5 fakta tentang Afrika Selatan FIFA World Cup 2010

By arrizz, June 11, 2010

Salam sejahtera dan selamat bersua kembali. Sorry lama tak update. Dok sibuk main game online sampai nak update blog pon dah tak ada nafsu dah,hehe. Habis blog aku penuh dengan segala macam spesies semak samun. Jenuh nak menebas semuanya nanti. Nak nak FIFA World Cup 2010 tinggal lebih kurang 7 jam jer lagi. Haa lagilah tak ada masa nak bersihkan blog nie. Ada sesiapa volunteer ker nak bersihkan blog aku? Aku prefer perempuan laa. Nak harap lelaki, habis semuanya demam. Demam apa? Demam FIFA World Cup 2010 laa, hehe.

FIFA World Cup 2010 mascot

Keyword FIFA World Cup 2010 sememangnya hangat sekarang. Kalah keyword video lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya, haha. Semua blog kalau boleh berlumba-lumba nak tulis entri yang ada kaitan dengan FIFA World Cup 2010, termasuklah aku, hehe. Trafik tu bai.  Siapa yang tak nak kan? Oklah, malas nak cakap banyak lagi.

Entri kali nie bukan nak bercerita pasal kenapa Malaysia tak masuk FIFA World Cup edisi 2010 nie (mungkin takkan masuk kot) tapi nak kongsikan 5 fakta yang mungkin korang perlu ambil tahu tentang Afrika Selatan selaku tuan rumah FIFA World Cup 2010 nie. Bak kata orang-orang oldschool, tak kenal maka tak cinta, dah kenal barulah cinta, hehe. Layannn…

1. Bandar Terbesar: Johannesburg

Negeri paling kaya di Afrika Selatan. Mempunyai taraf ekonomi yang tinggi. Merupakan sumber perdagangan berlian dan emas berskala besar. Tersenarai dalam 40 bandar metropolitan terbesar dunia. Kalah Kuala Lumpur dowh. Malu seh, hehe.

2. Bahasa: 11 bahasa

Afrikaans merupakan bahasa yang digunakan secara meluas oleh majoriti penduduk Afrika Selatan. English jatuh di tangga ke-5. 11 bahasa tersebut ialah Afrikaans, English, Ndebele, Northern Sotho, Sotho, Swazi, Tswana, Tsonga, Venda, Xhosa dan Zulu (tak ikut urutan ye). Ada sesiapa tahu cakap salah satu daripada bahasa-bahasa di atas? Angkat tangan please.

3. Kumpulan etnik: 4 pecahan kumpulan

Hitam, 79.3%. Putih, 9.1%. Mix atau kacuk 9.0%. Asia, 2.6%. Kalau tak silap aku, dalam 2.6% Asia tu, ada yang boleh cakap Bahasa Melayu. Eh, Melayu sesat ker?

4. Motto:ǃke e: ǀxarra ǁke

Aduh nak tercabut anak tekak menyebutnya. Motto tue dalam bahasa ǀXam. Dalam BI bermaksud, Unity In Diversity atau terjemahannya dalam bahasa ibunda, Kesatuan Dalam Kepelbagaian. Means, semua sama tanpa mengenal warna kulit. Rasanya kalau kat Malaysia, samalah dengan konsep 1Malaysia kan?

5. Matawang: Rand (kod: ZAR)

Matawang Afrika Selatan, Rand ini lebih rendah dari matawang Malaysia, Ringgit Malaysia (RM kod: MYR) iaitu 1 Rand bersamaan dengan RM 0.43. So, kalau ada yang berkira-kira nak pergi tengok final FIFA World Cup 2010 kat sana, bolehlah plan bajet sekarang, hehe.

Extra:

Download lagu tema FIFA World Cup 2010 kat SINI.

Download jadual siaran perlawanan FIFA World Cup 2010 kat SINI.

Lagi info tentang Afrika Selatan kat SINI.

p/s: Segala maklumat tentang Afrika Selatan nie dicedok dari Wikipedia. Credits to Wikipedia. I love Wikipedia! hehe dan kredits juga kepada Google untuk gambar di atas.

p/ss: Untuk FIFA World Cup 2010 kali nie, aku sokong Brazil laa. Nasib baik Malaysia tak main, kalau tak, Malaysia la jadi pilihan utama aku (ayat perli ker nie?)

p/sss: Kepada awek-awek diluar sana, untuk sebulan nie, banyak-banyakkanlah bersabar yer. Kalau bawa encik abang pergi tengok wayang or jalan-jalan tapi dia tolak, jangan ambil hati. Faham-fahamlah ye. Paling penting, jangan tanya  encik abang, “Mana u pilih, i ke bola?” sebab jawapannya u sendiri dah tahu. Mestilah bola, takkan u plak kan, haha.

Popularity: 54% [?]

Korang pasti akan suka:

18 Responses to “5 fakta tentang Afrika Selatan FIFA World Cup 2010”

  1. Pachenko says:

    hahahah..
    gurl kt lua msti anti gler kan time world cup..
    xsbr aku..
    huhuuh :love: Pachenko punya entri [terbaru] ..6 ALASAN UNTUK MENJADI JURURAWAT My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @Pachenko, nak wt cmne..sabar jer la..hahaha

  2. pch says:

    info bagus…

    DOWNLOAD SEKARANG..JADUAL PERLAWANAN WORLD CUP 2010
    pch punya entri [terbaru] ..jadual world cup 2010 My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @pch, tq.. :)

  3. rashid says:

    Yup…bila tiba WC, mula terbit perangai2 yang tak biasa…haha..WC is back…yeah!!!
    rashid punya entri [terbaru] ..Cultural Shock Akibat World Cup 2010. My ComLuv Profile

  4. Hafidz says:

    Terbaek la matawang dia. Kalo nak shopping kesana macam murah jer huhu :)

  5. Wan Perlis says:

    ada format baru ke offside?
    Wan Perlis punya entri [terbaru] ..Ohtidak vs Cisdel My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @Wan Perlis, ntah..aku pon xtau.. :[

  6. Pachenko says:

    arrizz..
    aku pnye ramaln terbaru..
    argentina msuk final nnti..
    hehehe..
    yeah!!!!! :) Pachenko punya entri [terbaru] ..BAYANGKAN DUNIA TANPA INTERNET My ComLuv Profile

  7. dilot says:

    erk…husband ak tgk bola…aku dah selamat zzzzz….haha

    arrizz Reply:

    @dilot, eh did I miss something?laa ko dah kwen ea dilot..waa tahniah,hehe..

  8. wan says:

    ramai melaku kat aprika nun tapi takdak lansung muka melayu, muka arab ramai.. haha :)

  9. azizan4444 says:

    world cup thn ni x bpe besh..xde kelainan..biasenya style rmbt pon ad yg plik2.thn ni kurang.hehe..skill dlm pdg pon x bnyk..
    azizan4444 punya entri [terbaru] ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang My ComLuv Profile

    arrizz Reply:

    @azizan4444, agaknya sbb buat kat afrika kot..haha

  10. yoy says:

    same la bro..
    brazil confirm menang..
    hehe
    1st time dtg cni.. ;)

    arrizz Reply:

    @yoy, wow brazil fan..yup2 konfermo..haha..dtg la utk ke 2nd and seterusnya.. :)

  11. Luth Textile says:

    gila gila bola!
    Luth Textile punya entri [terbaru] ..Jauh Perjalanan Luas Permandangan- My ComLuv Profile

  12. wandisini says:

    jepun kalah..aku kecewa tul. sepakan penalti adalah sesuatu yang cukup kejam
    wandisini punya entri [terbaru] ..Bola Sepak Moden My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Page 1 of 11

Panorama Theme by Themocracy