri [terbaru] ..5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Reply

MuJE April 11, 2011

bagi aku selagi aku paham apa yang dia nak sampaikan campur la bahasa urdu pon aku tak kesah. yang paling aku pantang bahasa SMS jewwwwww…. mmg terus tekan butang X la jawabnye.
MuJE punya entri [terbaru] ..I Wrote the Same- but in Different Words

Reply

syahrilhafiz April 11, 2011

haha, aku ingat nak kembali macam biasa la
rasa bebas sikit menaip..
kalau2 takut BI teruk UBM tendang aku nanti kang..
oh no, i don’t want it..ekeke
syahrilhafiz punya entri [terbaru] ..Cara-Cara Nak Dapatkan Perhatian Blogger Popular

Reply

emanthehalia April 11, 2011

hurm usop tu mmg penting bab edukesyenn hahahha

Reply

Izwan April 11, 2011

sempoi je aku rasa mix2 ni..tapi kalau yg memartabatkan bahasa tu, kena buat blog bahasa..kalau blog sempoi2 camni, rilek sudah.. :mrgreen: Izwan punya entri [terbaru] ..Gathering Mechatronics Eng Students UIAM

Reply

hafidz April 11, 2011

blog rojak memang tak boleh makan.
dan itu memang serius, huhu :P hafidz punya entri [terbaru] ..Kord Gitar – Liyana Fizi – Light Writing

Reply

sazuwi April 12, 2011

kita bercakap seharian skang nie boleh tahan rojaknyer..
kalau tulis kener rojak jugak lar kan..hehe
sazuwi punya entri [terbaru] ..Sumbangan Dari Anda- Stokin Untuk Jepun

Reply

zik April 12, 2011

campur sikit2 pun ok… tapi jangan nak baca tuh macam annoying jer. tapi aku bila tulis entri english, memang kena full… tak boleh campur….
zik punya entri [terbaru] ..Mustahil hidup tanpa hutang

Reply

fina fento April 12, 2011

tulis bahasa rojak best sebab rasa lebih natural dan tak terlalu stiff. menulis seolah – olah kita bercakap dengan kawan..
fina fento punya entri [terbaru] ..Saya nak join lucky draw kat 3f’s

Reply

ARieF April 13, 2011

rojak2 pon sodap gak bro!!
ARieF punya entri [terbaru] ..I’m Here Dude !!!!

Reply

Ali ridha April 14, 2011

masalah akan datang.orang pula
susah nak faham.
Ali ridha punya entri [terbaru] ..Kahwin ustaz tak seronok

Reply

Chybee April 14, 2011

tak kisah pon kan kalau nak bahasa rojak asalkan orang faham apa yang kita nak sampaikan :) Chybee punya entri [terbaru] ..Reborn Baby

Reply

MokhZam April 14, 2011

aku lebih suka guna bahasa rojak sebab terasa lebih dekat dengan pembaca…yang penting maksud sampai orang pun paham ;)

Reply

joyiman April 16, 2011

Bagus info.nak tambah lagi bahasa sms pun pening juga nak baca ,selalunya tak baca pun terus cabut je kalau blog macam tu.

Kenapa BRO taknak tulis yg berbahasa Ingglis,Boleh buat targget pembaca luar je.
joyiman punya entri [terbaru] ..Cara letak Google Adsense diblog berbahasa Melayu

Reply

arrizz May 23, 2011

samalah aku pon tak suka gak yang bahasa sms tue..blog inggeris?hmm bahan untuk ditulis tue susah nak cari..mungkin perlukan niche..

Reply

samanosuke_04 April 20, 2011

ceh! aku ingatkan blog hensem+macho tue blog aku!! pfff… blog tuan punya rupenye.. hehe, btw aku pun rojakkan blog.. nampak stylo gile. haha, hidop blog rojak!!!
samanosuke_04 punya entri [terbaru] ..Kerana Facebook Itu Stalker-Friendly

Reply

arrizz May 23, 2011

haha tula ko perasan sangat..yup idup blog rojak..!

Reply

diden April 23, 2011

meleleh aiq liuq ak tgok mknan yg atas tu haha
diden punya entri [terbaru] ..Jom Photoshop Buat Flipping Page

Reply

PakarBuahPinggang April 25, 2011

Salam admin,

Pada pendapat saya penggunaan bahasa rojak ni boleh diterima kalau tidak melibatkan sesuatu yang rasmi.Kalau pada blog contohnya blog peribadi.Tetapi kalau blog profesional agak kurang sesuai menggunakan bahasa rojak sebab akan hilang imej profesional nya.Itu pada pandangan sayalah.
PakarBuahPinggang punya entri [terbaru] ..10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang

Reply

Affan May 3, 2011

kalau nak tulis blog bahasa inggeris, boleh je. ko kena target visitor luar negara lah.
macam emilayusof.com

buat blog niche pun bagus, blh monetize adsense. kalau harapkan visitor malaysia untuk buat duit dgn blog english, susah sikit lah
Affan punya entri [terbaru] ..5 blog yang kerap dilawati 2011

Reply

arrizz May 23, 2011

betul tue, kena target visitor luar negara..tapi nak cari bahan untuk tulis tue pon satu hal.. :wink:

Reply

Kamal Mustafa May 3, 2011

Selalunya bahasa rojak nielah senag orang nak faham.
Kamal Mustafa punya entri [terbaru] ..Selamat Hari Pekerja Dan Pengomen Tegar Bulan April 2011

Reply

Haru May 15, 2011

jap nie thesis theme gak kan??? :?: Haru punya entri [terbaru] ..Google Bakal Menghentikan Bloggercom Bloggercom Memohon Maaf Kepada Penggunanya

Reply

arrizz May 23, 2011

yup..;)

Reply

titan May 29, 2011

jadi lapar plak bila tengok rojak tu..grrr..
titan punya entri [terbaru] ..Komisen ke 75 dari TNX

Reply

cl January 3, 2012

Kalau lama-lama berbahasa rojak tanpa terkikis, lambat-laun bahasa kita tak bermartabat, bahasa asing pun tunggang-langgang. Di laman web lowyat.net dan tempat yang ramai pengguna bahasa Cina atau Inggeris, BM sudah dijadikan bahan ketawa disebabkan bahasa rojak. :(

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: