Salam sejahtera semua. Doa aku untuk korang, diharapkan semua dalam keadaan yang baik-baik jer. Sejak terkesannya dengan artikel 4 Teknik Untuk Membuatkan Blog Nampak Islamic oleh PascaSPM, kini setiap kali aku post artikel baru, mesti akan didahulukan dengan salam berserta sebaris doa, hehe. Sebelum nie, haram, tak adanya nak bagi bagi salam nie. Kang orang kata bajet tabligh la pula kan. Ok, cukup sampai disitu, entri kali nie aku bukan nak berbicara pasal hal agama, sebaliknya pasal Facebook yang aku khususkan kepada pengguna Facebook.

1. Meletak sebarang bentuk nombor peribadi
Nombor peribadi yang aku maksudkan adalah seperti nombor telefon bimbit/rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank even tarikh lahir korang. Jangan pandang rendah dengan nombor-nombor nie. Lupakah korang dengan jenayah hacking? Nombor-nombor nie hanyalah small matter jer bagi diorang yang bergelar hacker.
2. Elakkan meletak gambar-gambar seksi atau berahi
Haa nak tak nak memang terkenalah batang hidung perempuan lebih-lebih lagi perempuan yang suka bergambar seksi berahi , terbonjol sana, terbuka sini, terkangkang situ yang kemudiannya di-upload ke dalam Facebook. Kesannya perempuan itu akan mengalami gangguan seksual atau mungkin acaman rogol dari individu tak bertanggungjawab.
3. Elakkan menulis komen berbaur anti perkauman, sentimen agama, ugutan atau ancaman
Yang ini tak payah cakaplah, dah banyak kes yang berlaku kan. Antara yang terbaru, kes ugut bunuh Nik Aziz tu. Benda macam nie bukan boleh dibawa main sebabnya pihak polis memang pandang serius benda nie.Kalau nak jadi famous sekelip mata atau nak merasa tidur kat lokap, try la buat. Dipersilakan lagi.
4. Elakkan meletak status single padahal dah kahwin atau sebaliknya
Antara gelagat pengguna Facebook yang aku perasan, ada orang mengaku single padahal dah kahwin atau married padahal belum kahwin. Bagi aku, benda ni tak patut la. Sebabnya takut timbul fitnah, salah faham, gaduh atau orang serong Dalam friends list kita tu, bukan ada kawan-kawan kita jer, even cikgu masa sekolah menengah, pakcik makcik kita, sepupu, lecturer and so on pon ada.
5. Elakkan update di wall, “Papa mama out station. I keseorangan”, “On a vacation with whole family for one week” atau yang sama waktu dengannya
Ayat di atas secara tak langsung memberitahu bahawa tiada siapa di rumah. Ianya sama seperti “wei datang la rumah aku”. Kalau orang ada niat tak baik, inilah masa yang sesuai nak buat benda jahat. Sangat bahaya lebih-lebih lagi kalau perempuan duduk seorangĀ diri kat rumah.
p/s: Berhati-hati dan berpada-padalah menggunakan Facebook ya.

{ 6 comments… read them below or add one }
6. jangan tag nama kawan anda pada photo anda, semata-mata untuk mendapatkan photo comment.
HAHAHAHAH
.-= dhiyafaris punya entri [terbaru] ..Gino dah besar! =-.
@dhiyafaris, haha, trase aku bro..aku wt g2 gak tp dlu la, skg x dah.. :[
jangan update status time kerja, nnti bos baca and tolak gaji. hehe
.-= aifa-cho chang punya entri [terbaru] ..Pesanan Kepada Shahir AF8 =-.
@aifa-cho chang, haa btol3..tp bleh jer asalkan x add bos kt fb kte..haha
selamat berhati-hati ketika anda berpesbuk.
.-= Ali ridha punya entri [terbaru] ..Pendrive Background =-.
@Ali ridha, selamat berhati-hati gak kepada anda..:)
{ 2 trackbacks }