Salam sejahtera. Sudah berkurun lama blog nie terbiar tak berupdate. Minta maaf. Kalau korang tanya apa sebabnya, the answer is always the same, internet problem. Memang benarlah apa yang saudara Izwan katakan, masalah internet merupakan masalah besar bagi seorang pengguna internet tegar seperti aku dan juga kamu. Setuju? Bila internet bermasalah, macam-macam aktiviti online kita yang boleh terganggu. Apa kata korang baca entri Hidup Tanpa Internet ini kalau nak tahu.
Sekarang nie dah masuk musim cuti. Budak-budak IPT semua dah habis final exam dan sibuk nak balik ke tempat masing-masing. Yang tinggal kat utara balik utara, yang tinggal kat Sabah balik Sabah tapi dalam gembira pulang bercuti nie, janganlah kita lupa pada kawan-kawan yang belajar di luar negara dan tak dapat balik. Contohnya saudara Affan. Bro, jangan risau, Facebook ada untuk mendekatkan kita, haha. Budak sekolah pula minggu depan baru mula cuti.
Dengar cerita, cuti kali nie best sebab lama. Tambah best bila dapat berpuasa dan beraya bersama-sama keluarga dan kawan-kawan. Yeah! Kalau tak silap, cuti tue adalah dalam 4 bulan lamanya. Lama kan? Mesti korang terfikir apa nak buat dalam jangka masa yang agak lama tue. Bagi yang dah lama berkira-kira apa nak buat time cuti nie, tinggal nak buat jer. Bagi yang belum, you come to the right place. Meh sini aku nak kongsi dengan korang 5 aktiviti menarik yang korang boleh lakukan sempena cuti nie. Enjoy..
1. Cari kerja
Bagi pelajar-pelajar IPT, tak sah kiranya cuti yang lama tak dimanfaatkan dengan mencari kerja. Agak waste of time kalau duduk rumah memanjang. Makan, tidur itu sajalah aktiviti yang dibuat. Sememangnya bosan. At least dengan cari kerja nie dapat jugalah mengisi masa yang ada tue. Selain dapat duit belanja untuk shopping raya nanti, juga dapat kenalan baru di tempat kerja. Siapa tahu mungkin jodoh korang ada di situ? haha.
2. Melancong
Melancong sememang salah satu aktiviti yang sangat menarik dilakukan ketika cuti. Bagi yang berada, tempat-tempat menarik seperti Paris atau New York adalah destinasi wajib pergi. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang kurang berada? Don’t worry guys, it’s not the end of the world yet. Melancong nie tak semestinya berduit baru boleh buat. It’s all about planning. Kalau korang pandai bajet dan jumpa tempat menarik, itu kira heaven-lah. Afterall, melancong kan is about having fun. Apa guna pergi Dubai kalau pening dok fikir nak berbelanja? Tak gitu?
Carilah tempat-tempat dalam Malaysia nie. Banyak apa tempat menarik. Macam aku, ada plan nak melancong kat pulau dengan kawan-kawan. Belum confirm lagi tapi dah ada tempat-tempat yang difikirkan menarik dan kena dengan bajet. Macam aku cakap sebelum nie, it’s all about planning, hehe.
3. Belajar kemahiran diri
Banyak kemahiran diri yang ada yang kita boleh pelajari tapi aku nak fokus kepada golongan perempuan dulu. Yup memasak. Aku tahu masih ramai perempuan di luar sana yang masih tak berapa pro dalam memasak. Al-maklumlah sibuk belajar kan, mana ada masa nak belajar memasak. Haa memandangkan sekarang dah cuti, apa kata ambil masa cuti nie kalau tak ada apa yang dibuat, belajar atau lebih tepat, tingkatkan kemahiran memasak tue. Zaman sekarang nie, kemahiran memasak juga memainkan peranan penting dalam hal pemilihan calon menantu tau.
4. Reunion
Cuti adalah antara waktu yang sangat sesuai kalau nak buat reunion. Faham-fahamlah time study, habis semua melata seluruh pelusuk dunia. Time cutilah sajalah dapat jumpa. Reunion tak perlu buat besar-besaran. Cukuplah kalau kumpul kawan-kawan yang terdekat saja. Kawan satu kelas, satu dorm, satu kampung ke. Janji dapat jumpa dan tahu perkembangan masing-masing. Kalau ada bajet lebih sikit, mungkin boleh aturkan sedikit aktiviti. Contohnya, makan-makan, karaoke, bowling, road trip. Menarik bukan?
5. Join badan sukarelawan atau badan bukan kerajaan (NGO)
Walaupun aku tak pernah join mana-mana badan sukarelawan atau NGO (sebab kurang pendedahan), tapi aku sure join badan-badan seperti nie menyeronokkan. Selain dapat kenalan baru, pengalaman baru, kita juga boleh dapat ilmu baru. Contoh kalau kita join badan seperti Green Peace. Banyak yang kita boleh dapat. Pergi event, buat lawatan, bagi ceramah, you name it. Aku kalau diberi peluang, nak juga join sebab aku tahu banyak kebaikan yang kita boleh dapat.


{ 12 comments… read them below or add one }
selamat bercuti..=)
byk mender leh buat nie..
sazuwi punya entri [terbaru] ..Adakah iPhone 4 boleh dikisar
selamat bercuti gak..
Setakat nie KM cuti dalam Malaysia aje, Luar Malaysia belum laie. Kalau dalam Malaysia senang nak rancang percutian. Siap boleh kira budget untuk satu2 percutian. Pakej tue…pakej nie..Kita yang nak bercuti nielah yang kena bijak memilih. Jangan sampai kena tipu sudah.
Kamal Mustafa punya entri [terbaru] ..New Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 Poster Revealed
betol tue KM..cuti dalam malaysia nie lagi senang..tak payah susah2 fikir soal makanan, transport, bahasa dll..semua ada..
muehehe, affan canadian
bila dia nak balik malaysia..
syahril hafiz punya entri [terbaru] ..Kembali Menagih Permainan dotA
dia dah lupe kite kat malaysia nie..sob..sob..
selamat bercuti bro
isikan masa cuti ni sebaik-baiknya k
Amirez punya entri [terbaru] ..Akhirnya Dapat Juga Iklan Buffered Earning
bereh..
seronok betul student IPT thn ni. Cuti lama. Selamat bercuti…
afzal laidin punya entri [terbaru] ..Kepekaan terhadap niche niche awareness
wah bestnya cuti…. aku dulu kalau cuti… part time jerla.. nak pergi melancong… takda lah pulak..kecuali kursus jerla..sebab percuma..
nk mtk tlog bole x,..?syer nk adakan reunion tuk batch kteowg..tp xde idea nk jlnkan xtvti aper..utk 3ari 2mlm..cdgan yg dbrikan amt dhargai..tq
boleh pm email awak melalui contact form di atas (hubungi aku)?
{ 1 trackback }