Salam sejahtera. Tekanan. Kalau boleh semua orang nak elakkan tekanan. Tapi nak buat macam mana sebab tekanan adalah sebahagian daripada proses kehidupan seharian. Banyak kerja, assignment tak siap, putus cinta, exam dan kalah judi (?) adalah beberapa contoh situasi yang boleh menyebabkan kita jadi tekanan.

Antara kesan buruk yang boleh menimpa kita bila tekanan ialah jiwa jadi kacau, bila jiwa kacau, boleh hilang pertimbangan, bila hilang pertimbangan pula, tak dapat berfikir dengan waras. Bila tak dapat berfikir dengan waras, silap-silap boleh jadi gila. Kalau gila tak kacau orang tak apa, kalau gila pergi tembak orang, siapa nak jawab? Kita tak mahulah benda-benda buruk macam tue berlaku ya.
Jadi apa yang kita boleh lakukan? Jom tengok 10 cara mudah hilangkan tekanan.
- Ambil IPod, mp3 atau apa saja music player yang korang ada, atau buka saja Hot FM. Dengar lagu, baring dan relaks.
- Keluar dengan kawan-kawan. Contohnya, pergi karaoke dan melalaklah sekuat hati korang.
- Cari seseorang yang korang percaya (mak, ayah, kawan baik ataupun si dia) dan luahkan masalah korang yang sebenarnya. (cara ini rasanya lebih praktikal pada perempuan)
- Pergi ke suatu tempat (yang cantik dan menenangkan), duduk situ dan nikmati pemandangannya. Tepi pantai contohnya.
- Kalau korang ada binatang peliharaan (ikan emas, kucing, kuda, singa), play and have fun with them.
- Menonton rancangan tv, movie atau drama kegemaran korang.
- Baca bahan bacaan jenaka seperti komik lawak.
- Tidur pun best juga.
- Bersukan (main bola sepak, bola mata keranjang, badminton).
- Kalau dah tak ada cara lain lagi, ikut suka hati koranglah macam mana nak lepaskan tekanan tue, haha.
Pernah sekali masa sekolah menengah aku marah dan tendang dinding bilik sampai berlubang. Sampai sekarang bekas tue masih ada sebab tak kena baiki lagi, haha.

{ 17 comments… read them below or add one }
psssttt… semayang xde ke bro dalam 10 nie? aiseh…
.-= samanosuke_04 punya entri [terbaru] ..Review – Sony NEX-5 camera baru aku! =-.
@samanosuke_04, oopppss..hehe..solat aku letak number 0..hehe
haah..
rasenye solat tu ckup utk mental n fizikal kn.
hee
@Pachenko, bukan setakat rase jer, dah memang pun..:)
bahaya beb kalo tak dapat hilangkan stress.
boleh berlaku macam-macam hal~
.-= hafidz punya entri [terbaru] ..Movie Review – The Other Guys =-.
@hafidz, yup memang bahaya..
tidor… habis cerita…hehe
.-= zik punya entri [terbaru] ..Smart tunnel di tutup hari ini sementara!! =-.
@zik, haha betol3..tidur best!:)
kalau asyik stress je uban pun makin banyak hehe
.-= Amirez punya entri [terbaru] ..Filem Nasi Lemak 50 Sen =-.
@Amirez, uban banyak jerawat pon makin banyak..haha
ade lagi satu care..basuh kepale xpon mandi terus..pstu dok dpn kipas hehe ;p
@l3pat, waa praktikal gak tue..haha
pas dah mandi, duk bawah kipas.. sejuk je badan.. confirm tido lena.. pulak time tengahari.. hahaha
Izwan punya entri [terbaru] ..Bagaimana Anda Menyambut Tahun 2011
kalau aku, biasa kalau tekanan wat no 2, 5 dan 8..hehe
.-= dedoku punya entri [terbaru] ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.
@dedoku, aku ske yang ke2 tue..boleh melalak sepuas hati..haha
erpmh …
thanx idea ni mmg bgus…
welcome..hope this helps..